WALAUPUN digantung jawatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk terus berada dalam parti yang telah dianggotainya lebih tiga dekad.
Mantan timbalan perdana menteri itu memberitahu wartawan, beliau akan kekal dalam parti dan akan terus bersuara atas apa juga penyelewengan, dalam usaha untuk memperbaiki parti dari dalam.
Sesetengah orang berkata sudah menjadi hukum tidak bertulis dalam Umno, bahawa sesiapa yang tidak mempunyai kedudukan penting suara mereka tidak dipedulikan, macam kata pepatah seperti anjing menyalak bukit.
Sebab itu dalam kalangan pemimpin parti sendiri terang-terang berkata sama ada Muhyiddin dalam Umno atau tidak, semua orang tidak kisah lagi, tidak akan menjejaskan parti...
NAMUN, bukan semua yang tiada kedudukan dalam Umno akan dipandang sebelah mata, atau tidak dipandang langsung.
Tun Mahathir Mohamad tidak ada kedudukan dalam parti, tetapi pandangan dan suara beliau masih didengar. Bukan sahaja didengar, malah sering menimbulkan ketakutan pada sesetengah orang.
Tun M telah mengisytiharkan keluar dari parti, namun setiap gerak-geri dan kata-kata beliau akan mendapat perhatian umum, termasuk dalam kalangan pemimpin tertinggi.
Ada yang menganggap Tun M sudah nyanyuk, ada juga yang kata beliau tak ubah seperti anjing menyalak bukit. Tetapi suara orang nyanyuk pun masih digeruni. Walaupun yang disalak tidak runtuh, namun ada tanda-tanda bukit semakin bergoyang.
LARI dari politik, jom kita bercakap mengenai hutang. Orang kita paling tinggi kadar berhutang berbanding enam negara lain di Asia, demikian menurut kajian Indeks Sentimen Pelabur Manulife (MISI).
Kajian yang dilakukan oleh Manulife Holdings Bhd itu mendapati 68 peratus rakyat negara ini dibebani hutang, iaitu lebih dua kali ganda purata kadar hutang serantau sebanyak 33 peratus.
Anggaran purata hutang di Malaysia adalah RM56,000 iaitu kira-kira 10 kali lebih tinggi daripada purata pendapatan peribadi bulanan individu.
Sebahagian besar hutang orang kita adalah untuk perbelanjaan keperluan hidup sebanyak 60 peratus, bayaran sewa kediaman (44 peratus) dan pelajaran anak-anak (37 peratus).
Maka sahlah dulu, kini dan selamanya, hutang sudah menjadi budaya kita.
ADA orang kata kalau tidak berhutang bukan orang Malaysia namanya. Ada juga kata, berhutang itu tanda orang percaya pada kita. Sebab itu kita tidak melepaskan peluang untuk berhutang.
Semua orang tahu, sejak masuk universiti kita telah berhutang dengan PTPTN. Lepas universiti kita berhutang untuk membeli kereta dan rumah. Hendak ke Makkah pun ada yang berhutang. Kita juga tidak malu berhutang dengan kad kredit.
Kemudian kita juga berhutang dengan ahlong, dengan makwe, teman sepejabat, jiran, mak mertua, hatta ada yang berhutang dengan isteri. Dalam pada itu kita juga berhutang dengan Tekun, Mara dan sekian banyak agensi pemberi hutang yang ditubuhkan kerajaan konon untuk membantu orang miskin.
Sebab itu dalam pepatah Melayu ada menyebut hutang keliling pinggang, menepati betul dengan budaya hutang kita.
MALANGNYA sesetengah orang kita hanya suka berhutang, tetapi tidak suka membayar hutang. Hutang belajar tidak dilunaskan. Hutang kereta kantoi sehingga kereta kena tarik. Hutang dengan mak mertua kira hangus.
Malah, ada sesetengah orang yang berhutang dengan niat awal memang tidak mahu menjelaskan hutang. Ini termasuk hutang Tekun dan hutang Mara. Sesetengah beranggapan tidak berdosa jika tidak membayar balik hutang Tekun atau hutang Mara!
Malah, ada orang besar meminjam berjuta-juta-juta RM dari bank, liat membayar sehingga bank muflis. Anehnya, culas bayar pinjaman juta-juta tidak diambil tindakan, boleh terus hidup mewah. Cuma peminjam ikan bilis yang sentiasa diburu hingga ke lubang cacing!
AKHIR kalam, seperti yang dilaporkan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersedia mempertimbangkan keputusan untuk meletak jawatan.
Keputusan berkenaan dicapai setelah Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan pertemuan tertutup dengan baginda. Beliau menolak hasrat baginda dan mahu baginda terus menerajui FAM.
Pada hemat saya, hasrat baginda untuk melepaskan jawatan perlu dihormati, apa yang susah-susah hendak merayu dan memujuk...
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Perihal orang kita dan hutang "