SEORANG sahabat telah membaca tentang kontroversi Masjid Cina Ipoh di surat khabar baru-baru ini, lalu bertanya: “Xifu, mengapa ada pihak yang mengadu bahawa senarai AJK baru Masjid Cina Ipoh terdapat jawatankuasa yang bukan ahli kariah masjid? Bukankah AJK wajib terdiri daripada ahli kariah sahaja?”
Saya tersenyum kerana jelas sahabat saya tidak faham maqasid syariah. Maqasid yang pertama adalah menjaga agama (hifzud din), bukan menjaga hawa nafsu ahli kariah (hifzul hawa).
Masjid berperanan menjaga maslahat agama. Ini yang terutama. Kehendak ahli kariah mesti tunduk kepada peranan utama masjid ini, bukan masjid sepatutnya tunduk kepada kehendak ahli kariah.
Logiknya mudah. Bayangkan kalau majoriti besar ahli kariah adalah liberal Islam dan mereka ini pun mengadakan AGM untuk melantik AJK masjid. Maka, sudah tentu menang besar liberal Islam ini. Adakah ini bermakna masjid liberal akan diwujudkan demi untuk memuaskan kehendak majoriti besar ahli kariah?
Sudah tentu masjid yang ditadbir oleh AJK liberal akan menggunakan masjid untuk sebarkan dakyah-dakyah liberal mereka. Adakah prosedur yang memberi kuasa mutlak kepada ahli kariah untuk melantik AJK masjid akan berhasil menjaga maqasid syariah? Kenyataan Pengarah Jaip bahawa keputusan pelantikan jawatankuasa masjid bukanlah berdasarkan AGM ahli kariah adalah bertujuan memastikan peranan masjid memenuhi maqasid syariah, dan bukan mengikut kehendak ahli kariah.
Lagipun pelantikan AJK masjid perlu panel yang saling check and balance keputusan yang dibuat. Ia bukan keputusan satu pihak. Ia melalui empat panel iaitu Orang Besar Jajahan, pegawai tadbir agama, pegawai daerah dan penghulu.
Empat panel yang akan screen senarai cadangan AJK sebelum diluluskan oleh Jaip.
AJK yang dicadangkan perlu faham bahawa amanah masjid ialah dakwah, bukan perebutan jawatan seperti politikus kejar undi.
Peranan masjid bukanlah untuk menjadikan masjid sebagai muzium warga tua. Masjid adalah Rumah ALLAH SWT, rumah untuk sebarkan dakwah kepada masyarakat sekeliling.
Islam bukan sekadar untuk ahli kariah Muslim sahaja. Dunia sekarang menuju ke arah global village. Dakyah liberal sudah merentasi sempadan negara. Dakwah kita akan menjadi artifak muzium kalau kita masih melihat peranan masjid hanyalah untuk solat, baca Yasin malam Jumaat dan aktiviti-aktiviti taubat Muslim sahaja.
Kita patut fikir ahli kariah dalam konteks yang lebih luas. Masjid Cina Ipoh dikelilingi oleh majoriti Cina bukan Muslim. Mereka ini adalah juga hamba ALLAH SWT.
Tuhan mereka adalah ALLAH SWT. Inilah sebenarnya ahli kariah masjid juga yang belum kenal Pencipta.
Adalah kezaliman yang besar kalau AJK Masjid Cina Ipoh yang dilantik terdiri daripada mereka yang tidak arif tentang dakwah kepada ahli kariah bukan Muslim ini.
Makruf yang lebih utama daripada solat jemaah ialah tauhid dan mungkar yang lebih dahsyat dari lalai solat ialah syirik.
Siapakah yang paling dekat dengan ahli kariah majoriti ini yang masih syirik selain dari Masjid Cina? Sesiapa yang memiliki mindset dakwah multikultural akan faham bahawa senarai AJK Masjid Cina Ipoh perlu terdiri daripada mereka yang terbukti mampu menjadikan masjid ini sebagai multicultural magnet supaya Islam diyakini sebagai rahmah lil-’aalamiin.
Lagipun, mengapa tidak menyokong AJK masjid yang mampu menjadikan Masjid Cina Ipoh sebagai global destination di mana tetamu ALLAH SWT datang dari pelbagai negara dan budaya? AJK masjid terkini
sudah terbukti mampu membawa 28 NGO bukan Muslim ke program-programnya dan mendapat liputan media bukan Muslim yang sangat luas.
Mereka bukan orang baharu dalam dunia dakwah. Mereka sangat disegani dalam kalangan ahli kariah bukan Muslim. Lagipun, pembinaan Masjid Cina Ipoh dan programprogram masjid yang dihadiri ratusan bukan Muslim adalah juga hasil usaha mereka yang sangat komited walaupun ada di antara mereka bukan ahli kariah. Apa guna ahli kariah kalau tidak buat kerja?
Masjid bukan muzium. Masjid patut bertenaga sebagai pusat sinergi sosial dan global magnet.
* Abdul Naser Tun Rahman Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (Macma)

0 Komentar untuk " Masjid Cina Ipoh bukan muzium "