REALITINYA, industri tudung mampu pergi jauh dan ia dibuktikan dengan adanya ramai jutawan senyap.
Usahawan tudung bijak menginovasi tudung mereka untuk digayakan para muslimah.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak mengambil kesempatan dengan meniru rekaan tudung dan mengaut keuntungan. Sepatutnya mereka memikirkan suatu kelainan daripada orang lain supaya perniagaan tersebut dapat menarik perhatian pelanggan.
Jangan meniru perniagaan orang lain dengan menghasilkan sesuatu yang sama kerana jika ini dilakukan maka perniagaan itu tidak akan bertahan lama.
Afdlin patenkan Tudung Transformer
Bagi pemilik Tudung Transformer, Afdlin Shauki, peniruan pelbagai produk berjenama atau tidak berjenama tetap akan berlaku walaupun ia dipatenkan.
“Kita tidak boleh menolak dan menghentikan peniruan produk. Saya mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil langkah proaktif mengatasi masalah ini kerana ia inovasi dan idea individu yang perlu dihormati. Saya mengambil langkah mempatenkan produk terbaru saya, Tudung Transformer, sebelum ia dilancarkan.
“Saya pernah menjadi mangsa apabila Pelikat Pants di ciplak walaupun ia dipatenkan dan banyak dijual di pasaran. Kepada peniru, fikirkanlah, keberkatan rezeki yang diperolehi itu untuk diberikan kepada keluarga mereka,” katanya.
Jelasnya, bagi memastikan pelanggan membeli Tudung Transformer yang asli, dia amat mengambil berat mengenai kualiti produk yang dihasilkan dan jahitan kemas.
Afdlin berkata, penghasilan Tudung Transfomer diinovasikan bukan sahaja boleh digayakan malah boleh membantu dan memberikan keselesaan kepada muslimah menunaikan solat kerana ia patuh syariah.
“Saya berharap pihak yang tidak bertanggungjawab yang suka meniru terutamanya rekaan tudung, dapat menghentikan aktiviti mereka.
Permintaan tudung tetap tinggi
Bagi pengeluar tudung terkenal berjenama Fareeda, Fareeda Global Resources Sdn Bhd, walaupun terdapat produk tiruan tudung jenama Fareeda, tiada pengurangan permintaan terhadap produk tersebut.
Pengarah Urusan Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Aminuddin Basirron berkata, kewujudan produk tiruan menjejaskan imej produk Fareeda kepada pelanggan.
Menurutnya, ia dikhuatiri akan adanya isu-isu berbangkit daripada pelanggan baharu berhubung kualiti, keaslian dan produk siap Fareeda.
Bagaimanapun, Fareeda menangani aktiviti penciplakkan ini seperti tindakan perlindungan Harta Interlek, notis amaran dan kempen kesedaran kepada pelanggan.
“Sebenarnya jika dilihat dari segi pasaran dan permintaan pelanggan, setiap keluaran koleksi Fareeda sememangnya mendapat sambutan daripada peminat.
"Fareeda selalu tampil dengan koleksi-koleksi yang terbaru yang pastinya intrend, mempunyai identiti yang tersendiri, unik lain dari yang lain dan berkualiti tinggi.
“Keunikan rekaan adalah diilhamkan Pengasas Fareeda sendiri iaitu Puan Faridah Zakaria sendiri yang sentiasa mengeluarkan rekaan baru hampir enam bulan sekali,” katanya.
Tambahnya, Fareeda juga menawarkan servis dan program-program yang menarik seperti Fareeda Door 2 Door Service yang menjanjikan tudung tempahan pelanggan dihantar terus ke hadapan pintu rumah atau pejabat dalam hari yang sama.
“Fareeda juga memberikan penghargaan kepada peminat-peminat tegar dan juga menawarkan program-program menarik untuk para agen dan pengedar dengan pulangan yang lumayan,” katanya.
Aminuddin berkata, Fareeda mempunyai peminat yang tersendiri dan mendapat sokongan setiap kali keluaran koleksi baharu Fareeda.
“Perbezaan Fareeda semestinya dari segi rekaan yang unik dan lain dari yang lain. Setiap rekaan Fareeda didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) demi menjaga nilai eksklusifnya setiap rekaan yang dihasilkan. Tudung Fareeda juga mementingkan kualiti dan perincian untuk setiap Tudung yang dikeluarkan,” katanya.
Tambahnya, rekaan tudung Fareeda pada 2016 adalah koleksi Fareeda ‘Queen of Persia’ dan juga ‘Selendang Mawar Sofea’ yang menampilkan ciri-ciri mewah Egypt.
Diperincikan lagi dengan tampalan diamonds eksklusif menyerlahkan lagi keanggunan dan kejelitaan si pemakai.
Rekaan sama, harga lebih murah
Bagi peniaga tudung yang mahu dikenali sebagai Nurul, kebanyakan tudung yang berada di pasaran adalah rekaan yang sama, namun akan menggunakan fabrik dan material yang berbeza.
“Lambakan tudung yang mempunyai rekaan sama seperti Neelofa Hijab, Fareeda, Tudung KekNis, Aidijuma Bawal dan Fellina Boutique serta jenama terkenal lain boleh didapati di pasar malam, kedai aksesori biasa, jualan atas talian, media sosial dan di pejabat.
“Kita boleh melihat perbezaan jenis kain dan taburan manik serta material lain yang digunakan. Ia lebih murah berbanding harga tudung terkenal,” katanya.
Nurul berkata, walaupun menjual tudung tidak berjenama, dia mempunyai pelanggan tersendiri yang mementingkan kualiti kain dan jahitan dan keselesaan.
“Mereka mahukan keselesaan, mudah dipakai, tidak perlu memakai banyak pin serta menjimatkan masa untuk bersiap ke pejabat. Mereka mahu cantik dan berketerampilan dengan harga yang berbaloi,” katanya.
Kesan fenomena kepada pengguna dan industri
Berdasarkan statistik Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), sebanyak 115 jumlah permohonan diterima bagi rekaan tudung di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian sejak 2010 hingga tahun lalu.
Menurut MyIPO, peningkatan paling ketara katanya berlaku antara tahun 2013 dan 2014 apabila sebanyak 50 peratus permohonan meningkat kepada 46 berbanding hanya 22 permohonan pada tahun 2013, dan hanya empat rekaan tudung didaftarkan pada tahun 2010.
Dipetik dalam satu laporan, sektor fesyen muslimah dijangka berkembang pesat setelah bancian dilakukan mendapati golongan hawa berjumlah 8.48 juta daripada 17.3 penduduk Islam negara ini.
Malah jumlah tersebut dijangka meningkat sehingga 10 juta, menjadikan pengaruh pasaran perniagaan wanita Islam amat besar terutamanya, tudung.
Dengan angka semakin berkembang, tidak hairan usahawan fesyen tudung ibarat cendawan sejak lima tahun lalu.
Apatah lagi, wanita bertudung dilihat semakin obses dengan cara pemakaian hijab mengikut trend semasa.
Sementara itu, Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berpendapat dengan fenomena lambakan pelbagai jenis tudung beri kesan negatif kepada industri dan pengguna.
“Sekiranya situasi ini semakin berterusan, ia beri kesan panjang kepada industri.
“Apa yang kita lihat tiada kreativiti berlaku kerana isu pengklonan berlaku, industri menjadi kekeringan idea untuk rekaan lebih segar dan baru,” katanya.
Katanya, sikap peniaga hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan satu kelainan kepada industri beri kesan buruk kepada sektor tersebut.
Akhirnya, industri itu sendiri akan kerugian dan banyak perniagaan akan tutup atau lingkup.
“Situasi ini menyebabkan peniaga bertindak menaikkan harga kerana hanya segelintir sahaja yang tinggal dalam industri,” katanya.

0 Komentar untuk " Lambakan tudung di pasaran "