SDM pelopor produk herba - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

SDM pelopor produk herba

SERI Dewi Malam (SDM) Sdn Bhd memulakan perniagaan pada 2011 secara atas talian dan beroperasi dari rumah oleh pasangan suami isteri.

Diasaskan Pengarah Urusannya, Idah Basri dan suami, Rosman Bimin, SDM merupakan antara pelopor produk berasaskan herba tempatan yang semakin mendapat tempat.

Bermula secara kecil-kecilan, peningkatan permintaan terhadap produk SDM memberi ruang untuk pasangan suami isteri ini membuka pejabat jualan dan pengedaran yang kini terletak di Pusat Perniagaan Bukit Raja, Shah Alam.

Produk SDM kini merupakan jenama kian meningkat naik bukan sahaja pasaran tempatan malah mendapat permintaan tinggi di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Menurut Idah, SDM merupakan syarikat mengkhususkan produk berasaskan herba tradisi seperti jamu, set bersalin, resdung, kosmetik dan penjagaan kulit.

“Bermula dengan produk kesihatan jamu, SDM kini mempunyai 40 produk pelbagai kategori.

“Tidak ketinggalan kami juga menghasilkan produk makanan berasaskan herba yang disebut dalam al-Quran,” katanya.

Dia berkata, syarikatnya sinonim dengan produk herba dan rempah ratus.

Katanya, pelbagai jamu yang dihasilkan adalah ramuan tradisi peninggalan nenek moyang dia dan suaminya.

Kini, khazanah herba tersebut diwarisi dan dikomersialkan mereka bagi membantu golongan wanita amnya.

Antara produk terawal adalah Jamu Dewi Suci menggunakan resipi sendiri dan konsep jamu dikekalkan dari awal penubuhan sehingga sekarang.

Pelan pemasaran rapi

Dari segi pemasaran pula, Idah berkata, pihaknya menerapkan konsep 70 atas talian termasuk ke luar negara seperti Singapura dan Brunei.

Manakala selebihnya pula dijual menerusi jualan langsung dari ejen dan stokis.

“Kami mempunyai 5,000 stokis pengedar dan ejen seluruh negara.

“Bagi mereka yang ingin menjadi stokis, kos bernilai RM5,000 stokis dapat produk RM10,00 dan yuran RM1,500 pengedar berserta dengan produk,” katanya.

Selain itu, penjualan produk syarikat mempraktikkan sistem dropship (15%), ejen (20%), pengedar (35%) dan  stokis (50%).

Produk utama SDM seperti Jamu Dewi Suci, Susukan Kalbu, Dewi Dara serta Set Women Cucci termasuk pencuci wanita dan masker berharga RM230.

“SDM lebih kepada penjagaan dalaman wanita.

“Konsep dibawa berbeza untuk jagaan dalaman wanita dan paling penting adalah membersihkan rahim, pangkal rahim serta bahagian intim wanita,” katanya.

Terdapat juga kosmetik mempunyai bahan utama iaitu sengkuang, produk herba asli dan tanpa bahan kimia.

“Resipi jamu merupakan tinggalan nenek, arwah adalah bidan dan pembuat jamu.

“Bagi jualan keseluruhan produk mampu mencecah RM100,000,” katanya.

Keluar produk lelaki

Sinonim dengan produk wanita, SDM membangunkan produk untuk kaum Adam. Menurut Rosman, produk tersebut khas untuk masalah lelaki.

“Sebelum ini kami ada mengeluarkan produk lelaki, namun terpaksa diberhentikan.

“Atas alasan tertentu, kami melupakan produk itu dan teruskan dengan produk sedia ada,” katanya.

Rosman berkata, idea tersebut timbul semula apabila pengguna setia sering bertanya akan produk tersebut.

Mengulas mengenai produk yang dikeluarkan pada 2012 itu, katanya, ketika itu menggunakan produk orang lain.

“Ketika itu saya membantu menjual produk tersebut dan ia mendapat sambutan hangat.

“Oleh kerana sudah lama tidak menjual produk lelaki, maka kami membuat keputusan untuk keluarkan atas jenama SDM,” katanya.

Teroka pasaran baharu

Walaupun kekuatan SDM bermula secara atas talian, Idah yakin dapat memikat pelanggan secara offline.

“Saya sedar pasaran online sangat kukuh ketika ini, namun secara keseluruhan ia masih rendah.

“Kami sudah kaji peringkat umur pelanggan pasaran online adalah 25 hingga 35 tahun.

“Bagi mereka berumur 36 tahun dan ke atas pula lebih kepada pasaran offline,” katanya.

Tidak lama lagi, jenama SDM bakal memasuki pasaran Timur Tengah bagi produk jamunya.

“Produk kesihatan agak rumit proses untuk eksport dan kami masih menunggu keputusan Kementerian Kesihatan untuk ke sana dalam tahun ini.

“Ratio pasaran tempatan dan luar negara pula terbahagi kepada 20/80 peratus,” katanya.

Idah berkata, perancangan jangka masa panjang pula dia mahu SDM menjadi jenama ikonik bagi jamu.

Selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan setahun lalu, Idah tidak menafikan jualan merudum sebanyak 30 peratus.

Walaupun tempahan baharu masih ada, namun jualan tidak semeriah dahulu.

“Kami percaya rezeki setiap manusia ada dan perlu berusaha untuk melonjakkan semula produk kami ke pasaran.

“Bagi memantapkan jualan, pelbagai konsep baharu akan diperkenalkan kepada pelanggan dan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, ramai wanita yang mempunyai masalah kesihatan menyembunyikan hakikat itu.

Biarpun dia sedar konsep-konsep baharu akan ditiru oleh pihak tertentu.

“Persaingan adalah perkara biasa namun kita perlukan konsep sebegitu sebagai kelebihan SDM.

“Harga produk SDM pula ditawarkan kepada pelanggan pula RM12 hingga RM230,” katanya.

0 Komentar untuk " SDM pelopor produk herba "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ