Badan pemikir atau 'Think Tank' (TT) berupaya mempengaruhi golongan pembuat polisi, mempunyai pelbagai definisi bergantung kepada kedudukannya. Misalnya, negara China mempunyai kira-kira 400,000 anggota TT yang disokong oleh kerajaan. India tidak terkecuali turut mempunyai bilangan ahli TT yang agak besar. Jika budaya Anglo-Amerika menyifatkan TT sebagai kumpulan tidak berasaskan keuntungan, tidak terbabit dengan sebarang universiti juga bebas kerana tidak terikat dengan negeri dan negara, badan pemikir di Jepun berkait dengan sektor korporat sementara mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan dana asing di Vietnam, manakala di Amerika Latin pula ahli TT tiada kaitan dengan parti politik. Dengan pelbagai kesimpulan diberikan, apakah bentuk TT di negara ini pula?
Pemegang Kerusi Tun Hussein Onn Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS), Dr Jomo Kwame Sundaram, berkata TT di Malaysia adalah kacukan daripada semua itu. Katanya, TT boleh berubah berdasarkan beberapa faktor antaranya keupayaan kewangan dan ada yang tidak mewakili kelompok terbesar sesebuah institusi, juga ada TT yang mempunyai hubungan yang agak samar-samar dengan universiti.
Buka ruang perdebatan
Ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Cabaran Pembangunan Malaysia dan Peranan TT pada sesi Meja Bulat ISIS bertajuk 'Masa Depan TT dan Pembinaan Negara Bangsa di Malaysia,' Jomo berkata, apa pun TT cuba untuk memperoleh atau menyediakan legitimasi kepada kumpulan tertentu selain ia membuka ruang kepada perdebatan dan membuat keputusan di samping bertindak sebagai juruaudit dan juga menyediakan pemeriksa kebenaran.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan, TT juga berperanan sebagai penyokong dasar yang memberi komitmen melalui penyelidikan, namun TT seharusnya bertindak sebagai kumpulan yang berkaitan dengan rakyat dan sebagai golongan intelektual kepada rakyat, TT harus melihat diri sebagai cendekiawan organik yang memegang tanggungjawab besar. Beliau berkata, dalam sebuah negara, Perdana Menteri mungkin mewujudkan institusi TT bagi kepentingannya, namun ia menjadi masalah apabila pemimpin berkenaan tidak lagi berkuasa menyebabkan institusi itu menjadi lemah. Apa yang menimbulkan persoalan kemanfaatan TT terutama jika ia mempunyai hubungan tertentu dengan pihak tertentu.
Justeru katanya, TT harus menjadi institusi dengan peranan yang pelbagai. Sementara itu, pada sesi bertajuk 'Cabaran Polisi Baharu di Malaysia' yang menampilkan TT dalam pelbagai bidang antaranya ekonomi dan perdagangan; dasar luar dan pertahanan dan keselamatan, Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang membincangkan topik Perpaduan Nasional, berkata bidang ini diperkatakan sejak 45 tahun lalu, namun kita masih dalam proses mencapainya. Katanya, dalam membina pelan induk kebangsaan berhubung perpaduan nasional, KITA mentakrif dan memikirkan semula perkara ini dan mengambil kira apa yang orang ramai faham mengenai perpaduan kerana di sebalik kepelbagaian etnik yang terdapat di negara ini, ada sesetengah perkara yang menjadi kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Katanya, satu yang menarik kita mungkin bertikam lidah, namun segalanya seperti selesai apabila masing-masing duduk semeja menikmati teh tarik di kedai mamak dan tambahnya, dalam menyelesaikan soal perpaduan, ramai mencadangkan apa dilaksanakan di Indonesia iaitu proses asimilasi, tetapi ia bukannya model perpaduan terbaik kerana bagi Malaysia, kita lebih kepada proses integrasi.
Subjek pengajian Malaysia
Untuk tujuan itu, satu model yang dicadangkan iaitu Pengajian Malaysia untuk pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan supaya mereka menjadi celik Malaysia dan semua orang dapat berperanan dalam soal perpaduan nasional dengan kata kuncinya adalah inklusif, jelas Shamsul Amri. Membincangkan cabaran kepada TT dari aspek hubungan luar, Pengarah Kajian Polisi Luar dan Keselamatan ISIS, Elina Noor, berkata dalam melaksanakan polisi luar negara, Malaysia memperlihatkan kebolehan yang baik, malah dalam beberapa isu kita memberikan yang lebih baik dengan apa yang penting adalah bagaimana kita memperlihatkan diri pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, katanya, TT perlu tenang dan berhati-hati terutama dalam soal tampuk kuasa dengan memikirkan bagaimana hendak menguruskannya selain menunjukkan kepemimpinan seperti yang diperlihatkan sewaktu negara menjadi Pengerusi ASEAN.
Elina berkata, untuk menunjukkan Malaysia terus relevan dan mendepani cabaran terhadap isu membabitkan soal hubungan luar, TT harus mempunyai hubungan yang baik dengan pemegang taruh terutama dalam usaha memastikan sama ada perlu atau tidak kita mempopularkan polisi hubungan luar yang dimiliki dan jika ada persetujuan, bagaimana hendak dilaksanakan supaya masyarakat tidak mudah melatah. Sementara itu, memperkatakan soal 'Media dan Pendemokrasian,' Felo Institut Pulau Pinang, Dr Mustafa Kamal Anuar, berkata antara cabaran yang dihadapi adalah persoalan berhubung kebebasan bersuara dan melihat kepada sejarah media di negara ini, kita sudah tersilap langkah sejak awal yang boleh dikaitkan dengan zaman kolonial yang mana media menjadi wadah untuk kepentingan penjajah dalam menjamin kedudukan mereka.
Pada zaman darurat pula, wujud keperluan untuk mengawal maklumat dan selepas merdeka, bagi membangunkan negara, media berperanan membantu kerajaan ke arah itu dan selepas tragedi tahun 1969 sekali lagi media membantu kerajaan dalam mengekalkan hubungan antara kaum. Hubungan yang baik antara media dan kerajaan berlanjutan sehingga sekarang. Menyifatkan kebebasan bersuara mutlak seperti yang dilaungkan sesetengah pihak sebenarnya tidak ada, beliau berkata, akta dibentuk berkaitan penerbitan yang menjejaskan kebebasan bersuara serta mendapatkan maklumat dan ini memberikan kesan kepada penyelidik termasuk TT untuk mendapatkan data serta maklumat berhubung perkara tertentu.
Kepelbagaian media
Begitu juga dalam soal pemilikan media dan proksi yang menyebabkan kurangnya kebebasan bersuara yang pada masa sama mengurangkan kepelbagaian dalam bidang ini di mana hujahnya, dari segi kuantiti sememangnya kita mempunyai banyak agensi media, tetapi dari segi kualiti tidak memenuhi kepelbagaian masyarakat di negara ini. Bagaimanapun, kata Mustafa Kamal, kepelbagaian media terutama selepas episod membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyaksikan kemunculan blog serta portal berita, idea dan pandangan memerlukan satu bentuk polisi selain kepelbagaian dilihat sebagai penting supaya suara semua pihak didengari. Menurut beliau, mengambil contoh negara Scandinavia yang memberi subsidi kepada media untuk ia dapat bertahan terutama media yang bersifat tempatan, ia membuktikan kepelbagaian itu sesuatu yang seharusnya diperhatikan.
Walau apa pun diperkatakan mereka yang terbabit dalam sesi perbincangan ini, satu yang jelas kebanyakan peserta yang terdiri daripada kalangan ahli politik, pemikir dari universiti dan juga organisasi TT mengatakan, badan pemikir perlu menjalankan penyelidikan yang bebas dan tidak terikat selain bertindak menyatakan yang benar. Jelas mereka, jika yang terbabit dengan mana-mana kerajaan, bentangkan dapatan kajian dibuat kepada menteri atau pihak terbabit dan berterus-terang dengan mereka mengenainya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/120636

0 Komentar untuk " Badan pemikir perlu bebas, jujur dalam tindakan "