Mynic bantu usahawan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Mynic bantu usahawan

AGENSI di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Mynic Berhad (Mynic) berpendapat bahawa keperluan untuk memiliki laman web atau domain sendiri adalah penting bagi usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hasnul Fadhly Hasan berkata, ramai usahawan mengambil langkah menggunakan medium laman sosial Facebook dan Instagram sebagai cara mudah untuk menjual produk.

"Kedua-dua laman sosial tersebut adalah salah satu cara yang bagus untuk memulakan perniagaan tetapi usahawan memerlukan laman web sendiri atau domain untuk terus berkembang dalam pasaran.

"Setiap usahawan mahupun perniagaan perlu berkembang dalam perniagaan dalam talian (online) dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus membina keyakinan pelanggan," katanya.

Hasnul mengakui terdapat jurang besar kepada keperluan memiliki domain di kalangan usahawan di negara ini.

Oleh sebab itu, katanya, Mynic menganjurkan pelbagai program bagi memberikan kesedaran mengenai kepentingan memiliki domain dan peranan Mynic.

Mynic terus meningkatkan penggunaan nama domain.my melalui program latihan dan kemahiran yang lebih fokus kepada pembangunan identiti dan kandungan dalam talian serta teknik latihan.

Antara program yang dianjurkan adalah myBuddies, yang direka untuk menawarkan pakej komprehensif bagi memudahkan kewujudan serta kehadiran individu dan usahawan internet dengan yuran serendah RM199 sehingga RM999.

Katanya, latihan myBuddies menawarkan tiga modul iaitu asas perniagaan dalam talian, pembangunan laman web dan pengiklanan serta pemasaran melalui media sosial.

Sejak dilancarkan tahun lalu, myBuddies menerima 1,700 peserta bagi latihan dan 8,500 peserta seminar.

Bagi program itu, Mynic menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan SME Cloud Sdn Bhd dan Universiti Multimedia (MMU) Melaka.

Mengulas berhubung peranan Mynic, Hasnul berkata, Mynic adalah pentadbir tunggal nama domain untuk laman web yang berakhiran dengan .my di Malaysia.

Katanya, Mynic memberikan organisasi dan individu identiti jenama yang unik di internet.

"Kami mendaftar lapan kategori nama domain iaitu .my, .com.my, .org.my, .net.my, .edu.my, .gov.my, .mil.my dan .name.my.

"Selain itu, kami juga bertanggungjawab untuk membangunkan polisi dan dasar nama domain," katanya.

0 Komentar untuk " Mynic bantu usahawan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ