Kopi G'Malaya sasar pasaran luar - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kopi G'Malaya sasar pasaran luar

SYARIKAT pengeluar produk Bumiputera, Armann Amani Global menerusi jenama Kopi G'Malaya berhasrat membawa produk itu ke pasaran luar negara pada masa akan datang.

Pengurus Pemasarannya, Shahfiq Izham Shaari berkata, bagi peringkat permulaan, pihaknya merancang untuk menerokai pasaran Asia Tenggara sebelum ke pasaran yang lebih jauh.

"Setakat ini, sejak diperkenalkan September tahun lalu, kami telah menjual lebih 1,000 kotak.

"Bagi meningkatkan jualan, kami berharap untuk memberi tumpuan kepada aktiviti pemasaran syarikat yang lebih agresif pada tahun ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menuju ke arah itu, Shahfiq Izham menyasarkan jualan produk Kopi G'Malaya dapat meningkat sehingga 10,000 kotak sebulan pada masa akan datang.

Menurutnya, jualan produknya lebih tertumpu kepada jualan atas talian (online) dan ejen.

Katanya, syarikatnya akan menambah lebih banyak lagi ejen dan stokis pada tahun ini bagi merancakkan lagi jualan sehingga 50 ejen di seluruh negara.

Mengulas berhubung kelebihan produk itu, Shahfiq Izham berkata, Kopi G'Malaya adalah minuman minda yang merangsang daya ingatan sesuai diminum oleh semua lapisan masyarakat khususnya pelajar.

"Ini kerana setiap pek minuman mengandungi 660mg daun kering gingko biloba yang membantu meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda," katanya yang telah melaburkan RM10,000 bagi produk tersebut.

Selain gingko biloba, Kopi G'Malaya juga mengandungi ekstrak pegaga yang mempunyai khasiat seperti membantu mengawal suhu badan dan anti penuaan.

Shahfiq Izham berkata, syarikatnya menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D) selama satu bulan bagi menghasilkan produk itu.

"Kami mendapati rakyat Malaysia suka minum kopi.

"Oleh sebab itu, kami hasilkan produk ini dalam bentuk kopi sebagai perisa," katanya.

Kopi G'Malaya dijual dengan harga mampu milik serendah RM39 sekotak.

Untuk maklumat boleh hubungi 013-6900766.

0 Komentar untuk " Kopi G'Malaya sasar pasaran luar "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ