Fars tawan pasaran produk kesihatan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Fars tawan pasaran produk kesihatan

SYARIKAT pembekal pelbagai produk makanan dan minuman, Lemars International Sdn Bhd (Lemars International) menyasarkan jualan tahunan sebanyak RM100 juta setahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jaffer Shariat berkata, syarikat itu turut membekal dan mengeluarkan produk kesihatan.

Menurutnya, kebanyakan produk keluaran syarikatnya memfokuskan kepada makanan kering tanpa kandungan gula dan produk kesihatan.

“Produk utama kami adalah jus delima organik tanpa campuran gula sebaliknya pati asli buah itu semata-mata.

"Bahkan produk cuka buah turut diperakui Jakim dan tidak mengandungi kandungan alkohol,” katanya.

Walaupun jenama Fars baharu menjengah pasaran setahun lebih, namun syarikat yakin dapat mengekalkan pertumbuhan 10 peratus dalam jualan.

“Syarikat mengimport bahan mentah berkualiti dan terbaik hasil ladang dari Iraq bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

“Kami mengutamakan kualiti bahan bagi menjamin produk Fars setanding dengan jenama terkenal tempatan,” katanya.

Bukan sahaja mementingkan manfaat produk kepada kesihatan pengguna, Lemars International juga memilih buah-buahan anti-oksida bagi mencegah dan merawat pelbagai penyakit. Malah Lemars International menghasilkan kapasiti besar bagi produk Fars sehingga 3,000 botol sehari.

Selain pati delima dan cuka buah, syarikat itu merupakan antara pembekal terbesar pelbagai jenis kurma ke pasaran tempatan.

Lemars International turut memperkenalkan beberapa produk baharu seperti cuka fiq, minyak zaitun, cuka epal dan sebagainya, sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

0 Komentar untuk " Fars tawan pasaran produk kesihatan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ