HARUN Yahya adalah nama yang begitu terkenal dalam dunia dakwah. Harun Yahya adalah nama pena. Nama asalnya ialah Adnan Oktar, berasal dari Turki.
Buku-buku dan video-video diterbitkan dengan kualiti yang tinggi dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, menerima pujian daripada Yusuf Estes dan Ustaz Azhar Idrus. Beliau mengarang lebih 300 buku dalam menjelaskan Islam dan mengkritik musuh-musuh Islam.
Bahkan buku-bukunya menjadi sumber bacaan utama bagi kalangan pelajar universiti dan pendakwah Muslim yang berhadapan dengan ancaman falsafah Barat ketika kebanyakan buku golongan ulama dan ustaz hanya menyentuh isu fiqah yang sempit dan tidak mampu menjawab persoalan multikultural.
Karangan-karangan “jemaah” Harun Yahya memberi kritikan yang tajam kepada Darwinisme, Kapitalisme, Komunisme, Materialisme. Ia membongkar bahawa sains sebenarnya bersifat prejudis, tidak objektif. Ini dapat dilihat bagaimana teori sains Darwinisme memalsukan fakta sains demi untuk terus menghalalkan taksub kepada teori evolusi manusia.
Bagi Harun Yahya, manusia perlukan Tuhan.
Beliau menghasilkan video yang begitu berkualiti tinggi memaparkan begitu halusnya penciptaan alam. Tidak mungkin alam yang begitu unik dan sistematik ini dihasilkan oleh teori evolusi Darwinisme. Wajib ada Pencipta yang Maha Perkasa.
Harun Yahya juga menulis buku tentang siapa sebenarnya Ahlus Sunnah. Baginya, aqidah Ahlus Sunnah adalah berlandaskan Mazhab Ash’ariyyah dan Maturidiyyah. Ahlus Sunnah wajib percaya pada karamah wali-wali yang mampu menaqalkan ilmu ladunni.
Tiba-tiba beliau menggegarkan dunia dakwah apabila beliau mengaku dalam media secara terbuka bahawa beliau telah pun menerima anugerah Grand Master freemason! Bahkan beliau telah menunjukkan pingat-pingat yang diberi oleh freemason. Sebagai Grand Master, beliau diberi sokongan penuh oleh freemason untuk menubuhkan lodge atau markas freemason!
Timbul persoalan mengapa Harun Yahya menerima darjah kebesaran freemason sedangkan beliau pernah menulis buku mengkritik freemason sebagai gerakan ateisme global atau mempertuhankan iblis?
Harun Yahya memberitahu bahawa beliau tidak meminta untuk menyertai freemason dan tidak pernah menyertai mana-mana upacara untuk menjadi ahli freemason. Gerakan freemason yang memberi penghormatan kepada beliau sebagai Grand Master kerana menghargai sumbangan beliau.
Kalau freemason memperjuangkan ateisme dan memusuhi Islam seperti yang dikatakan oleh Harun Yahya, bukankah sepatutnya beliau menolak darjah kebesaran freemason yang dikatakan sebagai kafir harbi?
Bagaimanapun Harun Yahya berhujah bahawa bila beliau menerima darjah kebesaran sebagai Grand Master, beliau kini diberi platform yang luas untuk menjelaskan tentang Islam kepada semua markas freemason seluruh dunia kerana beliau bukan ahli biasa.
Beliau memaklumkan bahawa freemason memonopoli kuasa dunia. Freemasonlah yang menentukan hala tuju dunia. Maka, amat sesuai dia berdakwah kepada kuasa dunia ini dengan menerima keahlian sebagai Grand Master.
Tetapi timbul juga persoalan mengapa freemason memberi Harun Yahya darjah kebesaran? Menghargai sumbangannya dalam memperjuangkan ketuhanan, memperjuangkan Islam dan menghentam Darwisnisme dan falsafah yang membawa kepada ateisme? Bukankah freemason anti-ketuhanan? Bukankah freemason gerakan ateis seperti yang di dakwa oleh Harun Yahya sendiri dalam bukunya sebelum ini?
Isu Harun Yahya menjadi freemason semakin kontroversi. Tambah lagi bila beliau begitu gemar menonton tarian wanita yang berpakaian seksi dan menganggap ini adalah “islamik”!
Persoalan yang lebih mencabar ialah apakah pegangan freemason yang sebenar? Mungkinkah freemason sebenarnya terbahagi dua firqah. Satu firqah ateis. Satu lagi firqah yang memperjuangkan ketuhanan. Seorang penulis freemason yang terkenal bernama Stephen Knight telah menulis sebuah buku yang bertajuk The Brotherhood. Buku ini banyak membongkar bahawa freemason sebenarnya mempunyai pelbagai agamawan termasuk tokoh Islam, Kristian, Buddha.
Setiap agamawan ini perlu mempraktikkan ajaran agamanya sepenuh hati. Yang penting, mereka semua beriman pada Tuhan sebagai Maha Arkitek.
Yang jelas, tokoh-tokohnya sudah semakin berani secara terbuka mengaku freemason. Ini adalah satu gerakan yang di selubungi pelbagai mitos, rahsia dan konspirasi yang memerlukan jawaban.
Ulama dunia telah hukum kafir kepada yang menyertainya. Tetapi apakah lagi yang kita tidak tahu mengenainya?
* Abdul Naser Tun Rahman
Ketua Biro Pendidikan Persatuan Cina Muslim (Macma)

0 Komentar untuk " Pendakwah terkenal dan freemason "