OKU lancar minyak wangi - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

OKU lancar minyak wangi

USAHAWAN muda yang juga OKU, Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 26, melancarkan jenama wangian sendiri, Pink Floral By Dewamor.

Memilih kombinasi pati haruman ros dan blossom sebagai adunan utama Dewamor, Khairul Nizam berkata, haruman dicipta khas untuk golongan wanita bercita rasa tinggi.

"Kami menyasarkan  penjualan 10 ribu botol untuk pasaran seluruh negara. Dewamor juga bakal memasuki 42 negara termasuk Asia Tenggara sebaik  dilancarkan," katanya.

Dikeluarkan menerusi syarikatnya Spirit Beauty Sdn Bhd, Khairul Nizam berkata, Dewamor akan dijual sepenuhnya menerusi online.

"Saya bermula dengan online dan di E- bay. Diyakini Dewamor akan memenuhi cita rasa pelanggan," katanya.

Khairul Nizam berkata, idea menghasilkan wangian tercetus dari lima tahun pengalamannya dalam perniagaan online.

"Sepanjang tempoh itu, saya menjual pelbagai jenama wangian dan mengetahui citarasa ramai. Hasil perbincangan bersama keluarga, maka lahirlah Dewamor," katanya.

Majlis pelancaran Dewamor  disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Pakar Pengucapan Awam, Datuk Roslan Abdul Hamid. Turut hadir,  selebriti seperti Datuk Eizlan Yusof, Nancie Foo dan Wendy Wong.

Dewamor dijual dengan harga RM199.00 sebotol. Sempena pelancarannya, pelanggan menerima diskaun 50 peratus. Layari website www.dewamor.com untuk maklumat lanjut.

Related Post

0 Komentar untuk " OKU lancar minyak wangi "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ