WATER Beaute World (WBW): Minuman tenaga guna formula Jerman - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

WATER Beaute World (WBW): Minuman tenaga guna formula Jerman

WATER Beaute World (WBW) International Group melancarkan produk minuman tenaga baharu, Mixed VM Fruit Drink, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Eksekutif, Rahmad Tohak berkata, minuman tersebut menggunakan formula kelas pertama dari Jerman.

“Kami menggabungkan kebaikan dan zat dalam kandungan buah-buahan seperti beri, manggis, kranberi, delima dan tomato.

“Tidak ketinggalan campuran herba diadun bersama dengan teh hijau, roselle, biji anggur, Cordyceps dan kulit kayu pine (pine bark),” katanya.

Kandungan bahan terpilih itu bagus untuk kesihatan dalaman dan melancarkan peredaran darah.

Rahmad berkata, minuman tersebut turut berfungsi sebagai anti oksidan, anti penuaan, mengurangkan masalah sembelit, mencantikkan kulit dan sebagainya.

“Minuman ini sesuai untuk semua lapisan umur sama ada tua atau muda, mereka digalakkan mengambil Mixed VM Fruit Drink secara harian.

“Kami mendapat status Halal daripada Jakim dan minuman ini diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi,” katanya.

Dalam masa terdekat, Rahmad merancang kilang ketiga setelah dua kilangnya memperoleh sijil Amalan Pengilangan Baik GMP).

Syarikat WBW ditubuhkan sejak 2000 menjalankan perniagaan dalam penyelidikan dan pemasaran produk kesihatan , pelaburan ekuiti dan kewangan, hartanah dan sebagainya.

“Syarikat kami memfokuskan pengeluaran produk kesihatan antara salah satu projek utama berprestasi tinggi,” katanya.

Bukan sahaja mempelopori platform perniagaan di Malaysia, malah WBW berjaya mengembangkan sayap ke China, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Kemboja dan Thailand

0 Komentar untuk " WATER Beaute World (WBW): Minuman tenaga guna formula Jerman "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ