BANJIR adalah fenomena alam yang dapat dikatakan saban tahun melanda negara lebih-lebih lagi bila tiba musim Monsun Timur Laut iaitu antara November hingga Mac. Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor antara yang terjejas akibat peralihan monsun ini dan ia sudah menjadi asam garam bagi penduduknya. Insiden air masuk ke dalam rumah bukan perkara baharu, tetapi hakikat yang terpaksa dihadapi. Dalam menguruskan bencana sebegini, terutama jika keadaan agak teruk dan penduduk terpaksa dipindahkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah (JKPBND) tertakluk kepada Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN). Arahan ini menggariskan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh meliputi peringkat sebelum, sewaktu dan selepas kejadian. Setiap agensi terbabit bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selaras arahan ini. Pengurusan bencana dikendalikan secara bersepadu semua agensi supaya tindakan pada setiap peringkat menjadi lebih efisien dan efektif. Di samping itu, ia juga akan dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan atau pertindihan peranan sewaktu menangani bencana. JKPBND dari semasa ke semasa sentiasa berjaga-jaga dan bersiap sedia dengan apa jua keadaan seandainya berlaku banjir luar biasa. Agensi penyelamat, agensi bantuan dan agensi pemulihan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk bertindak dengan kadar segera jika diarah Pengerusi JKPBND apabila keadaan menjadi parah.
Perlu patuh SOP
Dengan kata lain, Ahli JKPBND mempunyai Pengurusan Tetap Operasi (SOP) yang harus dipatuhi dan dilaksanakan ketika berhadapan bencana khususnya banjir. Agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta agensi bantuan dan pemulihan terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Persatuan Bulan Sabit Merah, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta pertubuhan bukan kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk dikerah ke tempat kejadian. Bagaimanapun, dalam memperkatakan mengenai bencana, mungkin tidak terlintas atau tercapai di akal kita akan berlaku peristiwa buruk membabitkan empangan, walaupun kemungkinan itu ada. Malaysia memiliki banyak empangan antaranya Empangan Bakun, Empangan Kenyir dan Empangan Temenggor. Bertindak atas kemungkinan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Sarawak Hidro Sdn Bhd baru-baru ini berkerjasama menganjurkan Tabletop Exercise Empangan Bakun (TTX Bakun). Antara lain, objektif penganjuran program ini adalah untuk memperlengkap dan kesiapsiagaan Agensi Pengendali Empangan, Agensi Penyelamat dan Agensi Bantuan dan Pemulihan dengan SOP bencana di empangan. Program dua hari pada 2 dan 3 Mac lalu itu diadakan di Stesen Janakuasa Elektrik Bakun yang disertai 19 agensi membabitkan 74 peserta.
Sedia hadapi kemungkinan
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Zaitun Abdul Samad, sewaktu berucap pada program itu berkata kita tidak boleh meramal bila bencana berlaku tetapi kita mesti bersiap sedia untuk berhadapan sebarang situasi dan setiap agensi sudah mengetahui peranan serta tugas masing-masing kerana perlu bertindak dengan efektif dan efisien. Latihan berkonsepkan bilik darjah itu menguji kefahaman dan kemahiran peserta sewaktu mengendalikan bencana sama ada agensi pengendali empangan, penyelamat, bantuan dan pemulihan. Agensi ini perlu berkolaborasi untuk menyelesaikan setiap isu berbangkit supaya tahap pemahaman dan persefahaman dapat dijalin apabila menghadapi situasi cemas sebenar.
Dengan kata lain jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini di empangan, agensi ini sudah bersiap da lam keadaan fizikal dan mental. Mereka boleh bertindak dengan efektif dan efisien serta berupaya berhadapan situasi cemas di empangan. Segala bantuan dan pertolongan disalurkan juga berlandaskan SOP bencana di empangan. Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata di bawah Arahan MKN 20, SOP ini merangkumi pelbagai bencana alam kecuali bencana di empangan. Beliau berkata, penganjuran TTX Bakun tepat pada masanya kerana impak program ini sudah tentu menghasilkan SOP yang efisien dan menjadi Penanda Aras Utama (KPI) agensi berkaitan dan sejarah membuktikan bencana membabitkan empangan hidro pernah berlaku di luar negara yang membawa kesan amat teruk serta mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa juga kerosakan besar harta benda.
Kerjasama setiap agensi
Shahidan menegaskan, kerjasama pelbagai agensi penting untuk memastikan pengurusan bencana di empangan lebih efisien dan efektif di semua peringkat dan sebagai agensi pengurusan bencana negara NADMA perlu memainkan peranan utama dalam memastikan SOP bencana di empangan dipatuhi dan dilaksanakan agensi berkenaan. Bagi peserta program, latihan amal ini adalah langkah awal untuk bersiap sedia serta memperlengkapkan anggota agensi berkaitan dengan teori asas bencana di empangan. Selepas didedahkan dengan latihan amal, perancangan seterusnya membabitkan simulasi ketika berdepan bencana di empangan. Ia akan menjadi kayu ukur kepada setiap apa yang dipelajari dalam program TTX Bakun. Bahkan melalui simulasi ini nanti apa yang kurang boleh ditambah baik sebelum berhadapan senario sebenarnya. Sebagaimana kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/136346

0 Komentar untuk " SOP pengurusan banjir diperluas meliputi empangan "