Penginapan bajet, unik tarik pelancong - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Penginapan bajet, unik tarik pelancong

TREND backpacker dilihat lebih jimat berbanding dengan kaedah lain yang menawarkan pakej sangat mahal.

Faktor harga pakej lebih mahal kerana agensi pelancongan mengaturkan segalanya kepada pelancong dari segi pengangkutan, makanan, penginapan sehinggalah tour guide.

Berbeza dengan backpackers, yang memerlukan individu itu mengatur segalanya sendiri tanpa bantuan mana-mana agensi dan memilih untuk survival dalam kembara.

Seiring trend ini juga, terdapat beberapa penginapan unik dan menjadi sebutan ramai di seluruh Malaysia.

Selain menawarkan harga lebih murah, ia juga lebih dekat dengan alam semula jadi.

Hero Hostel, Sarawak

Bagi peminat watak animasi hero popular seperti Batman, Superman, Batman, The Avengers, hostel ini menawarkan harga bajet kepada pengunjung. Di setiap bilik, terdapat mural animasi Marvel terletak di lokasi strategik dengan kemudahan lengkap.

Terra’s Tree House,Pahang

Dibina di kawasan Brinchang,Cameron Highland satu lagi penginapan bajet kepada mereka yang gemarkan adventure. Penginapan ala Tarzan ini dibina di atas pokok menggunakan buluh sepenuhnya, namun dilengkapi dengan kemudahan asas.

Bustel, Melaka

Salah satu tarikan menarik di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang adalah fasiliti menggunakan bas-bas lama sebagai hotel, kafe, pejabat pengurusan dan tandas. Menempatkan kira-kira 40 buah bas terpakai yang pernah digunakan sekitar Melaka.

Hotel UFO Capsule,Kuala Lumpur

Konsep ini mula diperkenalkan di Jepun bagi mereka yang mencari penginapan bajet dan ringkas. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tilam, aircond, cermin dan soket elektrik sesuai untuk mereka yang ingin berehat seketika sebelum memulakan perjalanan jauh.

Tanah Aina, Pahang

Sekiranya ingin menukar angin merasai pengalaman bercuti ala perkhemahan, lokasi ini menawarkan penginapan selesa dekat dengan tarikan semula jadi. Bagi mereka yang mahu melakukan kegiatan lasak, lokasi ini menawarkan aktiviti seperti jungle trekking, paint ball, flying fox

dan banyak lagi.

Capsule by Container Hotel, KLIA 2

Ia merupakan penginapan kapsul pertama di Malaysia terletak dalam lapangan terbang dengan harga bajet. Sesuai bagi pelancong yang ingin berehat dan tidur sebentar bagi menunggu penerbangan seterusnya atau transit.

Tubotel, Langkawi

Mengetengahkan konsep tiub dan kiub, Tubotel terletak di Pantai Cenang dengan majoritinya menghadap ke pantai. Pelancong boleh menikmati pemandangan senja di pintu bilik masing-masing.

Seaventures Dive Rig, Sabah

Penginapan di atas pelantar minyak ini sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti menyelam. Terdapat beberapa lokasi menyelam sekitar perairan pulau di Sabah seperti Sipadan, Mabul dan Kapalai. Tidak dikategorikan penginapan bajet namun pengalaman bakal dialami sangat berbaloi.

Masbro Village, Melaka

Menampilkan seni bina rumah inap unik dengan gaya butik ceria, pelancong seolaholah berada di luar negara. Gaya santai dan ceria dapat menaikkan mood pengunjung dengan rekaan rumah segi tiga.

Time Capsule Retreat, Pahang

Terletak di kawasan pedalaman Sungai Lembing, hotel ini dibina daripada paip pembetung konkrit dilengkapi dengan katil, lampu, soket dan penghawa dingin. Ia sesuai untuk pencinta alam dan lupakan kesesakan bandar seketika.

0 Komentar untuk " Penginapan bajet, unik tarik pelancong "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ