DALAM soal menuntut ilmu, usia bukan penghalang. Bagaimanapun, bagi mereka yang memperoleh hidayah dan memeluk Islam; ada yang pada usia 20-an, ada yang 30-an dan ada juga pada usia yang agak lanjut, mereka mungkin segan untuk mengaji al-Quran. Lebih-lebih lagi bagi yang sibuk dengan urusan mencari makan, seribu satu alasan diberi untuk tidak mengaji.
Bagi seorang Cina yang baru memeluk Islam, antara cabaran terbesar yang dihadapinya adalah untuk membaca al-Quran dengan lancar dan laju seperti orang Melayu. Maklum sahaja lidah yang sudah keras bukan mudah untuk dilentur.
Pada peringkat permulaan belajar membaca al-Quran, sememangnya sukar untuk menyebut huruf dan perkataan tertentu sehingga ada yang akan gagap.
Malah, Dr Zakir Naik (DZN) pun menghadapi masalah gagap semasa kecil sehingga sukar baginya untuk menyebut namanya sendiri ketika itu.
Bercakap mengenai perkara ini, penulis agak kecewa dengan seorang hamba ALLAH yang menggelar dirinya "Ustaz" dalam laman sosial Facebook. Ustaz ini mempersoalkan hafazan al-Quran DZN serta mengutuk gaya sebutan beliau.
Mungkin dia tidak sedar atau tidak ambil tahu bahawa DZN adalah seorang yang gagap satu ketika dulu dan perbuatannya memperkecilkan DZN sebegitu adalah satu penghinaan yang amat tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim apatah lagi yang menggelar dirinya ustaz.
Walaupun gagap dan bercakap di hadapan beberapa orang pun tidak mampu, DZN mempunyai cita-cita untuk menjadi penceramah dan pendakwah terbaik dunia. Berkat niat dan azam murni beliau dengan latihan yang bersungguh-sungguh bertahun-tahun lamanya, DZN yang dahulunya gagap dan lemah hafalannya, kini menjadi seorang pendakwah yang fenomenal.
“Ustaz” tersebut juga mengutuk pengIslaman seorang remaja perempuan, Nina Grace, ketika menghadiri syarahan DZN di Kemaman. Dia mendakwa Nina sememangnya sudah terdahulu kembali kepada Islam dan pengIslamannya pada majlis syarahan DZN adalah publisiti murahan semata-mata. Bagaimanapun, dia telah memadam status tersebut setelah ia menjadi viral.
Sebenarnya, kebolehan untuk membaca al-Quran dengan lancar tidak bergantung pada kaum dan sama ada lahir Islam atau golongan Muhajir. Sebagai contoh, kita ada Dr Mohd Fuad Yeoh yang bukan sahaja lancar membaca al-Quran malah fasih berbahasa Arab. Begitu juga Ustaz Farid Ravi yang mengajar al-Quran di Tilawah Interaktif (RTM1). Yang penting, usaha serta doa agar ALLAH permudahkan.
Sekiranya benar-benar berazam untuk dapat membaca dengan baik dan lancar, kita boleh biasakan diri mendengar bacaan Qari seperti Misyari Rashid Alafasy sebagai contoh, setiap kali menaiki kenderaan ke tempat kerja atau di mana sahaja kita berada. Belajar tajwid dari asas, gunakan al-Quran yang ada tanda tajwid serta kaedah berwarna Al-Waqfu Wal Ibtida’ bagi memudahkan untuk mengetahui cara berhenti dan memulakan bacaan al-Quran.
Banyak tempat untuk kita belajar mengaji. Satu daripadanya adalah di Rumah Ngaji, iaitu tempat di mana pengajian al-Quran adalah percuma dan ia ada di seluruh negara. Program Rumah Ngaji anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas kini mempunyai lebih 900 pusat di seluruh negara. Menurut Datuk Abdul Jalil Ali, Pengerusi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf, program Rumah Ngaji ini adalah bagi membantu masyarakat menghayati, memahami dan mengamalkan pembacaan al-Quran.
Syabas kepada Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor, yang tidak segan silu menceritakan bahawa beliau tidak pandai mengaji sehinggalah berusia 45 tahun sewaktu pemergian ayahnya. Rosyam turut mengaku bahawa beliau ketika itu hanya menghafal tiga surah, iaitu surah al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas.
Beliau tidak malu untuk mula belajar mengaji dari "alif, ba, ta". Akhirnya, berkat kesabaran dan kesungguhan, beliau berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah pada usia 48 tahun.
Kita boleh mencapai apa sahaja impian sekiranya berusaha dan bersungguh-sungguh berbekalkan juga doa pada ALLAH SWT.
Sebagai seorang Muslim, sekiranya kita boleh berhabis wang ringgit dan masa untuk mengejar kekayaan dan kejayaan duniawi, kita juga sepatutnya melakukan yang sama untuk belajar mengaji al-Quran dan mencari ilmu agama agar kejayaan duniawi selari dengan kejayaan ukhrawi, mudah-mudahan.
* Penulis Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

0 Komentar untuk " Mengaji dan Rumah Ngaji "