BERDASARKAN ucapan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) kepada anggota Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Amerika Israel atau AIPAC, awal minggu ini, Israel akan terus mendapat perlindungan dan bantuan ekonomi AS oleh pentadbiran baharu yang menggantikan Presiden Barack Obama. Dalam erti kata lain, mereka akan sentiasa memihak kepada Israel dalam sebarang isu membabitkan rejim Zionis itu pada peringkat antarabangsa, sekalipun penjajahan Yahudi terhadap wilayah ditakluki Palestin menghampiri tujuh dekad. Kecuali calon Parti Demokrat, Bernie Sanders, saingannya Hillary Clinton dan calon Parti Republikan, Donald Trump, Ted Cruz dan John Kasich menyatakan sokongan kuat kepada Israel bagi mendapatkan 'kelulusan' AIPAC terhadap kempen masing-masing. Sokongan mereka memenuhi misi AIPAC yang tertera di laman web pelobi Israel itu yang berbunyi: "Misi AIPAC ialah memperkukuh, melindungi dan mempromosi hubungan AS-Israel secara yang dapat mengukuhkan keselamatan AS dan Israel.
Penuhi kepentingan AS
"Kakitangan dan aktivis AIPAC memberi penerangan kepada perangka dasar mengenai hubungan yang menyatukan AS dan Israel serta bagaimana ia memenuhi kepentingan AS dengan memastikan negara Yahudi selamat, kuat dan terjamin. "Kerjasama di antara dua negara memberi kelebihan kepada kedua-duanya. Sebagai pelobi pro-Israel, AIPAC menggesa semua anggota Kongres menyokong Israel menerusi pemberian dana asing, usaha sama antara kerajaan, kerjasama anti keganasan dan mempromosi penyelesaian dua negara melalui rundingan iaitu sebuah negara Yahudi Israel dan negara Palestin tanpa senjata." Dalam laporannya, akhbar New York Times (NYT) menggunakan tajuk Hillary Clinton and Donald Trump Vow to Protect Israel but Differ on Means (Hillary Clinton dan Donald Trump bersumpah melindungi Israel tetapi guna pendekatan berbeza). Hillary dipetik sebagai memberitahu anggota AIPAC: "Amerika tidak akan sekali-kali bersikap berkecuali mengenai keselamatan dan kelangsungan Israel. Sahabatku, keselamatan Israel tidak boleh dirundingkan." Trump pula dianggap menyindir Hillary yang menjadi sebahagian pentadbiran Presiden Obama, apabila berkata: "Apabila saya menjadi presiden, layanan kelas kedua terhadap Israel akan berakhir mulai hari pertama lagi." Trump menyalahkan pentadbiran Obama atas hubungan dingin AS dengan Israel ketika ini. Ucapan Hillary dan Trump paling mendapat tumpuan kerana mereka dianggap calon presiden utama berbanding Cruz dan Kasich yang turut menekankan kepentingan Israel. Sanders tidak dapat hadir kerana berkempen di Arizona, Utah dan Idaho. Beliau juga satu-satunya calon berbangsa Yahudi.
Komen kontroversi
Di sebalik semua kenyataan mereka, komen paling kontroversi masih lagi keluar daripada mulut Trump yang berkata beliau akan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Ini bermakna Trump mengubah pendiriannya sendiri dalam isu berkenaan. Tahun lalu, Trump menolak langkah itu. Pentadbiran AS yang lalu sehingga hari ini tidak memindahkan kedutaan itu ke Baitulmaqdis kerana pemimpin Israel dan Palestin menuntut menjadikan kota itu sebagai ibu negara masing-masing. Washington setakat ini mempunyai dasar berkecuali mengenai Baitulmaqdis kerana menganggap pendekatan itu penting bagi kepentingan keselamatannya di rantau Asia Barat. Jika pemindahan itu berlaku yang turut disokong oleh Cruz dan Kasich, sokongan AS kepada Israel tidak lagi berbelah bagi, sekali gus bermakna Washington bukan lagi broker yang tidak berkecuali dalam isu Israel dan Palestin. Malah, Hillary dalam ucapannya kepada ahli AIPAC berkata bahawa 'antara perkara pertama yang akan dilakukannya jika menjadi presiden ialah menjemput Perdana Menteri Israel berkunjung ke Rumah Putih." Oleh itu, jangan sesiapa pun hairan jika Israel terus melakukan sesuka hatinya di bumi Palestin kerana calon Presiden AS sudahpun berada di pihak negara Yahudi itu.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/137093

0 Komentar untuk " Sokongan bakal Presiden AS petanda buruk buat Palestin "