“BUKAN senang untuk hidup senang. Itulah pengorbanan yang perlu saya dan ahli keluarga saya yang lain untuk sampai ke tahap ini,” Itulah ungkapan yang dipegang oleh Mohd Ismail Mohd Anuar,28, bagi menguatkan semangatnya untuk menguruskan perniagaan ibu bapanya.
Memikul amanah sebagai pengurus Restoran Sidah Catering & Services, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor bukanlah satu perkara yang mudah. Dia boleh sahaja mencari masa terluang untuk melakukan aktiviti yang disukainya.
Namun, atas dasar tanggungjawab, Mohd Ismail sanggup mengorbankan masa senggangnya untuk memastikan urus niaga keluarganya berjalan lancar.
Menceritakan kembali sejarah perniagaan keluarganya, Mohd Ismail berkata, ayahnya, Mohd Anuar Abdul Aziz adalah perintis kepada perniagaan keluarganya apabila memulakan perniagaan seawal tahun 1973.
“Ayah membuka sebuah restoran di Klang yang dinamakan sebagai Restoran Emporium Makan. Sejak dari itu, ayah dan mak terus berazam untuk mengorak langkah untuk memajukan perniagaan mereka,” katanya.
Setelah membuka restoran tersebut, keluarganya terus mengembangkan perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan katering pada 2000.
Pada mulanya pihaknya menyediakan perkhidmatan katering secara kecil-kecilan.
“Kami menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, bacaan Yasin dan pelbagai lagi. Namun, kami menyediakan perkhidmatan ini secara kecil-kecilan dahulu,” katanya.
Selepas itu, keluarganya mula mengorak langkah apabila menjual makanan di kafe dan kantin pada 2002.
Menurutnya, mereka fokus melakukan perniagaan di sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPTA) sekitar Selangor.
Buka sebuah lagi restoran
Selepas beberapa tahun menjalankan perniagaan ini, Mohd Ismail berkata, keluarganya mengidam untuk memiliki sebuah lagi restoran.
“Kami mengumpul wang modal untuk membuka sebuah lagi kedai melalui semua perniagaan yang dijalankan. Alhamdulillah, pada tahun 2006, kami berjaya membuka sebuah lagi restoran di sini.
“Restoran ini dinamakan Restoran Sidah sempena nama ibu saya iaitu Sidah Baharum. Kami menggunakan sebanyak RM50,000 sebagai modal awal untuk perniagaan restoran ini,” katanya.
Semasa pembukaan restoran berkenaan, terdapat perasaan risau yang menyelubungi ahli keluarganya memandangkan perniagaan beberapa buah kedai di kawasan itu tidak dapat bertahan lama.
“Saya agak risau melihat situasi tersebut. Namun, kami percaya, semua rezeki manusia ditentukan oleh ALLAH SWT. Justeru itu, kami tekad dan redha dengan nasib yang akan dihadapi oleh kami,” katanya.
Percaya dengan Qada dan Qadar, perniagaan Sidah Catering & Services semakin maju kerana jumlah pelanggan semakin bertambah hari demi hari. Pada mulanya, keluarganya hanya menyewa sebuah kedai sahaja.
Memandangkan bilangan pelanggan yang semakin ramai, mereka mengambil keputusan untuk menyewa sebuah lagi kedai untuk keselesaan pelanggan.
Setelah menyewa kedai berkenaan untuk tempoh yang lama, Sidah Catering & Services mengambil keputusan membeli semua kedai dengan harga mencecah jutaan ringgit.
Jual lebih 100 aneka lauk
Bercerita mengenai restoran Sidah, menurut Mohd Ismail, Sidah Catering & Service menyediakan lebih 100 jenis lauk-pauk pada setiap hari.
“Antara lauk yang paling diminati oleh para pelanggan adalah daging gulai kawah. Ia adalah resepi rahsia ibu saya.
“Alhamdulillah, semua lauk yang dijual sentiasa habis. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan,” katanya.
Beliau berkata, pada setiap hari, tukang masak restorannya akan mula memasak semua lauk seawal jam 5 pagi dan semua bahan mentah dibeli pada hari sebelumnya daripada pengedar yang telah dibeli oleh keluarganya untuk sekian lama.
Bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati juadah Sidah Catering & Services, syarikat berkenaan membuka sebuah lagi restoran di Presint 15, Putrajaya pada 2012.
“Sasaran pelanggan kami adalah penjawat awam yang bekerja di sana. Saya difahamkan, restoran di sana juga sentiasa penuh pada setiap hari.
“Ini adalah satu pemangkin semangat kami untuk terus memajukan perniagaan kami,” katanya.
Rancang buka hotel, pasar raya
Setelah kejayaan membuka cawangan di Putrajaya, Sidah Catering & Services terus mara dengan jayanya dan membuka sebuah lagi restoran di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 2013.
Melihat sektor perniagaan dalam skop yang meluas, menurutnya, ahli keluarganya mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah syarikat induk bagi menceburi bidang perniagaan yang lain.
“Justeru itu, kami menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan Sidah Holdings pada 2014. Syarikat ini menjadi satu lembaran baru buat kami untuk meluaskan perniagaan Sidah Holdings,” katanya.
Menurutnya, dia merancang untuk membuka sebuah hotel di Shah Alam dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Memilih industri perhotelan kerana merasakan industri itu boleh berkembang di daerah berkenaan.
“Di Shah Alam, hotel boleh penuh semasa sesi pendaftaran pelajar ataupun majlis konvensyen sehingga ada orang tidak dapat tempat penginapan. Jadi, saya rasa, inilah peluang yang perlu saya rebut,” katanya.
Ditanya mengapa ingin membuka pasar raya, Mohd Ismail berkata, itu adalah impian keluarganya untuk memiliki sebuah pasar raya tersendiri dan pihaknya kini sedang mencari lokasi strategik di sekitar Shah Alam untuk membuka kedua-dua premis perniagaan ini.
Menurutnya, Sidah Holdings turut merancang untuk membuka sebuah restoran di Shah Alam dalam tempoh terdekat
Tempahan katering sentiasa ada
Hampir setiap hari, Sidah Holdings menerima tempahan makanan daripada orang ramai.
“Saya boleh katakan setiap hujung minggu, kami sentiasa menerima tempahan majlis perkahwinan dan kami sangat bersyukur dengan limpahan rezeki yang dikurniakan olehNYA,” katanya.
Mohd Ismail berkata, Sidah Holdings kini memiliki kira-kira 150 pekerja dan berharap perniagaan keluarganya akan berkembang dengan lebih pesat pada masa yang akan datang.

0 Komentar untuk " Sidah Holdings semakin mengorak langkah "