Nikmat sihat antara nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada manusia, malangnya masih ramai yang lalai untuk mensyukuri pemberian nikmat itu. Disebabkan itu, apabila ditimpa sakit, mereka merasakan ia adalah bala Allah SWT atas perbuatan dosa yang dilakukan. Sebenarnya sakit adalah ujian Allah SWT kepada kita untuk melihat sejauh mana ketakwaan dan keimanan seseorang kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiun', mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya. Seperti sakit, ia mendidik kita menjadi seorang yang sabar berdepan dengan penyakit dihadapi dan andai kita reda menghadapi ujian itu, akan gugur dosa telah kita lakukan. Allah SWT berfirman bermaksud: "Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Surah az-Zumar, ayat 10) Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosanya seperti pohon yang menggugurkan daunnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sakit ketentuan Allah SWT
Oleh itu, jangan mengeluh atau bersangka buruk kepada Allah SWT yang berkuasa mendatangkan kesakitan dan mengembalikan kesihatan. Sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT, kita seharusnya mempercayai sakit itu juga adalah takdir daripada ketentuan Allah SWT dan bukannya bala. Secara psikologinya, apabila seseorang ditimpa sakit barulah ia akan mengingati dan berdoa kepada Allah SWT supaya diringankan segala rasa sakit yang dialaminya. Sememangnya sikap manusia itu mudah lupa apabila berada dalam keadaan senang.
Ketika ditimpa musibah atau dugaan barulah ia sedar untuk kembali mencari dan sujud kepada Allah SWT untuk mengadu. Ketahuilah bahawa segala penyakit itu datangnya dengan izin Allah SWT. Firman-Nya bermaksud: "Dan bagi-Nyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi dan kepada-Nya sahaja tertentu ibadah dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut kepada yang lain daripada Allah. Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia daripada Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah an-Nahl, ayat 52-53)
Bersyukurlah selagi mana nikmat sihat masih dipinjamkan untuk kita beribadah dengan sempurna kepada Allah SWT. Cuba lihat berapa ramai saudara kita yang ditarik nikmat sihatnya tidak mampu melaksanakan ibadah dengan sempurna. Hargailah nikmat kesihatan yang dikurniakan ini dan laksanakan ibadah kepada Allah SWT serta berdoa supaya diberi kesihatan yang baik. Pada masa sama, amalkan gaya hidup sihat dalam usaha kita memelihara kesihatan tubuh badan. Sakit bukan disebabkan oleh dosa yang dilakukan kerana diuji dengan penyakit juga adalah tanda Allah SWT sayang kepada hamba-Nya. Selain menghapuskan dosa, sakit juga membuka peluang kepada hamba berdoa dan mendekatkan diri kepada Tuhannya.
Buka peluang bertaubat
Semua itu terpulang kepada bagaimana seseorang melihat ujian kesihatan yang diberikan kepadanya sama ada ia menerimanya dengan berlapang dada atau sebaliknya. Maka bertuahlah mereka yang menerima ujian menghadapi penyakit dengan hati yang reda. Sepanjang tempoh menahan kesakitan juga membuka peluang kepada kita untuk bertaubat di atas kesalahan dilakukan, meningkatkan ketakwaan dan mengeratkan lagi hubungan melalui permohonan doa supaya dikuatkan semangat untuk menghadapi ujian itu. Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan bersegeralah menuju kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang yang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/148495

0 Komentar untuk " Sakit uji nilai takwa, keimanan Mukmin "