Lulur gula tebu organik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Lulur gula tebu organik

MELAKUKAN lulur atau skrub mampu membersihkan tubuh badan sekali gus mencantikkan kulit. Bagi wanita yang mempunyai kewangan kukuh, mereka gemar mengunjungi spa kecantikan untuk mendapatkan perkhidmatan lulur.

Menyedari kepentingan lulur kepada wanita tanpa menggunakan bahan kimia dan modal tinggi, Pengasas Pure Safiyyahosman Enterprise, Nur Saffiyyah Osman menggunakan formula sendiri menghasilkan lulur menggunakan gula tebu organik.

"Setiap individu mahukan cara penjagaan badan mudah dan berkesan tanpa mengeluarkan perbelanjaan besar, lebih-lebih lagi bagi wanita tidak bekerja dan perlu berjimat untuk berbelanja," katanya.

Menurutnya, gula tebu organik tidak melalui proses kimia dan ia juga boleh diguna dalam makanan dan minuman seperti gula biasa.

“Dengan menggunakan formulasi sendiri, saya menggunakan gula tebu organik sebagai salah satu ramuan lulur yang dikenali sebagai Susa Detox Body Scrub.

“Penggunaan gula tebu organik bagi mengelakkan penggunaan bahan kimia dalam ramuan lulur yang dihasilkan. Saya juga menggunakan  vegan iaitu bahan yang tidak mengandungi daging atau lemak haiwan. Lulur Susa Detox Body Scrub selamat untuk dimakan,” katanya.

Resipi ibu, buatan sendiri

Nur Safiyyah berkata, dia mengambil masa tiga bulan untuk membuat penyelidikan menghasilkan lulur itu.

"Ia merupakan resipi daripada ibu, Fuziah Yahya yang diadun sendiri untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis kulit. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi untuk menghasilkan Susa Detox Body Scrub kerana ia adalah buatan sendiri (home made). Saya perlu memastikan sukatan setiap bahan yang digunakan tepat.

“Saya hampir putus asa menghasilkan lulur antaranya minyak dan gula tidak serasi. Saya tidak guna bahan kimia kerana mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Katanya, selain menggunakan formula sendiri, Nur Safiyyah juga mempelajari mengenai salah satu bahan iaitu essential oil.

“Ia ramuan penting kerana sekiranya sukatan berlebihan atau berkurangan, ia akan memberikan kesan kepada kulit si pemakai terutamanya kepada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

“Selain guna gula tebu organik, essential oil, minyak zaitun dan beberapa ramuan yang diimport dari United Kingdom. Produk pertama yang dihasilkan ialah Susa Detox Body Scrub Chamomile.

Selepas tiga bulan, akhirnya Nur Safiyyah berjaya menghasilkan lulur dan mula diperkenal kepada saudara-mara dan kawan terdekat.

“Alhamdulillah, mereka menyambut baik lulur tersebut dan mula menempah. Saya bersyukur lulur tersebut cepat dikenali dan berbaloi.

"Saya membuat lulur bukanlah semudah yang disangka kerana ia memerlukan ketelitian. Saya tidak mahu lulur dihasilkan beri kesan kepada pelanggan,” katanya.

Katanya, setiap adunan dihasilkan dua kilogram (kg) memerlukan  tenaga banyak kerana perlu dikacau 30 minit hingga satu jam tanpa henti.

Katanya, lulur itu juga membantu menyegarkan kulit dan menghilangkan sel kulit mati.

“Apa yang lebih penting, lulur ini boleh digunakan pelanggan tanpa bimbang kerana menggunakan bahan semula jadi serta tidak ada kesan sampingan malah ia selamat untuk dimakan,” katanya.

Dua jam masa tidur

Setelah Susa Detox Body Scrub dikenali pada September 2015, Nur Safiyyah perlu menghasilkan produk lulur untuk memenuhi permintaan tinggi di seluruh negara.

“Alhamdulillah, setelah tiga bulan berada di pasaran, kami mempunyai tujuh stokis antaranya di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis, Kuantan dan Selangor. Pada mulanya, saya guna botol kaca, namun tidak sanggup menanggung kerugian kerana pecah dan rosak.

“Saya ambil keputusan guna bekas fleksibel dan selamat. Alhamdulillah, permintaan semakin meningkat dan perlu menyediakan ramuan sebanyak 10 kilogram sehari untuk memenuhi permintaan dari seluruh negara dan Indonesia,” katanya.

Nur Saffiyah berkata, bermula hanya Susa Detox Body Scrub Chammomile, kini dia mampu menghasilkan tiga jenis lulur iaitu Susa Detox Body Scrub Choco Honey dan Susa Detox Body Scrub Lavender.

“Kami jual kesemua produk ini RM25 saja,” katanya.

Katanya, kepada mereka yang inginkan maklumat lanjut atau buat tempahan boleh layari laman sosial Facebook purebysafiyyahosmanofficial atau hubungi 019-2609886.

0 Komentar untuk " Lulur gula tebu organik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ