Gabungan khasiat tumbuhan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Gabungan khasiat tumbuhan

KHASIAT dan kebaikan tumbuhan strobilanthes crispus mendorong syarikat Fadhilat Herbs yang beroperasi di Telok Mas, Melaka mengambil langkah berani menghasilkan minuman kesihatan tradisional berasaskan gabungan tumbuhan berkenaan.

Pengarah Pemasaran Fadhilat Herbs, Mohd Ruaduan Ghazali berkata, idea untuk menghasilkan minuman kesihatan itu tercetus daripada kajian dan pemerhatian yang mendapati pokok strobilanthes crispus, juga dikenali sebagai pokok pecah beling, pecah kaca atau keci beling diakui berkhasiat membantu melegakan beberapa penyakit.

Menurutnya, kajian daripada universiti serantau turut menunjukkan daun strobilanthes crispus memiliki kandungan mineral yang tinggi seperti kalium, kalsium, natrium, ferum dan fosforus.

Selain itu, katanya, daun ini juga mengandungi Vitamin C, B1 dan B2 yang tinggi dan dengan kajian perbandingan antioksidan yang dilakukan di antara daun berkenaan dengan teh Yerbamate, teh hijau, teh hitam, teh India mendapati bahawa strobilanthes crispus memiliki jumlah antioksidan tertinggi berbanding daun-daun lain.

“Tumbuhan ini juga mengandungi fitosterol, iaitu sejenis bahan dipercayai mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser serta boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ini kerana fitosterol akan memastikan kolesterol daripada makanan tidak akan diserap oleh badan.

“Pengguna tidak perlu ragu untuk mencuba produk ini kerana ia adalah persediaan campuran herba segar dan minuman ini diproses menggunakan kaedah teknologi tinggi sebelum dibotolkan dan diiktiraf oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) serta mendapat status Amalan Pengilangan Baik (GMP),” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Telok Mas, Melaka.

Selain itu, kata Mohd Ruaduan, bahan utama yang terdapat dalam minuman tersebut juga mampu menjadi penguat imunisasi sistem tubuh kerana ia mengandungi kadar antioksidan yang tinggi dan dalam masa sama membantu mengatasi radikal bebas.

Menurutnya, minuman kesihatan yang dikeluarkan sejak lapan tahun lalu itu boleh membantu meningkatkan tahap imunisasi badan dan mampu menghalang badan daripada risiko penyakit kronik dengan pengambilan sebanyak 100 mililiter (ml) satu atau dua kali setiap hari.

“Setakat ini, maklum balas yang diterima adalah positif dengan beberapa testimonial menunjukkan peningkatan kesihatan pengguna selepas mengambil Fadhilat Herbs. Ia juga mendapat sambutan amat memberangsangkan dari seluruh Malaysia dan Singapura.

"Produk Fadhilat Herbs ini tidak mengandungi gula dan sesuai diamalkan semua terutama yang berpenyakit,” katanya.

Beliau berkata, dengan hanya RM27 sebotol, pengguna boleh memanfaatkan Fadhilat Herbs sebagai ikhtiar untuk kesihatan.

Malah, katanya, peluang untuk menjadi pengedar Fadhilat Herbs juga dibuka.

 “Kami turut mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar produk Fadhilat Herbs dengan tawaran cukup istimewa, dengan hanya bermodal serendah RM200.

“Pengguna boleh menghubungi talian 013-6969969 (Mohd Ruaduan) atau boleh melayari laman rasmi Facebook Fadhilat Herbs untuk mengetahui maklumat lanjut,” katanya.

0 Komentar untuk " Gabungan khasiat tumbuhan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ