Karbohidrat berlebihan undang masalah berat - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Karbohidrat berlebihan undang masalah berat

PENGAMBILAN kalori secara berlebihan melalui makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi dan kuetiau adalah punca terhadap peningkatan masalah kalori  berlebihan  dalam badan.

Apabila diambil secara tidak terkawal, paras metabolisme badan menurun dan pembentukan lemak akan terjadi dengan  mudah terutamanya  bagi  mereka yang  kurang bersukan atau aktif,  dan  mereka  yang  berumur 30 tahun ke atas.  

Umumnya, rakyat Malaysia tidak peka terhadap pola pemakanan mereka   dengan mengambil makanan berkarbohidrat yang tinggi secara berlebihan. Ini akan menyebabkan penambahan berat badan yang tidak terkawal.  

Untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan dan mengelakkan kegemukan,  ramai yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memilikinya sehingga mengamalkan diet yang salah serta mengambil bahan yang berbahaya.  

Tambahan pula,  terdapat pelbagai jenis produk yang dijual di pasaran sehingga menyebabkan pengguna sering keliru dengan  untuk memilih produk yang selamat dan memberi kesan yang diharapkan.  

Namun begitu ramai yang tidak tahu terdapat sejenis ekstrak kacang ginjal (Phaseolus Vulgaris) yang mampu menyekat kanji atau karbohidrat seterusnya   membantu   mengurangkan berat badan.

Doktor Perubatan Bahagian Anti  Penuaan dan Estetik Dr  Norman Mohd  Norawi  berkata, phaseolus vulgaris ialah nama saintifik kepada kacang ginjal   putih  (white kidney bean) yang berfungsi sebagai penyekat kanji atau karbohidrat yang akan melambatkan pencernaan makanan berkarbohidrat dengan menyekat enzimalfa  amilase di dalam usus.  

“Kesannya akan membantu menurun dan mengawal berat badan kerana  lemak  yang  disimpan akan digunakan terlebih dahulu.

 “Jadi produk suplemen yang mempunyai phaseolus vulgaris dapat membantu  pengguna  mengawal berat badan tanpa perlu berlapar tetapi dengan syarat mengambilnya sekurang-kurangnya dua minit sebelum makan,” katanya.

Beliau berkata, mengikut kajian yang ada, phaseolus vulgaris dapat membantu mengurangkan berat badan kira - kira 2.5 kilogram (KG) seminggu. Namun begitu, pengguna juga masih perlu melakukan aktiviti senaman fizikal dengan lebih kerap untuk mendapat hasil yang terbaik

“Ia bukan sahaja boleh membantu mengurangkan berat badan, malah dapat  mengawal paras glukosa dalam badan dan sangat sesuai bagi mereka yang  mengidapi penyakit kencing manis,” katanya.

SALAH SATU PRODUK YANG MENGGUNAKAN EKSTRAK WHITE KIDNEY BEAN (PHASEOLUS VULGARIS) SEBAGAI BAHAN UTAMA IALAH CABOLESS KELUARAN SYARIKAT PROTECH NUTRITION SDN BHD.

UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI PRODUK CABOLESS BOLEH LAYARI DI WEBSITE www.Protech-Nutrition.com atau HUBUNGI DI TALIAN 019 630 9949 / 019 630 9969 JUGA DI FACEBOOK Protech Nutrition.

Related Post

0 Komentar untuk " Karbohidrat berlebihan undang masalah berat "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ