FJ Beauty Elegence : Obses kulit cerah, gebu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

FJ Beauty Elegence : Obses kulit cerah, gebu

KEGHAIRAHAN pengguna khususnya wanita di negara ini untuk nampak putih dan gebu serta menawan merancakkan lagi pengeluaran produk-produk pencerahan kulit di Malaysia.

Trend ini banyak dipengaruhi keanggunan dan kecantikan wanita-wanita Korea yang dilihat menerusi drama-drama mereka.

Berikutan itu, ramai wanita yang ingin tampil gebu mengambil produk pencerahan yang kini banyak dijual di pasaran sama ada dalam bentuk tablet, serbuk mahupun krim.

Bagi pengusaha pula terutamanya syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), permintaan yang tinggi itu menjadi peluang besar menjana pendapatan.

Sebab itu, kebelakangan ini ramai PKS dilihat merebut peluang untuk mengeluarkan produk seumpama itu dengan jenama masing-masing.

Bahkan, di laman-laman sosial terdapat lambakan produk pencerahan yang dijual secara berleluasa dalam pelbagai bentuk yang menjanjikan kesan terbaik.

Pilih produk selamat, halal

Bagaimanapun, rata-rata pembeli produk itu  berkata, mereka akan memilih produk  yang selamat dan tidak mengandungi bahan merbahaya, selain berkesan dan harga mampu milik.

Produk yang selamat mestilah mempunyai pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta, Munirah Zaafaran berkata, dia akan memilih produk yang diyakini selamat penggunaannya iaitu tidak memberi kesan kepada kesihatan.

“Saya mula ambil produk seperti ini selepas menjalani pembedahan. Kesan pengambilan ubat dan perubahan hormon selepas pembedahan menyebabkan kulit kusam dan tidak berseri.

“Sebab itu, saya gunakan produk pencerahan ini," katanya.

Menurutnya, dia pernah mengambil beberapa jenis produk pencerahan lain yang tidak memberikan kesan memuaskan sehinggalah bertemu dengan produk Ory Jelly beberapa bulan lalu.

Bagi pekerja swasta, Naliha Mohd Azmee, dia mengambil produk pencerahan kerana inginkan manfaat lain yang terkandung di dalam produk tersebut.

“Saya agak memilih, selalunya saya akan guna produk yang terus disapu pada wajah tanpa perlu meminum atau memakannya," katanya.

Menurutnya, produk yang digunakan sekarang memberi kesan ketara apabila kulit kurang berminyak dan jerawat.

Sementara itu, Siti Faridah Arif berkata, dia mengambil produk pencerahan kulit kerana terpengaruh dengan iklan yang banyak di laman sosial dengan harga mampu milik.

“Tetapi saya ini jenis yang memilih, saya tidak berani gunakan produk yang tidak mempunyai pengiktirafan KKM.

“Jadi saya lebih berminat untuk menggunakan produk pencerahan yang hanya perlu disapu pada kulit,” katanya.

Menurutnya, sepanjang menggunakan produk pencerahan, dia tidak pernah menghadapi sebarang kesan sampingan daripada penggunaan mana-mana produk tersebut.

Jual kerana ada permintaan

Berikutan permintaan yang meningkat terhadap produk pencerahan di pasaran menyebabkan FJ Beauty Elegence tampil dengan produk baharu dengan konsep berlainan.

Pengasasnya, Nurul Farah Farihin Jusoh berkata, syarikatnya hadir dengan produk pertama iaitu sabun pencerah, dua tahun lalu.

“Untuk produk kedua, kami menjalankan tinjauan terhadap pengguna selama beberapa bulan. Hasilnya, rata-rata pengguna kami berkata mereka inginkan produk pencerahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kebelakangan ini, pengguna Malaysia lebih tertumpu untuk membeli produk yang mampu mencerahkan kulit, sekali gus merancakkan lagi pasaran tempatan dengan kehadiran pelbagai produk baharu.

Bagaimanapun, untuk bersaing dalam pasaran tempatan, Nurul Farah berkata, dia perlu hadir dengan produk lain daripada yang lain.

“Oleh sebab itu, kami menghasilkan produk pencerahan yang mengandungi makanan sunnah dalam bentuk jeli, sekali gus menjadi produk pertama seumpama itu di Malaysia," katanya.

Nurul Farah berkata, pada awalnya, produknya berjaya terjual 10,000 botol sebulan dan kini jumlahnya terus meningkat.

0 Komentar untuk " FJ Beauty Elegence : Obses kulit cerah, gebu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ