ANCAMAN pengganas semakin berleluasa dan tidak mengenal tempat dan sempadan. Ancaman secara terbuka itu benar-benar menguji tahap keselamatan anggota keselamatan setiap pelusuk dunia untuk berdepan dengan pengganas alaf baharu ini. Global bukan sekadar berdepan dengan peperangan secara fizikal, tetapi kini peperangan secara maya. Ideologi menerusi keganasan persepsi dalam media sosial diguna pakai oleh pengganas alaf baharu. Malaysia menyedari lebih awal gerakan ofensif pengganas alaf baharu. Langkah kerajaan menubuhkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) dengan peruntukan berjumlah RM200 juta dan bakal beroperasi 1 Mei depan kena pada masanya ketika fahaman radikal Islam disebarkan menerusi alam siber. Penubuhan pusat memintas mesej penting kerana memerangi ekstremisme melampau bukan sahaja memerlukan kekuatan ketenteraan, malah perlu memikat hati dan minda rakyat.
Pusat RDC3 berfungsi untuk memerangi penyebaran ideologi dan propaganda kumpulan militan menerusi internet, selepas Amerika Syarikat memilih negara ini atas komitmennya dalam menangani ancaman keganasan antarabangsa dan kegiatan jenayah rentas sempadan. Penulis berpandangan pusat ini akan bertindak menyalurkan maklumat dan fakta mengenai perpaduan, kasih sayang, syahid, agama dan lain-lain kepada masyarakat. Selain Malaysia, pusat yang sama ditubuhkan di Abu Dhabi, UAE yang dikenali sebagai Pusat Sawab (Jalan yang Benar).
Perangi propaganda IS
Pusat Sawab di UAE ditubuhkan untuk memerangi propaganda Negara Islam (IS) dalam media sosial bagi membendung pengambilan pejuang baharu kumpulan ekstremis itu. Ia juga menyediakan ruang perdebatan dalam talian bagi memberikan penerangan dan melemahkan dakwaan IS berhubung propaganda mereka. Pada masa sama, Malaysia menjadi antara ahli terbaru Gabungan Global bagi menangani pengganas yang diterajui Amerika Syarikat (AS). Malaysia dan Singapura adalah dua negara anggota ASEAN yang menyertai pertubuhan itu setakat ini. Dijangkakan AS akan berkongsi maklumat dengan Malaysia membabitkan 86,000 suspek pengganas termasuk yang ada dalam pangkalan data di Washington.
Diharapkan gabungan ini dapat mematahkan rayuan IS dengan mengukuhkan keupayaan untuk memerangi mesej kebencian yang dicanangkan kumpulan itu. Penulis yakin langkah Malaysia menyediakan pusat berkenaan bagi memerangi secara agresif dakyah IS untuk merekrut rakyat di negara ini bagi menyertai kumpulan berkenaan di Asia Barat atau merancang serangan di tanah air sendiri. Kita menyedari ancaman IS adalah benar. Sebab itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Cawangan Khas menahan lebih daripada 100 rakyat tempatan yang disyaki mempunyai hubungan dengan IS. Baru-baru ini, media melaporkan bahawa tiga rakyat Malaysia terbunuh dalam zon perang di Syria dan Iraq, menjadikan 14 orang rakyat Malaysia yang terbunuh ketika berjuang untuk IS. Ternyata penyatuan antara media dan komunikasi menjadi medium yang canggih bagi IS merekrut ahli baharu dari serata dunia.
Kajian empirikal menunjukkan media sosial digunakan oleh 87 peratus daripada mereka yang terpengaruh dan tertarik dengan kumpulan pengganas. Media sosial membenarkan capaian maklumat di hujung jari terutama penggunaan telefon pintar bagi membolehkan maklumat dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja, membenarkan pejuang radikal itu beroperasi bersendirian dan menjadi 'McGyver' (nama yang diambil sempena siri popular televisyen tahun 1990-an yang mempunyai kepelbagaian kepandaian untuk membuat peralatan melepaskan diri apabila ditangkap). Jika zaman 'McGyver' agak sukar kerana capaian maklumat tidak di hujung jari, kini mereka boleh mengakses maklumat mengenai cara membuat bahan letupan daripada bahan yang ada di sekeliling untuk melaksanakan misi mereka. Semua maklumat mengenainya ada di Youtube atau Google.
Pada masa yang sama, maklumat mengenai jihad seperti yang diajar Rasulullah SAW perlu diviralkan dalam media sosial. Sumbangan alim ulama tempatan dan antarabangsa serta pembabitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri ditagih bagi menangkis maksud jihad yang sudah diselewengkan. Karangan kitab daripada ulama muktabar dan kontemporari perlu diviralkan ke alam maya dan media sosial, kerana kekurangan maklumat mengenai jihad mengikut apa yang diajar Rasulullah SAW menyebabkan maksud jihad yang sebenar mudah diselewengkan oleh kumpulan pelampau dan berkepentingan.
Tambahan pula mereka menyasarkan golongan muda yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam, lantas memudahkan mereka terpesong pemahaman mengenai Islam. Inilah masanya ulama tempatan dan antarabangsa bekerjasama untuk menyebarkan maklumat mengenai Islam ke alam maya dan media sosial. Kita memerlukan semua pihak berganding bahu untuk menyebarkan maklumat berkenaan.
Proses penyebaran maklumat
Jika setiap ulama mempunyai murid atau pengikut yang ramai dapat melaksanakan proses penyebaran maklumat berkenaan, maka maklumat mengenai Islam akan dapat disebarkan ke seluruh media sosial dengan pantas dan meluas. Media sosial adalah medium komunikasi baharu hasil daripada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang perlu diterokai oleh ulama. Jika medium ini dibiarkan kosong maka akan masuklah maklumat yang tidak tepat. Dalam hal ini, Malaysia sebenarnya tidak keseorangan memerangi pengganas alaf baharu. Kerjasama risikan dengan Amerika Syarikat dan negara lain dari seluruh dunia amat penting.
Amerika Syarikat sendiri memiliki rangkaian risikan elektronik di Hemisfera Selatan yang beropersi di Palm Springs, Australia dikenali sebagai Echelon. Sistem ini seperti jaring yang menangkap isyarat elektronik yang disebarkan menerusi alam maya di seluruh Hemisfera Selatan. Ia digunakan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) yang memberi tumpuan khusus kepada isyarat elektronik yang disebarkan menerusi peranti elektronik. Maklumat risikan itu boleh dikongsi dengan Malaysia bagi membolehkan ia memintas komunikasi antara sel pengganas berkenaan untuk langkah pencegahan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/125236

0 Komentar untuk " Pusat pintas mesej tangani pengganas alaf baharu "