Tiga anak muda buka Ngencess Coffee - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tiga anak muda buka Ngencess Coffee

MINUMAN kopi semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutama golongan muda.Tidak hairanlah ramai golongan muda mengorak langkah menceburi bidang perniagaan minuman kopi bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat itu.

Bagi memastikan perniagaan mampu bersaing, masing-masing mempunyai cara tersendiri mempersembahkan minuman yang mereka jual, termasuk memperkenalkan kopi dalam pelbagai variasi.

Inilah yang cuba diterokai Mohd Najmi Jaafar, 30, Muhammad Amirul Asraf A Razak, 27, dan Noor Nasriq Amiruddin, 27, apabila menceburi bidang keusahawanan minuman kopi sejak November tahun lalu.

Walaupun baru setahun jagung dalam bidang ini, perniagaan yang menggunakan nama Ngencess Coffee berjaya menambat hati peminat kopi apabila tiga anak muda ini tidak menang tangan melayani pelanggan di kios mereka di Pantai Puteri, Melaka.

Bagi memudahkan pelanggan, perkhidmatan pandu lalu turut disediakan.

Tidak ikut trend

Walaupun perniagaan minuman kopi seakan menjadi satu trend, bagi tiga rakan ini, mereka tidak mahu menganggap usaha mereka sebagai mengikut trend semasa.

Ini kerana, menurut Mohd Najmi, mereka menyedari sesuatu perniagaan yang bersandarkan trend semata-mata tidak mampu bertahan lama.

Bagaimanapun, beliau yakin keunikan dan kepelbagaian variasi kopi yang ditawarkan mereka mampu bertahan lama di pasaran, termasuk mampu bersaing dengan jenama lain yang sudah lama bertapak.

Bagi menjamin kualiti minuman yang disediakan, Mohd Najmi berkata, hanya biji kopi terpilih yang diimport dari luar negara digunakan.

Selain itu, katanya, mereka turut menawarkan promosi bulanan di mana kopi berperisa istimewa akan bertukar setiap bulan dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan.

Walaupun menawarkan lebih 30 jenis variasi kopi, terdapat beberapa yang menjadi kegemaran ramai, antaranya latte vanilla dan mocha hazelnut.

“Selain itu, hasil kreativiti kami turut berjaya menghasilkan beberapa variasi minuman berasaskan kopi termasuk mencampurkan kopi dengan coklat, kacang hazelnut dan buah.

“Malah, pelbagai variasi kopi inilah membuatkan ramai pelanggan memilih Ngencess Coffee,” katanya.

Harga lebih murah

Dari segi harga pula, minuman yang dijual dari serendah RM4 walaupun bahan digunakan diimport sepenuhnya dari luar negara.

Bagi Mohd Najmi, mereka bukan mahu mengaut keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada mengukuhkan jenama Ngencess Coffee di Melaka.

“Bagi kami apa yang penting kualiti dan kepuasan pelanggan semasa menikmati kopi yang dihasilkan. Itulah perkara yang amat penting kepada kami,” katanya.

0 Komentar untuk " Tiga anak muda buka Ngencess Coffee "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ