Tali pinggang infrared rawat sakit belakang - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tali pinggang infrared rawat sakit belakang

BENGKUNG merupakan sejenis tali pinggang yang digunakan nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu. Kebiasannya, bengkung digunakan oleh wanita baru lepas bersalin.

Fungsinya mengelak angin sejuk daripada luar memasuki liang perut. Selain itu, ia boleh mengecutkan rahim bengkak.

Selain kegunaan wanita bersalin, bengkung juga boleh diguna untuk menguruskan dan juga membina bentuk badan menarik. Namun, terdapat beberapa kekurangan dapat dikesan.

Melihat perkara ini, Pengarah Urusan Calista Bio Herb, Mohd Azhar Mohd Saini membuat pembaharuan apabila menggabungkan kaedah perubatan tradisional serta konsep sains untuk merevolusikan bengkung.

Patah tulang belakang

Menurutnya, beliau mula mencipta bengkung ataupun tali pinggang itu setelah pinggangnya kerap lenguh setelah tulang belakangnya patah 17 tahun lalu.

“Tulang saya patah setelah jatuh semasa melakukan aktiviti lasak. Akibat insiden itu, saya dibedah untuk memperbaiki tulang belakang.

“Kos pembedahan RM65,000. Alhamdulillah, saya boleh kembali berjalan setelah menjalani beberapa sesi fisioterapi,” katanya.

Walaupun tulang belakangnya sudah lama diperbetulkan, beliau masih merasai kebas di bahagian belakangnya dan anggota badan lain beberapa tahun.

Tidak tahan dengan ‘kesengalan’ yang dialami, beliau cuba mencari alat perubatan yang dapat menghilangkan kebas pada badannya di negara ini.

“Saya sudah cari produk kesihatan_ yang boleh menghilangkan kekebasan saya. Tapi, malangnya, saya tak jumpa satu produk pun.

“Jadi, saya cuba melayari internet untuk mencari produk luar negara yang boleh menghilangkan rasa kebas pada badan saya.

Buat rujukan, jumpa ‘tourmaline’

“Setelah melayari internet, saya menemui info sejenis bahan mineral yang dikenali sebagai ‘tourmaline’. Bahan mineral ini sangat unik kerana ia mampu menyerap haba dan udara sejuk sebelum ia menjana sendiri kedua-dua tenaga ini,” katanya.

Melihat keupayaan yang boleh dijana bahan mineral itu, Mohd Azhar terus mendapat ilham untuk membuat sebuah produk iaitu ‘infrared waist belt’ (tali pinggang inframerah) daripada bahan mineral berkenaan.

Menurutnya, tourmaline tidak dijual di negara ini. Sebaliknya, bahan mineral ini hanya ada di luar negara dan sebuah syarikat di Hong Kong yang menjadi pengedar tourmaline untuk pasaran luar.

“Selain tourmaline, saya turut buat kajian terhadap ‘magnet germanium’ dan juga arang buluh dan saya dapati kedua-dua bahan ini mempunyai fungsi yang hampir sama denga bahan mineral itu.

“Jadi, saya hubungi syarikat untuk menyampaikan hasrat saya untuk mencipta tali pinggang itu dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan saya,” katanya.

Katanya, beliau mengambil masa beberapa bulan untuk siapkan lakaran tali pinggang itu.

Badan kurang sengal selepas pakai infrared waist belt

Setelah siap melakar tali pinggang itu, beliau emel lakaran tali pinggang itu kepada syarikat berkenaan. Setelah menunggu beberapa bulan, akhirnya, tali pinggang siap sepenuhnya.

“Saya cuba pakai tali pinggang itu selama dua hari berturut-turut. Alhamdulillah, sengal pada belakang saya semakin berkurangan.

“Untuk melihat keberkesanan tali pinggang itu, saya beri isteri dan beberapa ojiran untuk pakai tali pinggang berkenaan. Alhamdulillah, maklum balas positif f dan mula jual kepada orang ramai,” katanya.

Jual 100 dalam dua minggu

Mohd Azhar berkata, beliau mula menjual tali pinggang inframerah itu kepada orang awam awal Disember tahun lalu dan sambutan sangat menggalakkan.

“Saya berjaya jual 100 tali pinggang dalam tempoh dua minggu. Malah, ada pelanggan saya sanggup jadi ejen,” katanya.

Menurutnya, tali pinggangnya dapat pengiktirafan Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) dan sedang menunggu kelulusan Kementerian Kesihatan.

Katanya, beliau menjual tali pinggang tersebut RM140 sebuah dan memberi jaminan kerosakan (warranty) untuk tempoh enam bulan.

“Mereka yang berminat untuk membeli tali pinggang ini boleh menghubungi saya 0196568846,” katanya.

0 Komentar untuk " Tali pinggang infrared rawat sakit belakang "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ