Produk Men Serum janji keuntungan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Produk Men Serum janji keuntungan

PRODUK kesihatan lelaki, Truetech Cosmetics memperkenalkan pakej murah bagi yang berminat untuk menjadi ejen jualan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Samad Abdul Rahman berkata, pihaknya memperkenalkan pakej tersebut bagi tujuan memberi peluang perniagaan kepada masyarakat Malaysia.

“Ketidaktentuan ekonomi ketika ini menyebabkan kebanyakan rakyat tersepit dari segi ekonomi mereka. Jadi, saya memperkenalkan pakej ini kerana ingin memberi peluang perniagaan sama rata kepada semua pihak termasuk golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Jelasnya, dengan pakej berharga RM350 setiap ejen akan dibekalkan enam biji botol Men Serum Truetech Secret.

“Pakej ini sangat berpatutan kerana semua orang mampu membayar sejumlah wang berkenaan. Malah, golongan muda juga mampu.

“Sesetengah individu teringin untuk berniaga. Namun, mereka tidak memiliki wang yang banyak untuk dijadikan modal perniagaan. Jadi, saya ingin membantu golongan ini supaya mereka boleh memulakan aktiviti perniagaan dengan menjual produk Men Serum,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak meletakkan apa-apa syarat sekiranya mereka ingin menjadi ejen jualan. Sebaliknya,  akan menawarkan pakej lebih menarik kepada ejen yang berjaya menjual kesemua Men Serum dalam seminggu.

“Sekiranya ada ejen yang habis menjual produk ini, kami menawarkan pakej jualan lebih menarik kepada mereka. Bagaimanapun, sekiranya mereka enggan menerima pakej baharu itu, mereka boleh teruskan dengan pakej asal berharga  RM350 itu,” katanya.

Abdul Samad berkata, pakej bermula pada 1 Februari dan hanya ditawarkan kepada 100 orang yang pertama.

Mereka yang teringin menjadi ejen boleh menghubungi talian 012-9051818 untuk maklumat lanjut.

Terjual 17,000 botol

Dalam pada itu, Abdul Samad berkata, pihaknya berjaya menjual 17,000 botol Truetech Secret pada tahun lalu dan menjangka lebih banyak jualan pada tahun ini.

“Truetech Secret sudah menembusi pasaran luar seperti China, Bangladesh, Thailand dan Singapura,” katanya yang memaklumkan merangka masuk ke pasaran Kemboja pada  Februari ini.

Pegawai Besar Pemasaran Malaysia Truetech Cosmetics, Raffi Rozli berkata, sebelum ini, beliau pernah menjadi ejen di syarikat pelbagai produk.

“Ketika saya mula menjadi ejen Truetech Cosmetics, saya hanya mengambil 10 biji botol Men Serum dan Alhamdulillah, saya berjaya menjual kesemua produk itu tidak sampai seminggu.

“Selepas menjual kesemua Men Serum, saya terus ambil lebih banyak produk itu kerana permintaan tinggi,” katanya.

0 Komentar untuk " Produk Men Serum janji keuntungan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ