Tolak ultra kiasu di Sarawak - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tolak ultra kiasu di Sarawak

WALAUPUN saya dihalang ke Sarawak, saya tetap menyeru pengundi Sarawak menolak parti perkauman ultra kiasu dalam PRN ke-11 negeri itu. Saya harap rakan saya, Dr Juanda Jaya akan menang di kawasan yang ditandingi, begitu juga calon lain. Pas dikatakan mustahil untuk mendapat anak sulung, namun dalam politik tidak ada yang mustahil.

Semua maklum, parti ultra kiasu hanya boleh dimenangkan di kawasan majoriti Cina. Sebab itu, mereka berhempas-pulas untuk menang di kawasan majoriti bukan Cina. Alhamdulillah, rakyat masih boleh menilai kebusukan mereka.

Tahniah! Kepada Ketua Menteri Sarawak kerana turut menghalang pemimpin ultra kiasu untuk berkempen di sana. Tidak mengapalah saya tidak dibenarkan ke Sarawak. Banyak tempat lain yang boleh saya pergi untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai dae. Amat malang sekali, apabila ada pemimpin membuat sesuatu keputusan tanpa mendengar dan mengenal hati budi seseorang. Panggillah berhadapan. Tidak mengapalah, masa ini masa dia. Mungkin akan tiba masa saya.

Ketika berada dalam kelas memberi kuliah, saya sentiasa memberi kredit dan menjadikan pelajar-pelajar Sabah Sarawak sebagai contoh 1Malaysia. Jika mahu melihat 1Malaysia, pergilah ke Sabah Sarawak. Begitu banyak etnik, tetapi dapat hidup aman harmoni serta saling menghormati. Bukan seperti Semenanjung, hanya ada tiga kumpulan etnik, perang mulut tidak pernah habis.

Semua pihak meramalkan pasukan Adenan Satem akan menang besar dalam PRN ke-11. Selaku pengkaji politik, saya pun berpandangan sedemikian. Cuma bagaimanakah cara untuk memastikan ultra kiasu tidak menang atau menambah kerusi. Tetapi jangan terlalu yakin dan angkuh, kerana politik adalah sesuatu yang serba mungkin. Menang boleh jadi kalah, kalah boleh jadi menang.

Pertama, pengundi Sarawak mesti sedar bahawa ultra kiasu adalah parti perkauman. Sampai bila pun akan terus perkauman, walaupun mereka mencanangkan diversiti. Tindak-tanduk mereka tidak menampakkan sedemikian. Pengiktirafan UEC dan bantuan sekolah yang diberikan adalah satu kemenangan besar kepada mereka. Tetapi biasanya, mereka tidak pernah berasa cukup.

Kedua, jika Umno tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, atas sebab-sebab tertentu. Sudah sampai masanya juga parti ultra kiasu yang boleh mengancam keharmonian penduduk di sana diharamkan operasinya. Kadangkala saya berasa pelik, Umno tidak dibenarkan ditubuhkan di Sarawak, parti ultra kiasu dibenarkan. Lebih malang lagi, ultra kiasu inilah yang menghasut rakyat Sarawak untuk keluar dari Malaysia, sedangkan Umno begitu aman di Sabah.

Ketiga, apakah kita tidak sedar hasutan ultra kiasu ini mempunyai kaitan rapat dengan apa yang pernah terjadi di Singapura. Jika ditakdirkan perkara ini menjadi realiti, apakah tidak mungkin kedua ultra kiasu ini bergabung untuk memusnahkan kita semua? Sebab itu, banyak hartanah yang telah tergadai kepada ultra kiasu di Seberang Tambak.

Keempat, saya harap kerajaan tidak terlalu bersangka baik terhadap ultra kiasu. Lihatkan serangan yang dilakukan terhadap Dr Zakir Naik sempena jelajah dakwahnya di negara kita baru-baru ini.

Kelima, saya tidak menentang orang bukan Islam yang baik-baik. Ramai rakan bukan Islam saya seperti itu. Tetapi bukan Kristian Evengalis yang mempunyai perancangan busuk sama seperti Yahudi. Pasukan Evengalis ini sedang menguasai parti ultra kiasu sekarang. Mereka mahu menguasai negara ini. Bermula dengan Singapura, merebak ke Pulau Pinang. Tidak mustahil negeri lain seperti Selangor dan Sarawak.

Keenam, ramai yang marah dengan jelajah Dr Zakir Naik, atas alasan kenapa agama lain tidak boleh dibenarkan melakukan perkara sama. Jawapan saya mudah. Perlembagaan tidak membenarkan, walaupun sebagai individu Muslim saya tidak mempunyai masalah untuk agama lain melakukan jelajah yang sama. Jangan pula ada yang bersangka baik mereka tidak melakukan perkara yang sama. Pergilah mendengar khutbah mereka di salah satu gereja di bandar raya, di situ kita akan ketemukan bagaimana penceramah mereka menanamkan kebencian dan sentimen perkauman.

Ketujuh, kepada pengundi Sarawak, yakinlah bahawa kedatangan Islam membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam telah membuktikan kepada dunia bahawa bukan Islam boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan negara Islam. Inilah mungkin yang cuba dibawa dan ditonjolkan oleh Adenan Satem dan Pas yang mula menapak di sana. Berilah peluang kepada mereka.

Akhir sekali, saya sama sekali tidak terjejas sedikit pun dengan tidak dapat ke Sarawak mahu pun ke Singapura. Walaupun badan saya tidak berada di sana, tetapi idea saya tetap mengalir dalam dunia tanpa sempadan. Harapan saya mereka yang menang nanti dapat bertindak seperti negarawan, bukan perkauman.

* Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA

0 Komentar untuk " Tolak ultra kiasu di Sarawak "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ