PERSATUAN Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Selangor akan terus agresif melaksanakan program pengembangan perniagaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Naib Yang Dipertua 2 Perdasama Selangor, Naharuddin Mohd Zain berkata, ia memandangkan ekonomi Bumiputera terutama di negeri itu masih pada tahap yang rendah dari segi pemilikan harta, premis, rumah kedai dan kilang.
"Kebanyakan perniagaan Bumiputera secara keseluruhannya termasuk bukan ahli Perdasama masih lagi di peringkat mikro iaitu kira-kira 95 peratus.
"Justeru, hasrat kita menerusi Perdasama untuk melaksanakan program mengikut fasa bagi meningkatkan tahap perniagaan mikro kepada skala sederhana dan lebih besar," katanya ketika ditemui pada Majlis Tea Talk Memperkasa Usahawan di Musim Gawat anjuran Perdasama Daerah Petaling, di Shah Alam, baru-baru ini.
Naharuddin berkata, program yang dirangka Perdasama Selangor itu turut menerapkan elemen nilai korporat bagi mengembangkan perniagaan masing-masing, bukan sekadar membuat, mengedar dan memasarkan sendiri produk, tetapi juga mampu menggaji pekerja.
"Kita akan panggil usahawan yang berjaya untuk berkongsi pengalaman dan mengadakan latihan serta membawa usahawan ke negara luar bagi melihat sendiri cara bagaimana usahawan di sana mengendalikan perniagaan mereka.
"Sebelum ini, saya pernah membawa usahawan kita ke Indonesia dan mereka berpeluang melihat bagaimana usahawan kecil di sana yang dipanggil usahawan kecil menengah (UMK) mempunyai kilang sendiri walaupun hanya mengusahakan perniagaan kecil, tidak seperti di Malaysia," katanya.
Beliau berkata, Perdasama Selangor berhasrat mahu melihat lebih ramai ahlinya mampu mengeksport produk dan perkhidmatan ke luar negara.
"Perdasama Selangor mempunyai keahlian lebih 750 usahawan dan ada di antara mereka sudah memasarkan produk ke luar negara seperti Noraini's Cookies," katanya.

0 Komentar untuk " Tingkat program niaga Bumiputera "