JENAMA Dermax Superskin (DMS) yang dikeluarkan oleh syarikat DMS Group sangat dikenali di laman sosial Facebook sejak 2012 dan dilihat semakin aktif akhir-akhir ini.
Dermax Superskin adalah produk keluaran tempatan yang menggunakan formula Korea di dalam kosmetiknya sekali gus menjadi pilihan pengguna yang dijual secara berleluasa menerusi perniagaan atas talian (online).
Di sebalik jenama itu, berdiri seorang lelaki yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Kumpulan, Datuk Seri Dr Mohamad Ruslan Shah Mohd Akhir.
Selain perniagaan DMS, Mohamad Ruslan juga mempunyai 30 syarikat lain merangkumi syarikat kejuruteraan, bengkel kenderaan, pembinaan dan hartanah.
Mohamad Ruslan bukanlah berasal daripada golongan yang berada, bahkan hanya seorang jurujual peralatan elektronik mesin basuh di Johor Bahru pada 1994.
Beliau bekerja selama hampir dua tahun sebelum berhenti kerja dan berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan Multi-Level Marketing (MLM). Beliau mengakui memasuki hampir semua jenis perniagaan MLM sehingga pernah berada di antara yang terbaik.
Berdasarkan pengalaman itu, beliau berpeluang menjadi pakar motivasi keusahawanan kepada individu-individu yang ingin berkecimpung di dalam perniagaan.
Walaupun pendapatan sebagai pakar motivasi lumayan tetapi Mohamad Ruslan mengambil keputusan berhenti kerana mahu memberikan tumpuan kepada perniagaan sendiri.
Pada 1998, Mohamad Ruslan cuba membuka syarikat kosmetik dengan menghasilkan produk kosmetik bersama beberapa rakan kongsi.
Namun, tidak seperti yang diimpikan perniagaan syarikatnya itu gagal di tengah jalan. Selepas syarikat itu ditutup, beliau turut cuba melakukan pelbagai jenis perniagaan lain.
Mohamad Ruslan tidak berputus ada, berusaha untuk terus memajukan diri sehinggalah pada 2012, beliau kembali membuka syarikat kosmetiknya sendiri.
Pada ketika itu, Mohamad Ruslan melihat potensi laman sosial Facebook sebagai medium memasarkan produknya. Beliau terfikir untuk menggunakan Facebook sebagai medium perniagaannya.
Berikutan itu, Mohamad Ruslan memperuntukkan RM500,000 sebagai modal permulaan menghasilkan produk dikenali sebagai DMS.
Miliki 2,200 ejen
Sehingga kini, DMS mempunyai 2,200 ejen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, selain ejen di Brunei, Singapura dan Indonesia sejak 2014.
"Tahun ini, saya mahu fokus kepada jualan di Indonesia kerana melihat potensi perniagaan yang luas di negara itu," katanya.
Berikutan sambutan menggalakkan daripada pelanggan, Mohamad Ruslan berhasrat menambah jumlah ejen sehingga 5,000 orang menjelang akhir tahun ini.
Mengulas jualan DMS, Mohamad Ruslan berkata, DMS mencatatkan jualan meningkat saban tahun dengan purata jualan setahun mencecah sehingga RM20 juta.
"Tahun ini, kita jangka jualan meningkat dengan penambahan ejen di seluruh negara dan luar negara sehingga RM50 juta," katanya.
Menurutnya, 70 peratus daripada ejennya merupakan suri rumah tangga dan golongan yang berpendapatan rendah. Pihaknya menggalakkan suri rumah dan wanita menjadi ejen bagi membantu menjana pendapatan sampingan.
"Saya akan membantu ejen-ejen saya untuk berjaya dalam perniagaan online." katanya.
Mengenai produk, Mohamad Ruslan berkata, pihaknya menggunakan formula di beberapa negara seperti Korea, Thailand dan Indonesia.
"Selepas itu, kami lakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri sebelum mengeluarkan produk DMS," katanya.
DMS adalah produk kosmetik menggunakan formula Korea yang turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). DMS mempunyai 40 produk kecantikan untuk luaran dan dalaman pada harga pasaran antara RM100 sehingga RM150 setiap produk.

0 Komentar untuk " Dari jurujual kini jutawan kosmetik "