SAYA tidak kenal Siti Nurhuda Ibrahim. Tetapi, sekiranya benar seperti yang dilaporkan media, pada hemat saya dia seorang wanita tabah yang tinggi tahap kesabarannya.
Tidak ada desakan atau ancaman kepada pihak sekolah, ibu berusia 29 tahun itu hanya mahu anaknya, Muhammaf Alif Shukran Alias, ditukar ke sekolah lain dengan segera. Itu sahaja.
Dalam hal anak-anak di sekolah, sesetengah ibu bapa memang mudah hilang sabar dan bertindak membabi buta. Ada yang menyerang guru dan pengetua hanya kerana anaknya dicubit sebab tidak menyiapkan kerja sekolah.
Ada juga ibu bapa yang menulis surat panjang berjela – dengan salinan kepada perdana menteri! – gara-gara anaknya diminta memungut sampah atau membersihkan kawasan sekolah.
Malah, ada yang datang membawa parang masuk ke pejabat pengetua sebab tidak setuju anaknya didenda berdiri atas bangku. Konon itu satu penderaan terhadap anaknya.
Apa yang dialami oleh Alif lebih dari cubitan atau berdiri atas bangku. Murid tahun dua itu, baru berusia lapan tahun, dipaksa memotong lidahnya sendiri. Ini lebih daripada penderaan!
Seperti yang disiarkan media dan laporan polis yang dibuat, sekumpulan lima murid tahun tiga yang wajah ditutup dengan topeng, dikatakan telah memaksa mangsa memotong lidahnya ketika dia keseorangan ke tandas sekolah.
Kerana ketakutan mangsa telah menggunting hujung lidahnya hingga bajunya berlumuran darah, seperti yang menjadi viral di media sosial. Hujung lidah itu terpaksa dijahit di hospital.
Seperti yang didakwa ibu mangsa ini bukan kali pertama anaknya dibuli. Sebelum kejadian berdarah itu murid malang berkenaan pernah lebam di muka kerana diserang rakan sekolah.
Ibunya telah beberapa kali mengadu kepada pengetua sekolah, tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Amat dikesali sekiranya betul aduan dibuat tetapi tiada tindakan daripada pihak sekolah.
Kawasan sekolah yang sepatutnya melindungi keselamatan murid seolah-olah dibiarkan menjadi medan samseng jalanan dan di bawah kekuasaan pembuli. Di mana wibawa dan tanggungjawab pihak berkuasa sekolah?
Sebenarnya apa yang terjadi Khamis lalu di sebuah sekolah di Klang, Selangor, bukan kes terpinggir. Semua kena menerima hakikat bahawa buli dan kaki samseng dalam kalangan pelajar kini sudah menjadi perkara biasa.
Kita sudah kerap menonton di internet betapa ada pelajar yang ditumbuk dan diterajang oleh rakan-rakan sekolah dengan begitu kejam. Ada pelajar perempuan yang ditarik rambut dan dibuli sehingga tidak berdaya melawan.
Kita baca juga berita pelajar di asrama – termasuk di sekolah agama – membuli dan mendera pelajar begitu teruk tanpa pembelaan daripada pihak sekolah. Maaf cakap, nama sahaja sekolah agama, tetapi nilai agama apa yang diterapkan sehingga tergamak membuli dan berkasar sesama rakan seasrama?
Malah belum lama dulu ada pelajar dipaksa menjilat jalan oleh rakan sekolah. Jenayah dan seribu satu macam onar seolah-olah telah diterima sebagai budaya dalam sekolah kita. Macam tiada siapa peduli!
Kenakalan murid adalah satu hal. Tetapi ketidakprihatinan pihak sekolah, khasnya pengetua pun satu hal juga. Malah sikap sesetengah pentadbir sekolah menjadi punca berleluasanya kejadian buli.
Ada pengetua atau guru besar tahu perangai tidak senonoh dilakukan oleh murid, tetapi enggan melaporkan kepada pihak berkuasa. Mereka bimbang sekiranya laporan polis dibuat nama baik sekolah akan tercemar.
Konon demi menjaga nama sekolah, mereka rela menutup sebelah mata dan membiarkan insiden buruk terus berlaku. Pelik, mereka terlalu prihatin menjaga nama sekolah, tetapi siapa yang menjaga keselamatan anak kita di dalam kawasan sekolah?
Siasatan pihak polis satu hal juga. Sampai sekarang kita tidak tahu apakah siasatan dan tindakan telah dilakukan terhadap samseng dan pembuli yang viral di media sosial sebelum ini.
Apakah yang terlibat masih lepas bebas dan terus membuli? Atau, apakah tindakan telah dilakukan tetapi perlu dirahsiakan untuk menjaga nama baik sekolah? Mana lebih penting nama baik sekolah atau keselamatan murid?
Kes potong lidah di Klang kini sedang disiasat. Sekiranya betul seperti yang didakwa, si kaki buli perlu dihukum. Sekiranya tidak betul kena umumkan juga supaya pandangan serong terhadap sekolah dan pengetua dapat dibersihkan.
Atas apa sebab pun kaki buli tidak boleh dibiarkan. Hari ini mereka berani memaksa murid memotong lidah. Siapa tahu selepas ini ada telinga atau jari yang dipaksa potong!

0 Komentar untuk " Lidah siapa selepas ini? "