Inovasi terkini MGZ Suite - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Inovasi terkini MGZ Suite

STRATEGI pemasaran yang mantap mampu memberikan impak besar kepada sesebuah perniagaan. Mengambil peluang teknologi yang menjadi keutamaan pada masa kini dan mampu membantu orang ramai mendapat maklumat di hujung jari, Laiyon Interactive Sdn Bhd (Laiyon) memperkenalkan MGZ Suite.

Pengasas Bersama Laiyon Intercative Sdn Bhd, Jemizan Abu Bakar berkata, Laiyon melengkapkan transformasi perkhidmatan dengan penubuhan syarikat pembangunan aplikasi mudah alih bagi mempelbagaikan perniagaan dan menjadi hab penyelesaian kreatif merangkumi reka bentuk, percetakan dan teknologi maklumat.

MGZ Suite menjadi alternatif kepada individu, ahli perniagaan dan sesiapa sahaja untuk mempromosikan penerbitan mereka di laman maya.

"MGZ Suite dibangunkan bersama rakan-rakan saya yang juga Pengasas Bersama, Maher Suhaimi dan Afiq Arbae.

“Kami menceburi pemasaran penerbitan digital kerana ia kurang dipelopori Bumiputera dan potensi niaga ini pada masa depan,” katanya.

Jemizan berkata, sebanyak RM180,000 digunakan untuk membangunkan MGZ Suite dan ia mengambil masa selama enam bulan untuk kajian dan penyelidikan.

“MGZ Suite atau penerbitan digital ini ada pelbagai keistimewaan, menjimatkan kos pengeluaran, jimat tenaga, bahan api, pelupusan buku dan lain-lain,” katanya menjalani penyelidikan MGZ Suite sejak 2013.

Inovasi aplikasi pilihan masa kini

Jemizan berkata, MGZ Suite adalah inovasi aplikasi mobile yang kini menjadi pilihan kerana orang ramai kini gemar mendapatkan maklumat melalui internet sahaja.

“Kami menginovasi aplikasi ini melalui fungsi hebahan inovatif seperti push notification, promosi, interaktif, grafik, harga, muat turun percuma terus kepada peranti pintar pelanggan.

“Ia meningkatkan kewujudan jenama dan perkhidmatan pelanggan kami di seluruh dunia dengan muat turun jenama anda melalui pusat pengedaran aplikasi terkemuka seperti App Store, Google Play dan lain-lain,” katanya.

Setakat ini, pengguna android dan IOS boleh muat turun aplikasi ini. Tambahnya, ia mencapai sasaran lebih luas kerana diintegrasikan rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube, Instagram dan lain-lain,” katanya.

Tawaran serendah RM50,000

Harga MGZ Suite boleh diperolehi serendah RM50,000 sahaja dan caj mengikut fungsi yang dimahukan.

Jemizan berkata, syarikatnya menyasarkan kumpulan profesional, usahawan, pelajar, universiti dan sekolah kementerian dan swasta, dunia, orang awam dan pelajar.

“Pelanggan kami adalah kementerian, syarikat korporat dan individu serta beberapa usahawan internet. Kami dapat membantu mereka atau masalah digital dalam masa 22 hari sahaja berbanding sebelum ini,” katanya.

Jemizan berkata, syarikatnya mahu meluaskan pasaran MGZ Suite ke seluruh negara terutamanya syarikat penerbitan.

“Penerbitan digital, MGZ Suite adalah satu mobile apps, boleh menjadi aplikasi membolehkan semua penerbitan dalam satu apps sahaja.

“Kelebihan MGZ Suite ini membolehkan, pengguna membaca melalui PDF tetapi ia ada interaktif, video, slide show, maps dan sebagainya. Pembacaan tidak membosankan,” katanya.

Syarikatnya mengadakan kolaborasi dengan Universiti Malaya dan beberapa agensi kerajaan untuk mewujudkan akademi aplikasi mobile.

“Kami menyediakan program ini kepada pelajar semester pertama hingga akhir untuk mempelajari aplikasi mobile. Mereka akan mengikuti pengajian ini selama tiga tahun,” katanya.

0 Komentar untuk " Inovasi terkini MGZ Suite "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ