MACMA adalah persatuan Cina Muslim Malaysia yang paling besar di Malaysia. Objektif utamanya ialah dakwah. Apakah roh dakwah?
Dakwah adalah amanah. Bukan platform untuk menjadi glamor, atau memegang jawatankuasa. Macma perlu menasihati Cina Muslim agar jangan meletakkan nafsu dirinya ke depan, mendahului amanah.
Bila sebut perkataan dakwah, terbayang dunia yang suci menyucikan di mana para pendakwah bekerjasama antara satu sama lain hanya dengan satu tujuan ikhlas iaitu dakwah. Sebenarnya, ini adalah indah rupa dari khabar.
Ada yang masuk dunia dakwah kerana mencari peluang untuk menaikkan harga dirinya sebagaimana syarikat menjampikan air mineral supaya dapat menjualnya dengan harga yang luar biasa tinggi. Ada yang masuk dunia dakwah kerana mahu mencari calon suami yang kaya seperti artis mencari datuk kaya. Dia hanya mahu naikkan “kesolehan” dirinya supaya mudah dapat suami kaya! Lalu menjadi model tudung mahal.
Dr Asyraf Wajdi baru-baru ini mengkritik sebuah syarikat penerbangan yang melabelkan dirinya “Islamik” di mana pramugari-pramugarinya pakai tudung. Dr Asyraf tidak puas hati kerana syarikat penerbangan ini kerap membatalkan penerbangan dan gagal ikut jadual. Dakwah sekarang maknanya menyuruh memakai uniform Islamik tetapi nilai kemanusiaan di ketepikan.
Kita juga lihat bagaimana segelintir pendakwah begitu bersemangat berguru dengan mentor-mentor yang glamor dan masuk bertanding program-program realiti TV. Mereka begitu bersemangat bergambar seolah-olah dakwah yang hebat ialah dakwah yang paling banyak tangkap gambar, upload di media sosial dan mendapat banyak like.
Logik komersialnya ialah kalau seorang pendakwah menjadi popular seperti artis banyaklah jemputan untuknya. Banyak jemputan, maknanya banyak angpau!
Kita lihat juga pendakwah gemar buat projek mega dakwah supaya heboh seolah-olah wujud pertandingan membuat poster untuk hebohkan projek-projek. Dakwah seolah-olah adalah “bil-heboh”, bukan “bil-hikmah”. Kadang-kadang kita lihat seorang memeluk Islam beberapa kali. Satu melafazkan syahadah secara tak rasmi. Satu lagi untuk daftar keislamannya. Satu lagi lafaz syahadah untuk coverage media seolah-olah dia baru pertama kali lafaz syahadah!
Kita juga lihat bagaimana wujud usaha-usaha yang serius untuk mempolitikkan agama demi dapatkan sokongan. Kita lihat istilah-istilah seperti liberal, wahabi, ahli bidaah menjadi begitu mudah untuk dilontarkan kepada sesiapa yang kita sengaja nak jadikan musuh. Saya lihat label dilontarkan oleh pendakwah kepada individu tapi pendakwah celopar ini tak berani pun mengadakan debat terbuka.
Yang paling menyedihkan ialah masjid juga dipolitikkan. Demonstrasi sebanyak dua kali sudah dibuat oleh ahli kariah sebuah masjid baru-baru ini. Ahli kariah ini pula merupakan bekas AJK masjid. Pihak jabatan agama sudah pun melantik AJK baharu yang sudah terbukti mampu melaksanakan dakwah kepada masyarakat sekeliling yang majoritinya bukan Muslim.
Tetapi ahli kariah ini membantah pelantikan AJK yang baharu ini hanya kerana atas alasan mereka adalah ahli kariah. Mereka tidak memberi sebab bahawa mereka lebih mampu berdakwah kepada majoriti jiran yang bukan Muslim daripada AJK baharu. Logik mereka ialah “Kami ahli kariah, jawatan mesti diberi kepada kami selama-lamanya walaupun kamu lebih mampu berdakwah kepada masyarakat sekeliling”
Bagi mereka, jawatan adalah diwarisi dan bukan berdasarkan kelayakan menunaikan amanah dakwah. Mereka tidak nampak dakwah sebagai amanah. Mereka sempitkan peranan masjid sebagai tempat ibadah sahaja dalam erti kata yang sesuai dengan kemampuan mereka yang sempit.
Bahkan mereka membuat banner yang menulis bahawa masjid bukan pentas budaya. Mereka tidak nampak peluang dakwah yang luas melalui pentas budaya. Mereka tidak nampak dakwah kepada jiran yang bukan Muslim sebagai amanah yang haram diabaikan.
Dunia dakwah memang sesak dengan yang berkopiah dan berserban, sesak dengan mereka yang hafal ayat-ayat al-Quran dan hadis, sesak dengan mereka yang pandai bermotivasi tentang agama. Tetapi gambaran inilah yang melalaikan pendakwah-pendakwah dari bermuhasabah diri kerana terasa syurga pasti dimiliki mereka!
Macma perlu bokia (tidak takut) muhasabah diri.
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (Macma)

0 Komentar untuk " Dunia dakwah yang dicemari "