BIARPUN baru sebulan lebih beroperasi, Uptown Dataran Wangsa mampu menggamit pengunjung dengan pelbagai tawaran produk dan makanan.
Penganjur dan Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Bumiputera, Mohd Azre Abdullah, 33, berkata, bukan sahaja barangan kebiasaan, namun unik dan sukar ditemui boleh didapati di situ.
“Buat masa sekarang kami masih mencari peniaga berminat untuk memenuhi ruang niaga yang menempatkan 100 usahawan.
“Sekarang hanya 50 peniaga beroperasi dan kami masih mencari 50 lagi untuk memenuhi tapak Uptown,” katanya.
Bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis barangan dan produk, Mohd Azre berkata, setiap minggu pelbagai pengisian agama dan hiburan berlangsung.
Katanya, malam Sabtu dan Ahad meriah dengan pelbagai pengisian menarik yang bukan sahaja disertai selebriti dan pelawak, bahkan turut melibatkan agamawan.
“Bagi memenuhi kehendak pengunjung, kami tawarkan pelbagai jenis barangan keperluan seperti makanan, pakaian, tudung dan sebagainya.
“Tidak hanya fokus kepada produk biasa, kami juga menawarkan barangan unik seperti kraf tangan, lukisan dan bundle,” katanya.
Mula beroperasi jam 9 malam sehingga 2 pagi, Uptown tersebut bagaimanapun tutup pada hari Rabu dan Khamis.
Mohd Azre berkata, pengunjung tidak perlu bimbang dengan tempat letak kereta kerana kawasan tersebut menawarkan 400 ruang kenderaan dalam satu masa.
“Operasi bermula sebulan lalu dan kami melihat pertambahan pengunjung setiap masa.
“Saya juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk berniaga di tapak Uptown supaya pengunjung punyai lebih banyak pilihan,” katanya.
Mereka yang berminat boleh melihat laman sosial Uptown Dataran Wangsa di Facebook dan Instagram.

0 Komentar untuk " Uptown buka peluang perniagaan "