Misi 2016 Adabi: Giat pelbagaikan produk baharu di pasaran - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Misi 2016 Adabi: Giat pelbagaikan produk baharu di pasaran

PRODUK keluaran syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) begitu sinonim di negara kita terutamanya bagi produk perencah dan rempah ratus yang telah menjadi pilihan utama di kalangan suri rumah.

Sejak ditubuhkan pada 1984, produk keluaran syarikat Bumiputera dan halal itu sangat mementingkan kehendak pengguna selaras penghasilan produk baharu di pasaran.

Pengurus Produk Baharu ACISB, Wan Sharizam Wan Ramli berkata, menjelang tahun baharu pihaknya aktif dalam menghasilkan pelbagai produk mengikut pasaran tempatan.

“Sehingga kini, kami telah mengeluarkan sebanyak 180 jenis produk terdiri daripada rempah ratus, perencah sehingga ke makanan dalam tin.

“Kami sentiasa mencari formula baharu bagi menghasilkan produk baharu pada masa depan malah menaik taraf produk sedia ada,” katanya.

Terkenal dengan makanan tradisi masyarakat Malaysia, Adabi kini tampil dengan produk makanan diadaptasi dari negara Barat iaitu penkek.

Walaupun terdapat pembaharuan dalam konsep makanan sedia ada, Wan Sharizam berkata, pihaknya masih mengekalkan tradisi asal rakyat.

“Penkek ini didatangkan dengan dua perisa iaitu vanila dan pisang boleh disediakan dalam tempoh singkat.

“Dengan menambah air ikut sukatan, tepung penkek ini juga boleh diadun menjadi apam balik atau lempeng,” katanya.

Selain penkek, terdapat beberapa produk lain baharu memasuki pasaran seperti taucu, sos pasta (perisa tradisi dan cendawan) serta kicap lemak masin.

Bagi sasaran jualan pula, Pengurus Produk ACISB, Azatul Izan menjangkakan lebih RM230 juta dalam tempoh setahun dan pertambahan pasaran eksport meningkat 10 hingga 20 peratus.

Tambah baik produk sedia dimakan

Bagi pengeluaran produk berasaskan makanan dalam tin, ACISB menambah baik kualiti kepada produk sedia dimakan seperti aneka kari, kurma, rendang, sup dan sambal.

Azatul Izan berkata, syarikat mempelbagaikan produk agar banyak pilihan kepada pengguna Islam.

Terdapat banyak produk di luar sana namun sijil Halal diragui dan tidak menggunakan logo diiktiraf.

“Makanan dalam tin sudah lama berada di pasaran sejak 2009 lagi namun kami menambah dan menaik taraf beberapa produk terpilih.

“Produk kami dilengkapi ciri sedia dimakan, bebas bahan pengawet dan mampu bertahan dua tahun,” katanya.

Menurutnya, penyelidikan dilakukan bagi memastikan setiap produk ibarat masakan rumah dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Selain itu, Adabi turut menaik taraf produk baharu, sardin premium dengan ikan lebih besar dan 100 peratus tomato.

Bagi musim perayaan pula, produk berasaskan ayam, daging, kambing dan tulang diperkenalkan.

“Kami juga memperkenalkan kuah kacang dalam tin (daging dan ayam) bagi mengatasi permintaan musim kemuncak.

“Tidak hanya itu, kami turut melancarkan sos masakan berasaskan makanan laut iaitu sos tiram dengan aroma dan rasa lebih sedap,” katanya.

Dalam masa sama, pihaknya menaik taraf kualiti perencah dan serbuk tomyam putih dengan rasa lebih bagus.

Bakal lancar e-mall Adabi

Berhadapan dengan permintaan pengguna semakin meningkat dan selari perkembangan teknologi, pihak ACISB bakal melancarkan platform e-mall Adabi sendiri.

Menurutnya, tidak semua produk berada tidak satu tempat sama dan pelanggan perlu mengunjungi pasar raya atau kedai berbeza.

“Bagi mengatasi mengatasi masalah ini, kami menyediakan pasar raya atas talian (e-mall) dan 180  kategori produk dalam satu tempat.

“Kami banyak menerima aduan mengenai kesukaran mendapatkan produk tertentu oleh pelanggan,” katanya.

Usaha itu membantu pengguna dan ACISB dapat memenuhi permintaan menerusi platform bahari itu.

Perasmian e-mall tersebut akan dilancarkan pada April ini dengan memasuki laman sesawang di www.emall.adabi.com.

“E-mall ini mempunyai empat bahagian utama seperti beli, tonton, belajar dan ganjaran.

“Bukan sahaja menyediakan kemudahan teknik masakan dan berkongsi resipi, pelanggan boleh mengenali produk Adabi lain,” katanya.

0 Komentar untuk " Misi 2016 Adabi: Giat pelbagaikan produk baharu di pasaran "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ