SYARIKAT produk kecantikan dan makanan kesihatan jenama Opiel Secrets, Opiel Secrets (M) Sdn Bhd optimis jualan meningkat 30 peratus berbanding RM500,000 pada tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Normashayu Puteh berkata, jangkaan tersebut dipacu dengan kesemua produknya kini boleh didapati di beberapa pasar raya besar di seluruh negara sejak awal tahun ini dan menembusi pasaran luar negara.
Menurutnya, dengan adanya tujuh produknya di pasaran tempatan dan antarabangsa, ia akan memudahkan pelanggan setia dan menjangkakan peningkatan pelanggan baharu lebih mudah memperoleh produknya.
“Sejak dipasarkan awal tahun lalu, produknya hanya dipasarkan secara atas talian (online) sahaja dan dipromosikan melalui media sosial. Selain itu, kesemua produknya boleh diperolehi melalui 50 ketua stokis dan 30 dropship di seluruh negara,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Normashayu berkata, syarikat menjangkakan pertambahan ketua stokis dan dropship berikutan permintaan tinggi terhadap produknya antaranya Opiel Secret 3 Serangkai Healin, Opiel Secret Magic Healin Cream dan Opiel Secret Secret Celebrity.
“Saya optimis jualan akan meningkat pada tahun ini dengan beberapa strategi promosi yang akan dilaksanakan antaranya ialah pengiklanan di media sosial dan media. Produk Opiel Secrets sesuai untuk lelaki dan wanita,” katanya.
Katanya, setakat ini, jualan melalui online menyumbang 40 peratus dan selebihnya adalah jualan melalui stokis, pasar raya dan dropship.
Tembusi pasaran luar negara
Normashayu berkata, walaupun produknya adalah keluaran Bumiputera, ia menembusi beberapa luar negara antaranya India, Australia, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Singapura.
“Kesemua produk Opiel Secrets juga akan menembusi pasaran Brunei pada tahun ini dan dalam proses dokumentasi. Saya menyasarkan akan memasuki pasaran Indonesia menjelang akhir tahun ini kerana permintaan di sana memberangsangkan.
“Kebanyakan pelanggan dari luar negara adalah pelanggan tetap yang membeli secara atas talian. Walaupun mempunyai persaingan dalam penjualan produk kecantikan dan kesihatan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, saya optimis produk ini akan mendapat permintaan tinggi berikutan peningkatan jualan walaupun baharu setahun berada di pasaran,” katanya.
Katanya, Opiel Secrets juga akan mengeluarkan beberapa produk baharu dalam masa tiga tahun akan datang antaranya adalah untuk mencegah kanser.
Normashayu berkata, bergelumang dalam perniagaan lebih 20 tahun menyebabkan dia mementingkan kepuasan pelanggan.
“Opiel Secrets akan melakukan penghantaran segera bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang manakala di luar Lembang Klang, mereka akan memperolehinya dalam masa 24 jam. Itu adalah perkara yang penting dalam perniagaan saya.
“Saya mahu menyenangkan pelanggan dan ia terbukti apabila mereka akan membuat tempahan seterusnya. Opiel Secrets beroperasi di Damansara Damai,” katanya.
Utamakan pelanggan
Normashayu berkata, produk Stemcell Collagen membantu melancarkan peredaran darah, membaik pulih tisu kulit, mengaktifkan sel baru, merangsangkan badan dan mengembalikan tenaga manakala Platinum Masculine mengandungi kolagen, ginseng dan protein sesuai untuk lelaki yang cepat mahu membina otot dengan cepat, meningkatkan tenaga dan stamina serta memulihkan tisu dan kulit.
“Gluta Collagen yang menggabungkan glutation dan kolagen berfungsi untuk membantu meremajakan kulit, memutihkan tubuh dan wajah serta merawat masalah kulit luar dan dalam serta melancarkan peredaran darah.
“Untuk mendapatkan kesan lebih menakjubkan sesuai jika digabungkan dengan Opiel Secret Shape Diet yang memberikan lebih keberkesanan untuk melangsingkan tubuh,” katanya.
Katanya, pelanggan produk Opiel Secret 3 Serangkai Healin adalah pesakit diabetes, darah tinggi dan gout.
“Kebanyakan pengguna produk ini akan membeli krim Opiel Secret Magic Healin yang boleh disapu bagi mereka yang sering mengalami kebas, lenguh dan sakit sendi. Kadang-kadang pelanggan saya bukanlah pesakit, namun mereka membelikannya sebagai hadiah kepada orang yang disayangi,” katanya.

0 Komentar untuk " Opiel Secrets optimis jualan meningkat "