Penggunaan kosa kata 'dalam' - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Penggunaan kosa kata 'dalam'



KOSA kata, 'dalam' dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai makna yang wajar kita halusi dan telusur, yakni jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dari permukaan (air, tanah, dan sebagainya), jarak (jauhnya) ke tengah dari tepi atau pinggir sesuatu, tidak cetek, bukan sedikit, tidak sempit, lebih daripada sekadar yang perlu sahaja, mengandungi makna yang tidak mudah difahami (berkenaan perkataan, ungkapan, dan sebagainya), tidak ceper (leper), jeluk (berkenaan pinggan atau piring), bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dan lain-lain) yang lawannya luar, yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu (seperti negeri, keluarga, dan lain-lain) itu sendiri, yang tidak nampak atau ketara dari luar dan yang dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya.

Dalam Bahasa Melayu, kosa kata, 'dalam' tergolong dalam beberapa jenis kata mengikut fungsi masing-masing, iaitu:

i.'dalam' sebagai kata sendi nama.

Ayat contoh: Dalam hal ini, kita perlu bersepakat.


Kata Sendi + Kata Nama/Frasa Nama dalam + hal ini

Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita.

Kata Sendi + Kata Nama/Frasa Nama dalam + bahasa kebangsaan kita

ii.'dalam' sebagai kata adjektif.

Ayat contoh: Sungai Berop sangat dalam.

Kata Penguat + Kata Adjektif

sangat + dalam

Sungguh dalam luka pada kakinya.

Kata Penguat + Kata Adjektif   sungguh + dalam

iii.'dalam' sebagai kata arah.

Ayat contoh:

Pensel itu di dalam kotak.

Kata Sendi + Kata Arah + Kata Nama di + dalam + kotak

Tetamu itu berada di dalam dewan.

Kata Sendi + Kata Arah + Kata Nama

di + dalam + dewan

Ayat contoh: a. Wang yang tersimpan di dalam laci itu untuk kumpulan mana? (baku).

di + dalam + laci itu

Kata Sendi + Kata Arah + Frasa Nama

Wang yang tersimpan dalam laci itu untuk kumpulan mana? (tidak baku).

Tetamu itu berada di dalam dewan (baku).

di + dalam + dewan

Kata Sendi + Kata Arah + Kata Nama

a. Bill Gates ialah pereka cipta perisian pemprosesan perkataan yang telah memberikan sumbangan dalam bidang teknologi maklumat. (baku)

dalam + bidang teknologi maklumat

Kata Sendi + Frasa Nama

Bill Gates ialah pereka cipta perisian pemprosesan perkataan yang telah memberikan sumbangan di dalam bidang teknologi maklumat. (tidak baku)

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.

(baku) dalam + mesyuarat

Kata Sendi + Kata Nama

Saya tidak terlibat dalam urusan mereka. (baku)

dalam + urusan mereka

Kata Sendi + Frasa Nama

b. Paling dalam luka pada kaki

Mutu. (baku)

Paling + dalam

Kata Penguat + Kata Adjektif

Dalam sekali luka pada kaki

Mutu. (baku)

Dalam + sekali

Kata Adjektif + Darjah Penghabisan/Kata Penegas

Paling dalam sekali luka pada kaki Mutu. (tidak baku)

Sekali dalam luka pada kaki Mutu. (tidak baku)

Amat dalam sekali kolam lombong itu. (baku)

amat + dalam + sekali

Kata Penguat + Kata Adjektif + Darjah Penghabisan

Amat dalam kolam lombong itu. (baku)

amat + dalam

Kata Penguat + Kata Adjektif

Dalam sekali kolam lombong itu. (baku)

dalam + sekali

Kata Adjektif + Darjah Penghabisan/Kata Penegas

Teramat dalam kolam lombong itu. (baku)

ter- + amat + dalam

Imbuhan awalan + Kata Penguat + Kata Adjektif

Yang jelas, kosa kata, 'dalam' terdiri daripada kata sendi, kata adjektif dan kata arah dalam Bahasa Melayu. Kata-kata tersebut mempunyai fungsi tersendiri dalam pembentukan dan pembinaan ayat (sintaksis) Bahasa Melayu yang betul dan gramatis. Kenalilah kosa kata, 'dalam' agar kita sebagai pengguna dan pencinta bahasa mampu berbicara atau berwacana dengan baik dan persis dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa sarana ilmu, bak kata pepatah Melayu, tak kenal, maka tak cinta. Bahasa Jiwa Bangsa.

Related Post

  • Masih keliru tentang ejaan SISTEM ejaan Rumi bahasa Melayu yang baharu dikuatkuasakan pada 16 Ogos 1972. Hal ini bermakna bahawa sudah 43 tahun …
  • Jangan jadi 'giler' PENERIMAAN kata dan konsep baharu daripada bahasa asing sebenarnya mampu memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Pengguna…
  • Guris, gores, biadap dan biadab KITA sering keliru dengan penggunaan kata biadap atau biadab, guris atau gores. Kebiasaan yang sering kita guna kadan…
  • Bajet, bentuk kata tidak baku SABAN tahun, dalam sesi pembentangan belanjawan negara, kita dapat mendengar lantunan bahasa yang tersusun, segar dan…
  • Ancaman baharu kehidupan manusia KEMUNCULAN internet yang dicipta di Amerika Syarikat sekitar tahun 1960-an ternyata merubah cara berhubung manusia se…
0 Komentar untuk " Penggunaan kosa kata 'dalam' "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ