SYARIKAT pengeluar tudung eksklusif, Fareeda Global Resources Sdn Bhd menerusi anak syarikatnya, Fareeda Cosmetic Sdn Bhd memperkenalkan produk penjagaan kulit jenama Fuchsia.
Pengasasnya Mawar Abdul Karim berkata, produk ini boleh didapati menerusi ejen dan butik Fareeda di seluruh negara.
“Setakat ini, kami mempunyai lebih 200 ejen Fuchsia yang berdaftar dan dijangka akan bertambah selepas pelancaran produk baharu ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran penjagaan kulit Fuchsia di Putrajaya, semalam.
Menurutnya, produk ini boleh didapati dalam dua set percubaan berharga di antara RM65 sehingga RM85 satu set.
Katanya, untuk fasa pertama Fareeda mengeluarkan 10,000 set percubaan dalam beberapa bulan ini.
“Walaupun begitu, kami menerima pertanyaan hampir 10,000 set sebelum pelancaran berlangsung,” katanya.
Mawar berkata, pihaknya menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun dengan nilai pelaburan lebih RM100,000.
Katanya, Fuchsia produk kecantikan menggunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan dan asid buah-buahan serta mempunyai pengiktirafan sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kami juga dalam proses R&D produk lain seperti gincu dan pembayang mata yang hanya akan dilancarkan kelak,” katanya.

0 Komentar untuk " Fareeda lancar produk "