Tangani jualan arak bagi orang Islam - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tangani jualan arak bagi orang Islam



SETIAP hari kita akan membaca di dada akhbar banyak per-mohonan mendapatkan permit menjual minuman mema-bukkan di Malaysia. Peraturan yang berkuat kuasa sekarang menge-hendaki orang yang berhasrat untuk menjual minuman memabukkan hendaklah mendapat permit atau lesen menjual minuman mema-bukkan itu terlebih dahulu dan mestilah mengiklankan hasratnya bagi mengetahui sama ada terdapat bantahan orang ramai atau sebaliknya.

Objektif peraturan ini me-manglah baik bagi mengawal, memantau dan menyelia penjualan minuman memabukkan secara berleluasa dan ia sejajar kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Namun, hakikatnya masih banyak terdapat kedai menjual minuman memabukkan secara terbuka. Malah ia amat mudah diperoleh walaupun oleh orang yang beragama Islam. Natijahnya, objektif peraturan disebut di atas tidak kesampaian.

Penjualan minuman mema-bukkan yang berleluasa ini mendatangkan keresahan dalam kalangan orang Islam khususnya apabila premis menjual arak itu terlalu hampir dengan kawasan perumahan yang majoritinya didiami orang Islam ataupun di premis 24 jam yang memungkinkan orang Islam membelinya tatkala tiada ramai pengunjung kedai tersebut.

Malah, kegusaran tersebut ditambah lagi  apabila  kita menda-pati minuman memabukkan itu diletakkan sebaris dengan mi-numan lain.

Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 menjadikan kesalahan bukan sahaja meminum minuman me-mabukkan seperti arak di sisi undang-undang, tetapi orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan juga melakukan jenayah menurut enakmen sama.

Kategori kedua ini pula hukuman adalah lebih berat berbanding kategori pertama tadi.

Pihak berkuasa hendaklah berhati-hati dalam meluluskan lesen penjualan minuman memabukkan seperti arak dan sudah sewajarnya memberi syarat khusus bahawa kakitangan yang terlibat dalam membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan hendaklah tidak terdiri daripada kalangan orang Islam. Hormatilah agama orang Islam sebagaimana orang Islam menagih orang Islam menghormati orang bukan Islam. Penghormatan ini adalah penting bagi menjamin keharmonian masyarakat berbilang bangsa, ras dan agama.

Adalah amat tidak adil kepada pekerja beragama Islam yang terpaksa membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan bagi pihak majikannya. Hasilnya pihak majikan mendapat keuntungan manakala pekerja yang terpaksa menjual arak itu pula menanggung risiko mela-kukan jenayah syariah.

Sudah tentulah ia tidak adil dan memu-daratkan umat Islam secara keselu-ruhannya. Apatah lagi sekiranya majikan itu bukan Islam yang menikmati imuniti dari Enakmen Jenayah Syariah itu.

Pihak berwajib perlu mengawal bilangan lesen yang diberikan di sesuatu tempat, memastikan syarat bahawa majikan tidak boleh memaksa, mengarah pekerja Islam mengendalikan penjualan arak sama ada kepada orang Islam ataupun orang bukan Islam.

Sudah tentu ada pula mengata-kan syarat disyorkan di atas hanya akan menyebabkan orang Islam menjadi pilihan terakhir sebagai pekerja dan akan meningkatkan kadar pengangguran orang Islam.

Bagi menjawab persoalan ini, sebenarnya kita perlu menimbang neraca manakah ingin kita gunakan bagi mencapai sesuatu kesimpulan. Adakah lebih baik menggadai agama demi mendapat rezeki yang sudah tentu tidak diberkati ALLAH?

Sektor pekerjaan di Malaysia sebenarnya masih terbuka luas bagi mencari rezeki halal dan diberkati. Hanya terpulang kepada diri bagi merebut peluang ini.

Berbalik kepada penjualan minuman memabukkan di atas, sudah sampai masanya bagi pekerja-pekerja Islam diberi penghormatan sewajarnya  mengamalkan agama-nya dengan tidak dipaksa menjual arak, memberikan pilihan kepada pekerja Islam memakai pakaian  menutup aurat,  menunaikan solat tanpa didenda atau sebagainya dan tidak dipaksa memegang benda-benda diharamkan.

Sebenarnya ini kebebasan mengamalkan agama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Malangnya apabila kebebasan ini dinafikan kepada orang Islam, orang Islam hanya berdiam diri dan tidak memperjuangkannya secara bersungguh-sungguh termasuk mencabarnya di mahkamah.

Justeru, masyarakat Islam perlu tahu hak dan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam di dalam negara yang dicintai ini. Bukanlah tujuan kita untuk memporak-perandakan masyarakat tetapi sekadar menjun-jung Perlembagaan Persekutuan yang mengabsahkan kedudukan tinggi undang-undang dan Islam.

0 Komentar untuk " Tangani jualan arak bagi orang Islam "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ