BURUK baik kegiatan ekonomi sesebuah negara terletak di tangan swasta, bukan kerajaan atau pemimpin kerajaan.
Kata-kata bijaksana ini sudah diulang-ulang entah berapa kali di mana-mana saja, yang terakhir ialah daripada seorang calon presiden AS, Marco Rubio. Kerajaan hanya menyediakan suasana yang baik untuk menjanakan wang.
Campur tangan kerajaan yang lebih dari itu hanya menjaminkan kedudukan kewangan kini akan terus berulang.
Ini bererti wujudnya undang-undang dan etika yang sesuai dan sepadannya. Kualiti mereka yang mengendalikan wang dan transaksi wang untuk menambahkan kekayaan rakyat dan negara adalah amat penting.
Mereka harus menjadi penting setelah melalui ujian prestasi dalam satu jarak waktu menjalankan tugas di tempat kerja. Yang disebutkan ‘tempat kerja’ di sini boleh jadi di mana-mana saja berdasarkan realiti era internet kini.
Apabila disebutkan ekonomi, wang menjadi perhitungannya. Kekuatan wang mencerminkan kekuatan ekonomi. Begitulah sebaliknya.
Siapa yang tidak terangkat kening dan terbeliak mata apabila mengetahui bahawa Ringgit Malaysia hanya bernilai sepertiga daripada dolar Singapura? Dolar AS yang 20 tahun bernilai RM2.30 kini RM4.22? Pound British yang pada tahun 1992 bernilai RM4 kini kira-kira RM6?
Sebab-sebabnya terletak pada keyakinan dunia terhadap kualiti pengurusan wang kita dan juga kualiti pemerintahan kita. Kekayaan sumber bahan mentah sudah tidak menjadi jaminan untuk mendapatkan kekuatan ekonomi dan wang.
Kita agak keberatan untuk menyebut contoh relevan yang terdekat dalam hakikat ini: ketandusan sumber di Singapura dan pelimpahan sumber di Malaysia.
Dalam kehidupan hari-hari baik di kota mahupun di desa, orang membuat penilaian terhadap sesuatu keluarga menurut disiplin keluarga itu.
Bagaimana seorang bapa dan ibu bertindak terhadap keluarganya.
Jika anaknya diketahui tidak amanah, kerap mencuri dan selalu membuat kacau, sedangkan dia terus dimewahkan dan diberikan kebebasan bergerak tidak kira siang atau malam, maka tentunya keluarga itu diperlekeh dan dicemek.
Apabila ibarat ini berlaku kepada sesebuah kerajaan, maka keyakinan kepada kerajaan itu pastinya terjejas.
Lihat contoh ini. Kita ambil saja apa yang berlaku sejak kira-kira 20 tahun dulu.
Seorang pegawai sebuah bank didapati menyangakkan berbilion wang rakyat. Beliau kena berhenti. Tidak berapa lama kemudian, beliau dijadikan penasihat kewangan kerajaan, selepas itu menjadi pengarah eksekutif, seterusnya menjadi menteri.
Selepas itu beliau menjadi timbalan pengerusi kepada sebuah badan pelaburan. Bandingkan pula dengan Nick Leeson.
Beliau pada 1995 menyangakkan AS$1.3 bilion wang majikannya, Bank Barings, cawangan Singapura. Untuk kesalahan itu, beliau dihukum penjara 6.5 tahun di Singapura.
Pada 1996, penyangak jual beli tembaga Jepun yang bernama Yashuo Hamanaka mengakibatkan kerugian AS$2.6 bilion kepada majikannya, Sumitomo Corporation.
Beliau dihukum penjara lapan tahun. Salah sebuah bank terbesar Perancis, Societe Generale, tidak terlepas dari disangakkan oleh stafnya, Jerome Kerviel, sebanyak AS$6.9 bilion dan Kerviel menjadi penghuni penjara selama lima tahun. Beliau melakukan penyangakan itu dari tahun 2006 hingga 2008.
Selaras dengan itu, kerugian besar sebuah badan pelaburan rakyat Malaysia ialah RM20 bilion dalam masa enam bulan pada tahun 2008.
Pihak berkuasa badan itu memberikan alasan ia hanyalah susut nilai. Jika itulah alasan yang diterima, maka tidak ada yang rugi dalam dunia. Hanya wang saja yang kurang. Membebaskan dan mengekalkan pihak yang melakukan kerugian itu hanya merosakkan lagi keyakinan dunia kepada negara.
Segalanya itu memberikan gambaran bahawa negara-negara maju atau yang mahu maju harus mengotakan apa yang dikata atau ‘bikin seperti cakap’ menurut peruntukan undang-undang.
Barulah dunia yakin bahawa negara benar-benar ditadbirkan berasaskan undang-undang, selaras dengan konsep negara undang-undang (nation of law) dan bukan negara sesedap rasa. Tidak perlu dijelaskan lagi, negara yang kedua itu menyuburkan kronisme dan diskriminasi.
Dalam tahun 1975, saya bekerja sebagai seorang eksekutif dalam sebuah bank pelaburan, usaha sama Malaysia-Jepun. Kami dan eksekutif Jepun selalu bercakap tentang kekuatan Ringgit Malaysia berbanding dengan Yen Jepun. Ringgit dan Dolar Singapura sama nilainya.
Kini Yen Jepun bertambah mahal berbanding dengan Dolar AS sedangkan Ringgit turun nilainya amat mendadak.
Kita memerlukan kembalinya keyakinan dunia kepada kita sebelum melangkah ke taraf ekonomi maju tahun 2020. Justeru kita perlu hindarkan kelemahan-kelemahan seperti yang disebutkan di atas.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " Wang lumpuh sebab manusia rapuh "