RADIUS Symphony Marketing, pengeluar produk kesihatan dan kecantikan milik Bumiputera jenama Joyskin menampilkan produk terbaharu, Beau Candy dengan menyasarkan golongan pelajar dan berkerjaya yang sentiasa bergerak serta memerlukan wajah yang anggun dan berseri.
Dijual dalam kotak kecil, ia mudah dibawa ke mana sahaja, di dalam beg tangan mahupun di dalam kereta.
Pengarah Urusannya, Muhammad Syazwan Mohamad Raihan berkata, Beau Candy yang menggunakan campuran herba dan makanan sunnah seperti saffron dan kurma itu tidak mempunyai perasa tiruan mahupun bahan pengawet.
“Ia sesuai digunakan kedua-dua golongan sama ada wanita atau lelaki dan berfungsi untuk kesihatan diri, kecantikan, mencerahkan kulit serta menguatkan tulang.
Sehingga kini, beliau berkata, Radius Symphony Marketing mempunyai dua stokis dan 30 ejen mengedarkan produk Beau Candy di seluruh Malaysia.
“Kami berhasrat untuk menambah bilangan pengedar iaitu satu stokis di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak serta meningkatkan jumlah ejen kami seramai yang mungkin pada tahun ini,” katanya.
Menurutnya, syarikat itu optimis untuk mencapai jualan sebanyak satu juta botol Beau Candy menjelang akhir tahun ini didorong oleh peningkatan jumlah stokis dan ejennya di seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.
“Dalam tempoh terdekat ini, kami belum merancang untuk memasuki pasar raya atau toko jamu bagi memberi peluang kepada stokis dan ejen untuk menjual produk kami,” katanya.
Pada akhir suku pertama tahun ini, Muhammad Syazwan berkata, Radius Symphony Marketing bakal mengeluarkan sabun jenama Joyskin.
“Sabun yang boleh digunakan untuk seluruh badan ini menggunakan bahan-bahan semula jadi dan ia sesuai untuk merawat kulit bermasalah seperti jerawat dan ekzema.
“Ia kini di peringkat akhir penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan dalam proses mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, sebelum dipasarkan,” katanya.
Selain itu, Muhammad Syazwan menyasarkan Indonesia, Brunei dan Singapura bagi meluaskan pasaran Beau Candy menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata, ketiga-tiga negara itu mempunyai potensi bagi meningkatkan jualan syarikat memandangkan permintaan tinggi terhadap produk tersebut.
“Beau Candy yang dilancarkan bulan lalu terjual sebanyak 10,000 botol dalam tempoh tiga minggu selepas dipasarkan. Selain masyarakat tempatan, kebanyakan pengguna kami datang dari tiga negara tersebut. Ini menunjukkan produk Malaysia diterima baik di negara luar.
“Buat masa ini, kami dalam proses untuk mendapatkan kelulusan tertentu daripada pihak berkaitan untuk memenuhi piawaian ditetapkan sebelum memasarkan ke negara-negara tersebut,” katanya.

0 Komentar untuk " Beau Candy, produk berasas sunnah "