MEMBUAT pelbagai kerja adalah alternatif menambah pendapatan. Pelbagai pekerjaan dilakukan antaranya berniaga secara atas talian (online) kerana tidak memerlukan modal yang tinggi.
Perniagaan mesin layan diri (mesin vending) juga boleh menjana pendapatan. Di Malaysia, industri mesin layan diri ini masih di peringkat permulaan dan tidak ramai menceburinya kerana ia banyak diterokai syarikat besar mahupun pemilik jenama berkenaan.
Mesin ini banyak terdapat di pusat membeli-belah, kedai dobi, sekolah, kompleks kerajaan dan kawasan perumahan dan universiti.
Walaupun memerlukan modal besar bagi membeli sebuah mesin, namun, ia dijangka dapat menjana pendapatan tinggi kepada usahawan sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan.
Kerjanya perlu ada komitmen membeli stok baharu, mengisi minuman di mesin dan kutip duit. Tidak memerlukan tenaga kerja atau mengupah pekerja kerana ia boleh diusahakan sendiri.
Mahu jadikan Malaysia seperti Jepun
Pengeluar mesin layan diri milik Bumiputera, Adamo Vending Supply Sdn Bhd mahu menjadikan Malaysia seperti Jepun yang mempunyai banyak mesin layan diri di seluruh negara.
Pengurusnya, Ahmad Abul Khir Idris berkata, di Tokyo sahaja terdapat sekitar 980,000 mesin layan diri yang mana jaraknya terletak sekurang-kurangnya setiap 100 meter bagi enam mesin layan diri.
"Kalau boleh di Malaysia, kami berharap setiap 500 meter ada sebuah mesin layan diri.
"Di negara ini, mesin layan diri masih baharu dan hanya terdapat kira-kira 10,000 mesin layan diri terdapat di seluruh negara," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, baru-baru ini.
Menurutnya, industri mesin layan diri ini boleh berkembang kerana hanya 10 peratus sahaja penguasaan pasaran berbanding negara lain.
Katanya, mesin-mesin layan diri ini hanya terletak di kawasan-kawasan tertentu dengan kuantiti yang sedikit dan dipelopori oleh pemain utama industri.
Oleh itu, Ahmad Abul berkata, usahawan yang ingin menceburi bidang ini mempunyai potensi yang besar untuk menjana pendapatan tetap sama ada bekerja sepenuh masa mahupun secara sambilan.
Mengulas berhubung perniagaan ini, Ahmad Abul berkata, usahawan atau operator mesin layan diri ini perlu mempunyai tiga perkara yang diutamakan iaitu lokasi yang strategik, perkhidmatan dan pemasaran yang baik bagi menambah lagi jumlah pendapatannya.
"Terdapat banyak jenis layan diri tetapi yang popular di Malaysia adalah mesin air tin atau botol, mesin air bertapis, mesin air cawan dan mesin snek.
"Di antara mesin itu, mesin air botol atau tin dan mesin air bertapis adalah yang paling mudah diusahakan dan mampu menjana pendapatan bersih serendah RM500 sehingga RM2,000 sebulan," katanya.
Ahmad Abul berkata, bagi mereka yang ingin berkecimpung di dalam perniagaan boleh menceburi industri mesin layan diri kerana kurang tenaga kerja tetapi mampu jana pendapatan yang tinggi.
Katanya, dengan modal RM250,000, usahawan mampu membeli sehingga 20 mesin layan diri pelbagai jenis, seorang kakitangan, sebuah van dengan pendapatan bersih sebulan RM30,000.
"Dengan populasi rakyat di Malaysia dan jumlah mesin layan diri yang masih tidak banyak ini mempunyai potensi yang besar untuk diceburi oleh orang ramai yang ingin memulakan perniagaan.
"Orang ramai sudah nampak potensi dan kami berharap lebih ramai lagi usahawan persendirian menceburi bidang perniagaan ini pada masa akan datang," katanya.
Tidak banyak laporan
GABUNGAN Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) tidak banyak menerima laporan terhadap perkhidmatan mesin layan diri.
Timbalan Presiden Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, rata-rata laporan yang diterima datang daripada perkhidmatan mesin layan diri air bertapis.
"Kami ada terima aduan tetapi tidak banyak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fomca turut meminta pengusaha atau operator sentiasa memastikan mesin air bertapis di selenggara dan berkeadaan selamat.
Ini kerana, katanya, sekiranya ia tidak di selenggara dengan baik ia akan menjejaskan keselamatan pengguna yang meminum air berkenaan.
"Kita harap mesin air bertapis sentiasa di selenggara secara berkala bagi memastikan air yang diminum itu bersih dan selamat untuk di minum.
"Apa yang dilihat ada mesin air bertapis ini yang berada di dalam keadaan yang tidak bersih," katanya.
Mohd Yusof berkata, jika air tidak bersih ia mungkin akan menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit yang tidak diingini berlaku.
Jana RM5,000 sebulan
DENGAN sebuah mesin layan diri snek, Mohd Nur Ikhsan Mohd Nasir,33, mampu menjana pendapatan di antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.
Menurutnya, dia membeli mesin layan diri itu pada Oktober tahun lalu dengan nilai RM19,000 dan diletakkan di salah sebuah sekolah yang di Perak.
Katanya, walaupun baru sahaja beroperasi selama tiga bulan tetapi pendapatan yang diperoleh adalah sangat menggalakkan kerana lokasinya yang strategik.
"Saya letak mesin di sekolah berasrama. Saya jual roti, coklat, mi segera, air botol dan air tin serta makanan yang diperlukan oleh pelajar.
"Bagi saya, pemilihan makanan yang betul adalah sangat penting bagi meningkatkan jualan. Saya jual mengikut keperluan pelajar," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.
Menurutnya, dia memilih mesin snek kerana dia boleh meletakkan banyak barang selain minuman di dalam satu mesin.
Mengulas berhubung harga jualan di mesin layan diri itu, Mohd Nur Ikhsan berkata, harga jualan adalah sangat berpatutan untuk pelajar iaitu di antara RM1 hingga RM2.
Katanya, sekolah adalah lokasi yang strategik dan dia merancang untuk menambah sebuah mesin lagi dalam tempoh terdekat di sekolah yang sama.
Menurutnya, peniagaan mesin layan diri ini ada potensi yang baik dan mudah dikendalikan berbanding perniagaan kedai runcit.
Bagaimanapun katanya, ada cabaran-cabaran yang perlu dilalui antaranya kerosakan mesin dan kes-kes vandalisme di kalangan pelajar.
Boleh tambah pendapatan
BAGI menjana pendapatan keluarga, M Khairul Jeffridin Daud, 31, pernah melakukan pelbagai perniagaan lain sehingga mengetahui perniagaan mesin layan diri.
Dia membeli mesin layan diri air botol dan tin pada 2014 dengan nilai pelaburan RM12,800 dan meletaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Maluri Cheras.
"Selepas melihat potensi perniagaan ini dengan menjana pendapatan bersih RM700 sebulan, saya menambah lagi tiga mesin baharu pada tahun lalu secara berperingkat.
"Saya ada empat mesin layan diri di sekolah-sekolah sekitar Ampang dan Kuala Lumpur," katanya.
Perniagaan ini mampu memberi pendapatan sehingga RM5,000 sebulan dengan kutipan di antara RM1,000 hingga RM1,500 bagi setiap mesin.
Menurutnya, walaupun perniagaan ini memerlukan modal yang tinggi bagi membeli mesin tetapi dengan jumlah pendapatan yang baik, usahawan boleh mendapatkan modal semula dalam tempoh dua tahun.
Katanya, ia adalah salah satu perniagaan yang baik untuk menjana pendapatan yang lebih.
"Usahawan boleh mendapat pendapatan tetap tanpa memerlukan masa yang banyak dan walaupun bekerja pada siang hari ia tidak mengganggu kerja.
"Saya sudah melakukan banyak kerja lain sebelum ini, saya rasa ini adalah perniagaan yang baik untuk mereka yang ingin tambah pendapatan," katanya.
M Khairul juga merancang untuk menambah dua mesin lagi pada masa akan datang.
Miliki lebih 10 mesin layan diri
AHMAD Ihsan Adzimi Amirruddin,25, mempunyai lebih 10 mesin layan diri pelbagai jenis sejak memulakan perniagaan itu pada 2014 di sekitar Selangor.
Bermula dengan mesin layan diri dua tahun lalu yang diletakkan di Hospital KPJ Rawang.
"Namun, antara banyak-banyak mesin layan diri ini, mesin cawan adalah antara paling rumit untuk diusahakan kerana sukar untuk dijaga dan diselenggarakan.
"Tidak semua mampu melakukannya kerana ia melibatkan banyak komponen," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.
Menurutnya, sekiranya mesin rosak, operator atau usahawan itu perlu tahu bagaimana cara untuk membaikinya dengan cepat.
Bukan itu sahaja, katanya, operator juga perlu tahu cara membaiki mesin itu sendiri sekiranya rosak.
Oleh itu, Ahmad Ihsan tidak menggalakkan usahawan baharu untuk terus ke mesin cawan sebaliknya perlu bermula dengan mesin layan diri air botol atau tin terlebih dahulu.
"Perniagaan ini memang satu peluang perniagaan yang cerah tetapi usahawan perlu ada ilmu, modal dan juga kenalan di dalam industri bagi memudahkan urusan," kata pelajar tahun akhir Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.
Ahmad Ihsan mempunyai enam mesin layan diri cawan yang diletakkan di hospital, kilang dan masjid.
Katanya, dia mampu menjana jualan sehingga RM10,000 sebulan bagi enam mesin cawan yang dijual purata 80 sen hingga 90 sen secawan.
Mengulas berhubung pemilihan mesin layan diri cawan, Ahmad Ihsan berkata, dia melihat potensi yang luas di dalam perniagaan ini ketika berada di United Kingdom (UK), Eropah dan Jepun.
"Ia satu peluang perniagaan yang besar, tetapi di Malaysia ia masih perlahan dan semakin membangun," katanya.

0 Komentar untuk " Terokai perniagaan mesin layan diri "