TANPA memilih bulu, apa yang salah kita kena kata salah. Tidak perlu banyak alasan dan ‘ding-dong-ding-dong’ yang entah apa-apa itu. Baik anak seluang, bapak haruan, piranha ganas, hatta ikan paus berskala ‘Jaws’, sekali masuk jaring jangan dilepaskan.
Maka sekiranya Lim Guan Eng memang dibuktikan bersalah, beliau patut menerima hukuman setimpal, sama seperti bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo yang dihukum penjara gara-gara rasuah.
Ada dakwaan di Parlimen – dibangkitkan oleh YB Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya – konon Ketua Menteri Pulau Pinang @ anak Lim Kit Siang itu membeli hartanah di Jalan Pinhorn, Georgetown, pada harga di bawah pasaran.
Banglo dua tingkat atas tapak berkeluasan 10,161 kaki persegi @ 943.98 meter persegi itu dibeli pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta, sedangkan nilai pasaran sebenar dianggarkan RM6 juta hingga RM6.5 juta.
Tambah kontroversi lagi apabila Lim dilaporkan membeli banglo itu daripada Phang Li Koon, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang membeli tanah Taman Manggis pada 2012 bagi membina sebuah hospital pakar.
Tidak menghairankan untuk beberapa hari setelah dakwaan di Parlimen itu, Guan Eng dihentam ‘kaw-kaw punya’ oleh seteru-seteru politiknya. Pagi petang siang malam ada sahaja kenyataan daripada pihak tertentu membantai beliau habis-habisan.
Ada tunjuk perasaan, angkat sepanduk, hantar memorandum, dan macam-macam laporan polis dibuat kerana pemimpin DAP itu konon cakap tidak serupa bikin; hendak memerangi rasuah tetapi dikatakan membeli rumah cara meragukan.
Malah, sebuah stesen TV tempatan, setiap hari menyerang pemimpin Pulau Mutiara menerusi liputan berita pada waktu prima. Isu banglo di Jalan Pinhorn itu diberi liputan hampir setengah jam, kalah isu-isu besar lain.
Anehnya tidak pula stesen berkenaan memberi liputan meluas terhadap songlap RM ratusan juta yang dilakukan oleh seorang pegawai di Kementerian Belia & Sukan, walaupun menteri berkenaan mengakui penyelewengan wang rakyat dalam kes tersebut.
Pelbagai pihak mahu KM segera dihukum kerana isu RM2.8 juta. Mereka tidak mahu YAB terlepas, sedangkan yang empunya diri telah sejak awal menegaskan beliau bersedia memberi segala keterangan dan kerjasama untuk membantu siasatan.
Ada yang terlalu bersemangat, marah-marah pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menuduh agensi bebas itu memilih bulu dan sengaja melengah-lengahkan siasatan kes berkenaan.
Padahal SPRM tidak ada sebab untuk menangguhkan siasatan ke atas Guan Eng. Seperti yang ditegaskan oleh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, tuduhan sesetengah pihak itu adalah tidak berasas.
Tegas Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM itu, seperti yang dilaporkan Bernama semalam: “Perkara itu (pembelian banglo) perlu disiasat secara rapi, prosesnya belum lagi selesai. Memanggil Lim untuk ditemu duga tanpa siasatan penuh, bukan amalan SPRM.”
Serahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat. Orang ramai, lebih-lebih lagi seteru KM, tidak perlu memandang serong terhadap agensi berkenaan. Semua orang pun tahu RM2.8 juta bukan satu-satunya kes dalam fail SPRM.
Ada sekian banyak skandal mega negara yang jauh lebih hina daripada apa yang terjadi di Pulau Pinang, kini sedang disiasat. Ada kes yang terlalu rumit, berbelit-belit dan melibatkan jumlah RM ‘berjuta-juta-juta lemon’ yang terpaksa dihentikan siasatan, diarahkan supaya fail ditutup.
Dibandingkan dengan RM beratus juta duit rakyat – juga sekian banyak kereta mewah, saham, simpanan di bank, jam tangan, berlian, beg tangan, pakej pelancongan keluarga, dan lain-lain – yang disonglap secara senyap-senyap oleh pegawai di kementerian berkenaan, banglo RM2.8 juta itu sebenarnya tidak sebesar mana.
Malah, kediaman sesetengah menteri, ketua menteri dan menteri besar, hatta sesetengah pemimpin biasa di peringkat kampung pun jauh lebih besar dan mewah dari banglo di Georgetown, sehingga selalu timbul pertanyaan: dari mana dia orang dapat duit?
Tetapi itu tidak sama sekali bererti Lim Guan Eng tidak perlu disiasat. SPRM tidak perlu takut untuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang. Siasatlah secara adil, telus dan menyeluruh; jangan sembunyikan walau sekecil hama.
Sekiranya pada akhir siasatan nanti terbukti ada penyelewengan dalam isu banglo RM2.8 juta itu, pihak yang bersalah mesti dihukum. Penyelewengan tetap penyelewengan – tidak kira 28 sen, RM2.8 juta hatta RM2.8 bilion.

0 Komentar untuk " Guan Eng dan banglo RM2.8 juta "