SIAPA sangka masakan tradisional kampung orang Melayu Perak mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan pelancong antarabangsa dan domestik setelah diberi publisiti dan promosi meluas melalui media elektronik tempatan.
Restoran Nasi Bamboo (RNB) milik seorang anak muda, Mohd Hafizz Mukhizad, 27, yang terletak kira-kira 200 meter dari Tol Sungkai, Perak turut dikunjungi pelancong Arab, Brunei, Singapura dan Hong Kong selain rakyat tempatan.
RNB memulakan perniagaannya tiga tahun lalu di tepi jalan menuju kawasan Air Terjun Hot Spring, Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Restoran berkenaan memperkenalkan nasi yang dimasak dan dikukus dalam buluh dengan menggunakan lapik berasnya daun lirik atau lebih dikenali sebagai daun kalatia.
Mohd Hafizz berkata, keunikan dan keaslian tersendiri masakannya menarik perhatian pengunjung dan sebuah stesen televisyen tempatan turut menyiarkan dokumentari mengenai RNB dalam ruangan promosi produk pelancongan tempatan.
“Sehubungan itu RNB mendapat sambutan luar biasa termasuk pelancong antarabangsa.
“Setelah berbincang dengan ibu dan bapa, RNB berpindah ke tempat baharu Lot 53 Tanjung Balai, Jalan Slim River Sungkai, Perak, pertengahan Januari lalu, bagi menampung keperluan, kehendak serta kepuasan pelanggan," katanya.
Perniagaan Mohd Hafizz turut dibantu bapanya Mukhizad Ahmad, 53 dan ibunya, Hayati Baharom, 48.
Menurutnya, RNB secara tidak langsung menggunakan hasil hutan tempatan seperti buluh dan daun kalatia untuk membentuk satu aroma yang boleh menarik perhatian pengunjungnya.
Inovasi cara masakan daging kambing
Mohd Hafizz berkata, di samping tarikan aromanya, RNB turut menyediakan nasi masih panas yang menarik selera makan pelanggan.
Menurutnya, konsep nasi bamboo lebih kepada makanan berhidang yang turut menyajikan pelbagai lauk-pauk asli berasal dari Perak.
Dengan inovasi cara masakan daging kambing dibakar bertukar kepada disalai, ia menjadi menu pilihan ramai.
“Daging kambing yang disalai selama 16 jam akan berasa lebih lembut, dimasak dengan pelbagai rempah yang menjadikannya sedap bila dimakan.
“Restoran ini turut menyediakan masakan ayam kampung bunian yang tidak terdapat di tempat lain. Masakan restoran ini menjadi lebih unik, asli dan tersendiri, “katanya.
Menceritakan pengalamannya, Mohd Hafizz berkata, dia sememangnya membesar dalam dunia perniagaan bersama ahli keluarganya.
“Dari situ saya mempelajari selok-belok perniagaan nasi bamboo sejak kecil dari ibu dan bapa.
“Kini mereka memberi kepercayaan kepada saya menguruskan perniagaan dalam usia masih muda dan saya terima dengan penuh keyakinan.
“Saya akan terus belajar mengenai cara menyediakan makanan, membakar ayam dan ikan serta menyalai kambing dengan betul, “katanya tersenyum.
Sumber bekalan halal
Mohd Hafizz berkata, restoran berkenaan turut menyediakan masakan gulai kawah umbut pisang, ikan bakar, sayuran dan ulaman tempatan.
Beliau mendapatkan bekalan daging kambing, ayam kampung, ikan dan sayuran daripada pengusaha tempatan.
Menurutnya, pengurusan RNB sentiasa memastikan bahan bekalan halal dan selamat dimakan.
Lazimnya, pada hari biasa, restoran memerlukan tiga ekor kambing untuk dimasak dan ia akan meningkat kepada lapan ekor pada hujung minggu atau cuti umum.
RNB dibuka pada setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali hari Isnin.
Restoran ditutup pada hari Selasa jika cuti umum jatuh pada hari Isnin.
Mukhizad berkata, setakat ini restoran berkenaan boleh memuatkan 300 tempat duduk dalam satu masa.
Melihat kepada sambutan yang diterima, Muhizad juga bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka pelbagai cawangan di serata negeri.

0 Komentar untuk " Nasi Bamboo tumpuan pelancong "