LANJUTAN artikel minggu lalu, ramai wartawan menelefon bertanyakan kenapa saya dilarang masuk ke Singapura. Berita ini turut menjadi trending. Jawapannya, kerana negara tersebut ultra kiasu. Sifat inilah yang menjadi negara itui maju. Mereka langsung tidak mahu berkongsi dengan Malaysia.
Teringat kata-kata mendiang guru saya, Profesor Dr Chandran Jushurun yang pernah mengajar di Singapura. Katanya, Singapura ibarat sebiji kek, dia tidak mahu langsung kongsi kek tersebut, walaupun dia tahu kek tersebut bukan hak dia sepenuhnya. Pernah kita pertikai perjanjian air sehingga tahun 2061 dengan harga tiga sen (0.03) setiap 1,000 gelen? Begitulah baiknya Malaysia.
Malaysia terlalu baik kepada bukan Melayu. Setiap kali bertindak, agenda untuk orang bukan Melayu tidak pernah dilupakan. Adakah ultra kiasu juga berfikir sama atau mahu makan seorang diri?
Konsep adil selalu dirujuk sebagai 1=1. Peliknya, bila sesuatu berpihak kepada mereka. Mereka senyap. Sebaliknya, jika tidak, bising bukan main. Misalnya, kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang, ketua ultra kiasu Pulau Pinang tidak patut dihukum selagi didapati tidak bersalah oleh SPRM berhubung isu pembelian banglo RM2.8 juta, langsung tidak dipuji oleh ultra kiasu termasuk kalangan mereka seagama.
Namun, apabila kenyataan Hadi berpihak kepada PM Najib, maka Hadi dihentam sehingga tidak ada kata-kata kesat untuk dilemparkan. Peliknya, sebelum insiden ini, tidak pula wartawan dijemput ke rumah. Tiba-tiba bila isu ini meletup, terus wartawan dijemput. Paku dulang, paku serpih, mengata orang, dia lebih. Sama sahaja, 2x5.
Kadangkala seram juga melihat kekayaan kalangan pemimpin hari ini. Mewah tidak terkata rumah dan keretanya. Dapat wang daripada mana? Ini tidak termasuk pegawai kerajaan KBS yang didakwa pecah amanah seperti dilaporkan. Boleh dibawa matikah semua benda ini? Mampukah kita menjawab soalan bocor alam kubur nanti seperti Ma rabbuka, Man nabiyyuka, Man deenuka, Man kiblatuka, Man imamuka dan Man ikhwanuka?
Bandingkan dengan mereka antara yang terkaya di dunia seperti pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Kehidupannya amat sederhana. Kekayaan yang sebegitu banyak membolehkan beliau berkahwin di bulan. Tetapi beliau memilih cara hidup mengikut lunas wasatiyyah. Berpakaian sama setiap hari tanpa fesyen dan hiasan. Begitu banyak wang didermakan kepada mereka yang memerlukan bagi menunjukkan kediversitiannya. Bukan seperti kita, pantang kaya sedikit, menunjuk selalu, rumah, isteri, barang kemas, kereta dan sebagainya. Diversitikah kita?
Terbaharu, ultra kiasu Islam bermata sepet, mempertikaikan mahkamah persekutuan tidak mencerminkan diversiti. Hakim Melayu lebih ramai berbanding bukan Melayu katanya. Wajarlah, sebab majoriti Melayu lebih ramai. Lagipun negara ini negara Islam. Apakah perkara 3-13 dan 153 dalam Perlembagaan tidak membawa apa makna langsung?
Persoalannya, apakah wujud diversiti di negeri ultra kiasu Pulau Pinang dan Chinatown yang lain? Berapa ramai Exco atau jawatan strategik diberikan kepada orang Islam, berbanding warna-warna dalam Kabinet Malaysia? Sebiji seperti Singapura.
Sebab itu, umat Islam jangan terlalu sedap hati dengan keadaan yang berlaku hari ini, bergaduh dan berpecah tidak pernah habis. Sanggup berpeluk dengan musuh, tetapi dengan saudara sendiri dilayan seperti haiwan.
Peliknya, kenapa tidak pertikai penguasaan kek ekonomi yang hampir sepenuhnya dikaut oleh bukan Melayu? Senarai 10 terkaya di Malaysia, hanya seorang sahaja Melayu (Arab). Di manakah diversitinya? Jika adapun muka-muka Melayu sekadar untuk melariskan jualan atau mendapat projek. Amat malang jika ada Melayu yang dilantik ke jawatan tinggi sebagai pengerusi, hanya bertindak sebagai ‘pak pacak’.
Bandingkan berapa banyak sektor awam termasuk GLC telah dibuka kepada bukan Melayu. Lihat Petronas hari ini, apa sudah jadi? Begitu juga Bank Bumiputera, menjadi CIMB. Berapa ramai bukan Melayu yang memegang jawatan tinggi, sehingga hilang identiti Bumiputeranya. Begitu juga dengan universiti swasta. Kenapa tidak pertikaikan diversitinya?
Ini tidak termasuk stesen penyiarannya. Rancangan bersifat ‘Islamik’ hanya tempelan dan bersifat mencari keuntungan. Malangnya anak-anak kita terus leka dengan rancangan realiti hiburan yang disediakan.
Bangkitlah wahai saudara-saudariku, bangun membela umat. Tentang habis-habisan mereka yang mahukan diversiti, sedangkan mereka amat tertutup.
* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA

0 Komentar untuk " Tidak diversiti lagikah kita "