NAMA Clinton kalaupun tidak besar, ia pasti yang paling terkenal di dunia. Kini Hillary Clinton berkemungkinan besar menjadi calon Parti Republikan untuk bertanding menjadi Presiden AS dalam bulan November nanti.
Besar kemungkinan juga, beliau akan menjadi Presiden wanita pertama bagi negara ‘super power’ tunggal ini.
Suaminya dianggap sebagai salah seorang Presiden AS yang terkemuka sejak Perang Dunia kedua berakhir, merupakan hanya yang ketiga sejak itu berkhidmat sepenuhnya untuk dua penggal, selepas Presiden Eisenhower dan Reagan.
Apa yang menarik mengenai pasangan suami isteri Clinton ialah mereka melalui satu pengalaman yang sekali gus bererti dan melucukan. Ketika di White House, Presiden Clinton terlibat dengan Monica Lewinsky dalam skandal seks yang menjadi bahan ketawa sedunia dan yang amat memalukan isterinya.
Dalam usia 20-an, mereka menjadi peguam di Arkansas. Untuk menguatkan kedudukan kewangan, mereka dan seorang rakan membeli 220 ekar tanah di sebuah kaki bukit dengan harga AS$203,000 dari pinjaman bank.
Apabila ia menjadi skandal, ia dipanggil Whitewater, sempena nama projek itu: Whitewater Development. Skandal itu menghantuinya sehingga beliau menjadi presiden 15 tahun kemudian. Ia hanya berkesudahan sebelum beliau memulakan kempen untuk penggal kedua tahun 1996.
Peguam Negaranya sendiri, Janet Reno, memberitahu bahawa skandal yang bermula dengan AS$200,000 itu telah menelan kos penyiasatan dan segala yang berkaitan sebanyak AS$60 juta. “Itulah kos mencari kebenaran,” katanya.
Pada akhir usia 20-an, Bill Clinton menjadi State Attorney General (Peguam Negeri), iaitu jawatan pertama sebagai petugas awam.
Waktu itu beliau hanya lima tahun lulus sebagai seorang peguam. Skandal projek Whitewater itu berlaku di bawah hidungnya.
Beliau tidak menghalang, dan tidak campur tangan. Rakannya ditangkap kerana kesalahan kewangan. Apabila disiasat rapi dan genting, bukti yang terkumpul menunjukkan mereka suami isteri mendapat pinjaman seperti sesiapa saja sebagai rakyat.
Masalah yang timbul akibat kesukaran membayar hutang adalah masalah biasa juga dalam dunia perniagaan. Justeru didapati dalil untuk mereka didakwa tidak mencukupi. Lalu mereka dibebaskan.
Pada usia awal 30-an dalam tahun 1978, beliau dipilih menjadi Gabenor Arkansas. Beliau tidak dipilih dalam tahun 1980, tetapi dipilih semula pada tahun 1882 dan 1984. Jelas sekali, penggal gabenor di negeri itu ialah dua tahun.
Bekas Pengarah Pembangunan Ekonomi di bawahnya, McDougal, membeli sebuah bank kecil dan dinamakan Madison Savings Guaranty. Hillary meminjam AS$30,000 dari bank itu dan mendirikan sebuah rumah contoh dalam projek Whitewater. Bagaimanapun projek itu tidak laku dan beliau tidak ada pilihan melainkan menjual lot-lot untuk melangsaikan hutang.
Mereka mengalami kerugian kira-kira AS$60,000.
Bank itu pula lumpuh dalam tahun 1989. Pada tahun 1992 Bill Clinton dipilih menjadi Presiden AS. Kejadian-kejadian itu terus diungkit sehingga peguam negaranya Janet Renot terasa bertanggungjawab untuk tidak mengelakkan diri dari dihina, lalu beliau melantik penyelidik bebas.
Reno bertumpu kepada penyelidikan sejauh mana terlibatnya Presiden Cinton dengan skandal projek Whitewater.
Sebagai Presiden, Clinton berasa malu untuk menahan tindakan itu. Beliau teringat kepada pengajaran pahit yang dilalui mantan Presiden Nixon dalam skandal Watergate sehingga beliau terpaksa meletak jawatan.
Implikasi dari segalanya itu menunjukkan bahawa walaupun Peguam Negara Reno dilantik oleh Presiden Clinton, Reno bebas menjalankan tugasnya demi kepentingan awam dan negara.
Dan Presiden pula tidak mahu dicemuh dan didakwa kerana mencacatkan peruntukan perlembagaan dan undang-undang AS, apalagi kemungkinan dilaknati sejarah.
Selepas melalui pahit getir, malu dan aib, beliau tidak didakwa sama ada atas sebab kekurangan bukti atau ketiadaan kes.
Namun kesimpulan itu hanya tercapai selepas semua pihak yang diberikan kuasa oleh perlembagaan dan undang-undang negara menjalankan tugas dan tanggungjawab sewajarnya tanpa halangan dan ancaman penyingkiran.
Sebagai calon presiden AS, Hillary dituduh mendapat wang kempen dari tabungan Wall Street, New York; mendapat bayaran berjuta-juta dolar kerana membuat ucapan di sana sini; melakukan tindakan salah dalam penggunaan emel peribadi dan rasmi berkenaan pembunuhan diplomat-diplomat AS di Benghazi, Libya; dan lain-lain lagi.
Baik apa pun, pada umumnya orang ramai percaya beliau akan menyerahkan dirinya kepada tuntutan undang-undang dan perlembagaan demi mencapai kesimpulan terbuka dan telus, seperti yang pernah dilalui oleh suaminya.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Batas teladan Clinton sepasang "