MANUSIA dijadikan daripada pelbagai suku, kaum dan bangsa. Hidup mereka di sesebuah wilayah itu membentuk identiti mereka melalui adat, budaya, bahasa dan juga psikologi. Manusia juga bergerak dan mengembara jauh dari tempat asal mereka. Malah ada di antara mereka yang merantau jauh merentasi lautan ke benua yang lain.
Pada zaman dahulu, mereka berhijrah untuk mencari kehidupan baharu. Ada juga yang bertujuan untuk menakluk. Akhirnya, samada dengan cara berhijrah secara aman ataupun berperang, mereka yang berpindah ke tempat baharu itu akan berasimilasi dengan masyarakat tempatan melalui pergaulan mahupun perkahwinan. Ada juga yang terus mengekalkan sosio-budaya masing-masing kerana itu menjadi jati diri kelompok mereka. Inilah identiti bangsa.
Bagaimana pun, ini juga akan mencambah perasaan bangga bangsa yang jika tidak dikawal akan melahirkan pula sikap rasis, iaitu bukan setakat berbangga kepada kehebatan kaumnya, tetapi juga memandang rendah kepada kaum yang lain hingga menganiaya mereka.
Maaf cakap, semakin hari, kita makin diancam sentimen hingga muncul rasa ketidakselesaan dengan kehadiran bangsa lain. Padahal, di sekolah, kita tidak pernah diasuh untuk hidup dengan rasa penuh curiga dengan bangsa lain. Mengapa ini terjadi?
Selama ini, bukankah kita tidak punyai masalah jika terpaksa memperlahankan kenderaan di jalan raya kerana ada perarakan Thaipusam di hadapan. Kita terima sahaja bunyi gendang di perarakan kematian orang Cina. Ataupun tidak kisah jika memparkir kenderaan hingga menutup separuh jalan raya untuk bersolat Jumaat.
Selama ini, orang India tidak rasa bersalah untuk memecah kelapa di jalan raya dalam perarakan Thaipusam, orang Cina tidak berasa bersalah membakar mercun untuk perayaan Chap Goh Meh ataupun orang Melayu tidak berasa bersalah kerana menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan. Kita semua tidak berasa bersalah kerana kita tahu, kita semua bertoleransi kerana kita dididik untuk menghormati adab resam bangsa lain ~ co-exist.
Tetapi telinga kita mula menipis bila kita terpengaruh dengan hasutan bahawa bangsa kita akan tewas, hilang identiti, hancur segala-galanya jika kita benarkan kaum lain terus menerus berpegang kepada identiti mereka. Maaf cakap, mereka yang kerap bercakap mengenai kepentingan bangsa hingga kita berasa marah dengan kaum lain ialah orang politik! Tidak kiralah sama ada mereka orang politik dari pihak mana pun!
Kita tidak dengar orang berniaga bersikap rasis sepertimana orang politik. Begitu juga ahli-ahli akademik, peguam, doktor, arkitek apatah lagi ahli-ahli sukan. Kalau pun ada kita dengar hal-hal rasis diperkatakan dalam bidang-bidang profesional, jika kita kaji susur galurnya, kita akan dapati ia berakar daripada inklinasi politik seseorang itu.
Maknanya, apabila sahaja kita membuka mulut dan bercakap mengenai politik, maka hal-hal perkauman ini akan muncul seiring dengannya. Padahal, jika kita bergaul rapat dengan orang politik, mereka bukan setakat tidak memilih bangsa dalam bersosial, malah ramai yang menjadi rakan niaga ataupun berkahwin dengan bangsa yang lain. Jadi, kata-kata penuh emosi untuk merangsang rasa curiga terhadap kaum lain itu adalah untuk apa?
Pada dasarnya kita sendiri tidak kisah pun dengan rasa rasis ini. Sebab itulah, dalam kehidupan seharian, kita boleh telan char kuey teow atau memamah muruku. Kita boleh berkurta, bersari, berjiran dengan bangsa lain, bercakap mengikut telo bangsa lain ataupun bersenam taici. Tidak ada masalah pun.
Jika kita lihat apa yang baik, apa kelebihan yang ada pada kaum lain dan tidak melihat keburukan semata-mata, maka rasa rasis itu boleh dikendurkan. Semua insan mahukan kedamaian. Itu fitrah manusia. Malah, ia adalah tuntutan semua agama.
Mengapa makin sehari, kita semakin jauh mengenepikan semangat cinta negara? Jika kita mengakui inilah negara kita, kita kenalah terima kehadiran mereka yang dilindungi perlembagaan negara. Tidak bolehlah, kerana mahu kekal berkuasa atau merebut kuasa, kita menggadai masa depan anak bangsa dengan mencetus emosi perkauman sesama kita. Dalam situasi hari ini, dengan segala faktor yang ada, tiada siapa akan menang segala, tiada siapa yang akan kalah semuanya. Yang menang akan jadi arang, yang kalah akan jadi abu jika kita biar pergeseran sesama kita menjadi bara hingga mencetuskan api perkauman.

0 Komentar untuk " Tidak perlu jadi rasis "