BARU-baru ini, polis telah membuat keputusan untuk tidak memberi kebenaran kepada penceramah agama antarabangsa, Dr Zakir Naik, untuk memberi ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, keputusan tersebut adalah atas faktor keselamatan.
“Berpandukan tajuk forum itu sendiri yang boleh dimanipulasi sehingga membangkitkan kontroversi keagamaan,” menurut beliau dalam suatu kenyataan.
Sememangnya ramai yang tidak senang dengan topik tersebut, terutama sekali masyarakat yang menganut agama Hindu. Dr Zakir terkenal kerana bukan sahaja memberi ceramah tentang Islam, tetapi juga ulasannya tentang agama lain.
Kita sepatutnya faham mengapa penganut agama lain berasa resah. Cuba kita bayangkan sekiranya seorang sami atau paderi yang menyampaikan ceramah membandingkan agamanya dengan agama Islam. Lebih lagi jika tidak dipanggil wakil Muslim untuk memberi pandangan.
Adakah kita juga akan berasa selesa dan membenarkannya? Atau mungkinkah kita akan kata, ‘jangan bicara tentang agama Islam kerana anda bukan Muslim dan tidak layak’?
Tetapi pada masa yang sama, hak asasi manusia untuk bebas bersuara adalah suatu hak yang harus dilindungi. Kebebasan bersuara bukan sahaja untuk perkara-perkara atau ucapan-ucapan yang kita setuju atau senangi sahaja. Kebebasan bersuara juga wajar didukung untuk perkara-perkara yang kita tidak setuju, yang jijik, jelak, menghina, rasis dan sebagainya.
Jangan salah faham. Ini tidak bermakna kebebasan bersuara itu mutlak. Ada had kepada kebebasan bersuara. Bila aktivis hak asasi manusia desak supaya kebebasan bersuara didukung, mereka tidak bermakna kebebasan itu tanpa batasnya.
Kebebasan bersuara wajar disekat sekiranya kebebasan itu digunakan untuk menganjurkan keganasan, kemudaratan ke atas orang lain atau kerosakan harta benda. Ia tidak wajar disekat hanya kerana kebebasan itu digunakan untuk menghina atau menyinggung perasaan orang lain, atau kita tidak senang dengan apa yang ditutur atau diucapkan.
Batas kebebasan bersuara tidak boleh begitu rendah kerana manusia pelbagai dan punya pelbagai tahap toleransi. Ada perkara yang boleh diterima oleh sesetengah orang tetapi perkara yang sama akan menyinggung perasaan orang lain.
Beginilah tinggal dalam sebuah negara yang demokratik. Perbezaan itu biasa dan seharusnya dilindungi.
Dr Zakir tidak wajar dihalang untuk berceramah hanya kerana terdapat tentangan daripada sesetengah pihak. Beliau tidak wajar dikekang hanya kerana ada yang tidak suka apa yang dikatakan olehnya. Beliau seharusnya dibenarkan menyampaikan ucapannya.
Malangnya, kelihatan bahawa ramai yang mahu menghalangnya daripada berucap sebelum ini dikatakan mendukung kebebasan bersuara.
Samalah juga, ramai yang memperjuangkan kebebasan bersuara beliau, pada ketika yang lain tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis untuk menyekat kebebasan bersuara orang lain.
Jika kita bantah bila Dr Zakir disekat untuk berucap, adakah kita juga bantah dahulu bila Dr Ulil dari Indonesia tidak dibenarkan masuk Malaysia atas alasan bahawa beliau ‘liberal’.
Adakah kita juga bantah apabila polis halang Kursus Marxisme Kilat daripada diadakan? Bila buku Sisters in Islam dan Irshad Manji diharamkan, adakah kita suarakan bantahan? Adakah kita juga dukung kebebasan golongan Syiah dan Ahmadi di negara ini?
Juga bila orang Malaysia yang dilabel ‘pembangkang’, ‘aktivis anti kerajaan’ atau ‘liberal’ atau macam-macam label lagi disekat kebebasan setiap hari dengan Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Sosma dan macam-macam undang-undang lagi.
Kita harus konsisten dalam hal mendukung kebebasan. Bukan hanya mendukungnya untuk perkara-perkara yang kita sokong atau senang sahaja.
* Penulis seorang peguam di sebuah firma di Kuala Lumpur

0 Komentar untuk " Dr Zakir dan kebebasan bersuara "