UMUM mengetahui, pusat membeli-belah khususnya akan membuat pelbagai promosi sebagai langkah menarik pelanggan.
Tidak hanya itu harga runtuh hingga 95 peratus boleh membuatkan pengguna hilang pedoman dan akan terus membeli walaupun rasa tertekan dengan keadaan ekonomi semasa. Begitulah hebat promosi hingga pembeli 'tewas' dan akhirnya berbelanja tanpa mengikut keperluan. Jadi, adakah ekonomi pembeli terkesan apabila wujud promosi dan jualan murah ini?
Bagi Siti Fatimah Salleh, 34, mengakui dirinya kalah jika melihat iklan-iklan jualan runtuh yang terdapat di pasar raya.
“Biasanya saya akan ‘shopping’ baju dan juga kelengkapan rumah. Pernah saya membeli-belah sehingga RM3,000 tapi saya rasa berbaloi kerana harganya sebelum itu lagi mahal," katanya.
Pun begitu, Siti Fatimah tidak akan bersesak-sesak hanya untuk mendapatkan sesuatu barangan.
“Biasanya, harga runtuh ni tempohnya agak panjang. Saya akan pastikan, tidak akan pergi pada waktu ramai. Saya akan pergi lewat malam sebelum tutup,” katanya yang suka membeli- belah di Johor Premium Outlet dan Mitsui, Sepang kerana lebih selesa.
Suri rumah Anilah Abu Bakar juga antara ‘kaki shopping’ ketika musim perayaan.
“Sebagai wanita, berbelanja sudah menjadi lumrah. Cuma, kena bijak dalam pengurusan kewangan. Saya suka membeli-belah waktu ini kerana ada banyak pilihan. Masa inilah, kalau tengok ada macam-macam jenis rekaan baju, kasut, tudung, seluar dan macam-macam lagi. Jadi, rambang mata untuk buat pilihan,” katanya.
Tidak memperuntukkan jumlah perbelanjaan, Anilah tetap tidak akan melebihi bajet yang ada.
“Saya seorang yang suka pada jenama. Kalau kena masa dan bajet, saya akan pastikan beli walaupun satu,” katanya.
Sementara itu, suri rumah, Ku Anis Yuhaini Tuan Yusof pula tidak ketinggalan menambah koleksi beg tangan dan kasut ketika musim perayaan.
“Memang pada waktu ini, banyak tawaran harga runtuh. Namun saya masih beringat ketika berbelanja dan biasanya saya hanya beli satu saja untuk elak pembaziran. Malah saya akan pastikan, perbelanjaan tidak melebihi RM300,” katanya yang tetap memberi keutamaan kepada barangan asas dan keperluan terlebih dahulu.
Berlainan pula dengan Norbaizura Mohd Ghazali, kakitangan swasta, dia yang sememangnya ‘kaki shopping’ pantang melihat apabila gedung mahupun pasar raya membuat jualan harga runtuh kerana tertarik dengan promosi yang dijalankan.
“Biasanya, saya tidak bertumpu kepada barang yang mempunyai diskaun hingga 70 peratus kerana ia barang lama, tetapi saya akan beli barang baharu walaupun diskaunnya tidak begitu banyak,” katanya.

0 Komentar untuk " Tarikan jualan harga runtuh "