Tampil anggun Bak Puteri Egypt - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tampil anggun Bak Puteri Egypt

SELEPAS melancarkan produk penjagaan rambutnya pada Oktober tahun lalu, syarikat pengeluar tudung eksklusif, Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda Global Resources) kini terus mara dengan melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit menerusi jenama Fuchsia.

Produk itu dikendalikan menerusi anak syarikatnya, Fareeda Cosmetic PLT (Fareeda Cosmetic) dan dilancarkan pada Ahad lalu di Putrajaya.

Pengasas produk itu, Mawar Abdul Karim berkata, Fuchsia ditawarkan dengan harga yang berpatutan serendah RM30 seunit.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, Fuchsia dijual dalam dua bentuk set percubaan.

"Bagi set A, ia merangkumi pembersih, serum dan bedak asas dengan harga RM65.

"Manakala, set B merangkumi pembersih, serum, bedak asas dan pelembap berharga RM85," katanya selepas pelancaran produk penjagaan kulit di Putrajaya dengan slogan 'Anggun Bak Puteri Egypt', baru-baru ini.

Menurutnya, bagi pengeluaran fasa pertama Fareeda hanya mengeluarkan sebanyak 10, 000 set percubaan dalam beberapa bulan ini.

“Walaupun begitu, kami menerima hampir 10,000 set sebelum pelancaran berlangsung.

"Kita lihat maklum balas pengguna terlebih dahulu dan kita akan keluarkan lebih banyak lagi bergantung kepada permintaan,” katanya.

Mawar berkata, produk ini boleh didapati menerusi ejen dan butik Fareeda di seluruh negara.

Katanya, setakat ini, lebih 200 ejen Fuchsia yang berdaftar dan dijangka akan bertambah selepas pelancaran produk baharu ini.

Bahan berkualiti, harga berpatutan

Mawar berkata, Fuchsia dijual dengan harga yang sangat berpatutan walaupun menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

"Semua ini adalah untuk menghargai peminat Fareeda.

"Ia bukan sahaja sesuai digunakan oleh wanita tetapi juga lelaki," katanya.

Menurutnya, daripada segi pembungkusan, Fuchsia dilihat mempunyai kualiti yang tinggi setanding dengan kualiti dan hasilnya.

Katanya, produk baharu keluaran Fareeda Cosmetic ini juga mempunyai hasil dan kesan setanding produk-produk antarabangsa.

Bebas kimia, mesra solat

Mengulas lanjut berhubung produk Fuchsia, Mawar berkata, pihaknya menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun dengan nilai pelaburan lebih RM100,000.

“Kami berkolaborasi dengan konsultan yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang kosmetik.

“Kami juga telah menghantar produk untuk diuji pakai dan apabila produk telah benar-benar berkesan, barulah kami lancarkan pada hari ini,” katanya.

Mawar berkata, Fuchsia adalah produk kecantikan yang menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan asid buah-buahan serta mempunyai pengiktirafan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain itu, produk ini mesra solat dan ia sangat sesuai digunakan ketika solat.

Bukan itu sahaja, Fuchsia juga selamat digunakan kerana ia bebas Hydroquinone dan merkuri.

Set percubaan Fuchsia akan dijual bergantung kepada stok dan selepas ini ia akan dijual secara berasingan.

“Kami juga dalam proses R&D produk lain seperti gincu dan pembayang mata yang hanya akan dilancarkan kelak,” katanya.

0 Komentar untuk " Tampil anggun Bak Puteri Egypt "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ