TERKENAL dengan fesyen Muslimah, Zawara masih mengekalkan konsep 'fast fashion' dengan rekaan pakaian terkini dan mengikut perkembangan semasa dengan setiap koleksi baharu akan dikeluarkan setiap minggu.
Pegawai Pemasaran Zawara, Syahadah Asyraf Mat Sarip berkata, setiap keluaran dari Zawara sememangnya akan mendapat sambutan ramai dari penggaya Muslimah yang gemar rekaan terkini.
"Letusan koleksi setiap minggu menjadikan rekaan dari Zawara sangat eksklusif sehingga membuatkan penggemar kepada busana Muslimah mahu mendapatkan koleksi kami.
"Koleksi yang terbaharu seperti Myesha, Zura Skirt dan juga Rufeena juga mendapat sambutan yang sangat baik sejurus sahaja ia dilancarkan.
"Kesemua rekaan terbaharu ini boleh didapati menerusi 19 butik Zawara di seluruh Malaysia. Juga menerusi pembelian atas talian di website kami," katanya yang ditemui ketika acara Clearance Zawara Warehouse Mega Store di butik Zawara, seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Syahadah berkata, Rekaan Zawara yang menerapkan unsur sulaman, ombre dan tweed menjadikan Zawara tampak berbeza dari jenama Muslimah lain.
Katanya, meskipun berdepan banyak saingan, terutama dari jenama serta butik terkenal lain, namun ia bukanlah halangan buat pengasasnya, Kamarul Ariff Abd Karim dan adiknya Fadilla Abd Karim untuk terus mengembangkan serta mengukuhkan lagi jenama Zawara.
"Zawara telah menempa nama sejak tahun 2009 lagi dengan usaha memenuhi kelengkapan seorang Muslimah.
"Menerusi Zawara Megastore, kami mempunyai keistimewaan yang bukan sahaja tertumpu kepada jubah, gaun dan pakaian kasual, malah juga menyediakan kelengkapan dari kepala hingga ke hujung kaki seperti hijab dan kasut.
"Terkini, Zawara tampil dengan produk kosmetik halal dan mesra solat seperti lipstik dan eyeliner," katanya.
Mengulas mengenai Clearance Zawara Waehouse Megastore, Syahadah berkata, ia merupakan sebahagian dari acara tahunan Zawara yang diadakan khas untuk pelanggannya.
"Setiap tahun Zawara akan tampil dengan produk baharu. Menerusi acara ini, kami akan memberikan diskaun sehingga 50 peratus.
"Program ini dilaksanakan hanya dalam tempoh sehari di kesemua butik Zawara seluruh Malaysia," katanya.

0 Komentar untuk " ‘Fast fashion’ kukuhkan jenama Zawara "