*ORANG Melayu dulu-dulu suka mengaitkan anjing dengan kehidupan harian. Sebab itu ada sekian banyak peribahasa dan bidalan yang menyebut haiwan berkenaan.
Mereka yang menyusahkan kita setelah dibantu dan diselamatkan dari masalah besar akan digelar ‘melepaskan anjing yang tersepit’. Orang yang membuat kerja sia-sia akan dikata ‘anjing menyalak bukit’.
Orang yang terlalu tamak sehingga akhirnya tidak dapat apa-apa dikata ‘bagaikan anjing dengan bayang-bayang’.
Pendek kata walaupun najis dan ramai Melayu tidak suka, anjing tetap membantu dan memperkaya bahasa dan bidalan kita.
*SEMENJAK dua menjak ini orang politik – termasuk dalam kalangan pemimpin – saling menganjingkan sesama sendiri.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mengumpamakan Timbalan Presiden parti @ mantan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’.
Ketua Umno Pagoh Mohd Zaid Abd Rahman mahu Nazri memohon maaf secara terbuka, sebab kenyataan seperti itu tidak patut datang daripada seorang pemimpin, dan amat menggores orang Johor.
Apakah ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ itu termasuk bidalan dan peribahasa Melayu? Kalau ada peribahasa seperti itu, rasanya tidak salah digunakan kepada mana-mana pemimpin.
Menggunakan peribahasa anjing tidak bererti seseorang seperti haiwan najis itu. Tidak salah juga menyebut mana-mana orang politik ‘anjing menyalak bukit’ atau ‘anjing dengan bayang-bayang’.
*TETAPI sekiranya yang disebut oleh Nazri itu bukan perumpamaan atau bidalan atau peribahasa, beliau telah menganjingkan Muhyiddin, dan tentu sekali itu satu penghinaan.
Maka pakar-pakar bahasa patut menjelaskan adakah ‘anjing yang sibuk menggigit kaki’ itu sejak dulu sudah digunakan, atau hanya peribahasa baharu ciptaan pemimpin parti.
Dibimbangi sekiranya semua orang boleh mencipta bidalan dan peribahasa sendiri, semua nanti akan menggunakan anjing untuk menghina. Mungkin nanti ada peribahasa ‘seperti anjing menyalak Putrajaya’, atau ‘bagai anjing mendapat cincin’.
*APA pun situasinya anjing yang dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – dan telah diviralkan – adalah sesuatu yang amat menghina.
Seorang wanita Sabah, Doris Jones dalam Facebooknya telah memuat naik gambar Zahid dalam keadaan super-impose pada badan anjing. Posting berkenaan adalah menghina, menghasut dan memupuk kebencian.
Banyak laporan polis telah dibuat mengenai posting berkenaan dan mendesak tindakan tegas diambil ke atas Doris. Sebelum ini wanita berkenaan telah membuat banyak posting menghina negara, tetapi sampai saat ini tiada tindakan ke atasnya.
Dalam kes ini tidak timbul lagi soal peribahasa atau bidalan, Doris memang telah dengar sedar menganjingkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri. Apa agaknya perasaan dia jika kepala Doris disatukan dengan badan babi?
*TIDAK sahaja orang politik, dalam kalangan sesama ulama pun saling anjing-menganjing antara satu dengan lain. Ulama A menuduh ulama B sebagai anjing. Ustaz C kata ustaz D macam anjing.
Jelas sekali sesama ulama pun selalu ada percanggahan pendapat dan berlainan pandangan mengenai satu-satu isu. Masing-masing menganggap mereka yang paling betul, yang lain macam anjing.
Sesama mereka berbalah mengenai sesuatu perkara – termasuk yang remeh-temeh – sehingga sanggup saling mengkafir dan menganjingkan. Mereka boleh menghukum orang itu masuk neraka gara-gara berlainan pandangan.
Sekiranya sesama ulama pun sering bertelagah dan saling menganjing, maka tidak hairanlah masyarakat Islam kita berpecah belah sekarang.
*AKHIR kalam, orang kita memang pakar dalam hal mencaci dan menggelar pemimpin. Pemimpin-pemimpin terdahulu telah diberi pelbagai gelaran negatif dan mengaibkan.
Tun Mahathir ketika menjadi perdana menteri dulu dicap dan digelar lebih teruk daripada anjing. Orang yang tidak suka menyebut beliau dengan istilah-istilah amat tidak sopan.
Ada yang menyebut dan mengeja nama beliau sebagai ‘Mahakhinzir’, ‘Mahakafir’. Malah ada yang menggelar perdana menteri ketika itu sebagai ‘Mahafiraun’. Semua istilah-istilah ini tentu lebih teruk daripada perkataan anjing.
Pelik tetapi benar, hari ini sesetengah yang menghina Tun M dulu adalah orang yang selalu memuji-memuji bekas perdana menteri itu. Betullah orang kata dalam politik tidak ada musuh kekal, juga tidak ada kawan kekal.
Tetapi dari semasa ke semasa dunia politik penuh dengan spesies anjing. Ada anjing menyalak bukit, ada anjing dengan bayang-bayang, ada anjing tersepit...
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Anjing: Dulu, kini dan akan datang "